Salah satu dari solat sunat yang digalakkan untuk umat Islam dirikan adalah solat taubat. Apakah itu amalan sunat taubat?
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda secara lengkap tatacara dan hikmah pelaksanaannya secara lengkap dan tersusun.
Setiap yang bernama manusia pasti tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Ada masanya kita secara sengaja atau tidak terjerumus ke dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan murka Allah.
Namun, itu tidak bermakna kita menerima diri sebagai orang yang berdosa dan terus melakukan kesilapan. Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sentiasa memberikan ruang kepada kita untuk membersihkan diri daripada dