Ramai yang sedar bahawa sunblock sangat penting dalam penjagaan wajah harian. Pemakaian sunblock menjaga dalaman kulit anda, pigmentasi sehingga juga lapisan kulit luar. Jom lihat fungsi sunblock untuk kulit remaja dan wanita berumur.
Kini, lelaki juga sering menjaga penampilan mereka agar sentiasa berseri sepanjang masa. Sunblock terbaik dari Biore ini diformulasikan khas untuk mengelakkan kulit berminyak dan terasa melekit semasa anda memakainya.
Ia memberikan perlindungan yang tahan lama terhadap sinaran UVA dan UVB yang berbahaya.
Sendayu Tinggi terkenal di kalangan peminat barangan kosmetik kerana ia adalah salah satu jenama tempatan tertua di pasaran Malaysia.
Diformulasikan dengan pelembap yang mengandungi SPF50 yang mampu melindungi kulit wajah anda daripada terkena sinar UV. Ianya bertekstur ringan dan tidak melekit dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Produk terkenal dari Korea ini mampu melindungi kulit wajah anda dari sinar UV dengan lapisan perlindungan 2 kali ganda berbanding sunblock yang lain. Ianya mempunyai tekstur yang lebih ringan dengan gel yang mampu memberikan kelembapan serta sensasi penyejukan yang tahan lama.
Sunblock dari produk Naruko ini berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat selaran matahari, melanin dan mencegah penampilan garis-garis halus.
Dengan mengandungi bahan semula jadi, sunblock terbaik dapat mengekalkan kelembapan pada kulit anda dan melambatkan pertumbuhan jerawat.
Sunblock Nutox Solar Block SPF45 ini dapat melindungi kulit wajah anda dari sinar UVA dan UVB, bintik hitam, kulit gelap dan melambatkan proses penuaan.
Ia juga diperkaya dengan antioksidan yang dapat mencegah radikal bebas melekat pada kulit wajah anda. Sunblock ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak dan dapat digunakan pada waktu siang.
Sunblock terbaik untuk remaja dan wanita berumur adalah L’Oreal Paris UV Perfect Even Complexion SPF50/PA+++ 30ml. Menggunakan sunblock ini, ia akan bertahan selama 12 jam dan amat sesuai untuk mereka berwajah kulit putih.
Memakai Heliocare Advanced SPF50 Cream ini memudahkan kulit anda dihalang oleh cahaya menembusinya. Wah! Ia kerana Heliocare diperbuat daripada bahan semulajadi yang sangat kuat dan berkesan.
Sunblock daripada Hada Labo Air UV ini mempunyai 5 sistem pertahanan UV untuk perlindungan sepenuhnya terhadap cahaya matahari. Ia bukan sahaja melindungi kulit tetapi juga mengandungi bahan anti penuaan untuk menjaga kulit agar kekal muda dan bebas dari garis-garis halus dan kedutan.
Diperkaya dengan kandungan asid Super Hyaluronic, ianya dapat merawat kulit kering yang disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari dan bagi anda yang sukakan pantai, sunblock ini sangat sesuai untuk memberikan perlindungan sepenuhnya kepada wajah anda.
Para remaja dan wanita berumur boleh menyimpan sunblock Biore Waterproof Sun Lotion ini setiap kali keluar rumah. Sememangnya ia sangat elok untuk anda amalkan dengan lebih kerap. Ia boleh digunakan pada seluruh badan dan wajah.
Sunblock ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit bermasalah kerana dapat melindungi kulit anda dari kegatalan dan kerengsaan. Ia bukan sahaja sesuai untuk wajah tetapi juga boleh digunakan pada seluruh badan.
Kandungan Vitamin E dalam sunblock ini juga mampu menjadikan kulit kelihatan segar dan bertenaga.
Sunblock daripada Laneige ini juga mampu memberikan perlindungan UV yang luar biasa dan menjaga kelembapan kulit walaupun di bawah persekitaran yang kering.
Ia sangat selesa dipakai pada kulit wajah dan sesuai digunakan ketika anda ingin melakukan aktiviti air seperti berenang kerana kalis air.
Sunblock Eucerin sun Gel-Creme Oil Control ini bukan sahaja melindungi kulit dari kering dan rosak, tetapi juga dapat mencerahkan wajah anda. Sunblock terbaik ini sesuai untuk semua wanita dan jenis kulit dimana ia telah terbukti secara klinikal dan berkesan.
Sunblock dari Heliocare ini bebas minyak, sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat. Diperkaya dengan Fernblock FC yang mampu memperbaiki kerosakan pada kulit wajah anda.
Sunblock terbaik ini juga mengandungi teknologi anti-bakteria, anti-mikrob dan sebum yang sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif dan ianya juga bebas dari paraben dan alkohol yang merosakkan kulit.
Siapa sangka sunblock terbaik untuk wanita dan remaja ini amat eksklusif sekali, anda boleh menggunakannya sebagai rawatan wajah anda yang sebenar. Ia berfungsi meratakan warna kulit, menghilangkan bintik hitam pigmentasi gelap dan macam-macam lagi.
Sunblock ini diperkaya dengan spektrum yang menghalang kulit menyerap bahan berbahaya. Ia juga diformulasikan dengan peptida mutiara terhidrolisis yang bermanfaat dalam melembapkan dan memulihkan struktur kulit sambil melindungi kulit dari sinar UV yang berbahaya.
Dengan mengandungi ekstrak Licorice, ianya juga bertindak sebagai pencerah kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Sunblock ini juga boleh dijadikan base makeup untuk anda.
Sesuai untuk dibawa travel, sunblock terbaik ini mengandungi agent pemutih berupa susu dan fairy powder. Wajah anda akan lebih cerah dan berseri kerana Lancome bukan sahaja melindungi, tetapi memberi keistimewaan kepada kulit anda.
Tak tahu nak guna sunblock apa yang sesuai untuk semua jenis kulit? Shiseido SENKA Perfect UV Fresh Gel Sunblock SPF50+ PA+++ (80g) ini melindungi semua jenis kulit dari dalam dan luar. Teksturnya amat ringan dan tidak membuatkan muka bertompok.
Sunblock ini amat sesuai digunakan di pantai atau semasa melakukan aktiviti air seperti berenang kerana kalis air dan boleh bertahan sehingga 80 minit.
Ia tidak melekit dan dapat menjadikan kulit wajah anda terasa ringan seperti tidak memakai apa-apa. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, sunblock ini antara yang sesuai untuk anda.
Kulit sensitif memerlukan penjagaan yang betul untuk mengelakkan daripada menjadi lebih serius. Dengan sunblock ini, ia dapat melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya dan juga mengatasi pelbagai masalah kulit seperti sensitif atau kering.
Sunblock terbaik dari Neutrogena ini menawarkan sistem penjagaan kulit dengan teknologi yang terbukti secara klinikal dan dijamin selamat.
Lakukan aktiviti luar dengan bebas tanpa rasa takut kulit terbakar dengan memakai sunblock Nivea ini. Ianya dapat memberikan perlindungan daripada UVA dan UVB kepada kulit dan menghidrat kulit anda dari kerosakan akibat sinar matahari.
Kini anda bebas melakukan aktiviti di luar dengan sangat yakin selepas penggunaannya.
Sapukan pada kulit akan sunblock ini yang dapat melindungi kulit selama 12 jam. Sunblok terbaik ini diperkaya dengan filter mexoryl dan diformulasikan dengan Activa Cell untuk memberikan perlindungan pada kulit wajah agar bebas daripada radikal berbahaya.
Sekiranya kulit wajah anda sering terdedah kepada sinar UV, sunblock ini berkesan untuk menutupi cela dan menghilangkan garis-garis halus dan sangat sesuai untuk anda yang mahukan perlindungan sepanjang hari agar tetap berseri.
Sunblock dai 3W Clinic dengan tekstur lembut ini amat sesuai untuk semua jenis kulit, terutama untuk remaja yang sering terdedah kepada cahaya matahari.
Ia dapat melembapkan kulit sambil melindungi kulit dengan mengekalkan penghidratan pada wajah. Dengan kandungan ekstrak Aloe Vera, ianya tidak akan menyebabkan kulit menjadi bermasalah setelah menggunakannya.
Itulah dia antara sunblock terbaik boleh anda cuba. Jom baca juga Moisturizer Terbaik , Skincare Korea Terbaik dan Produk Skincare untuk Kukit GlowToner untuk Kulit Kering.
Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.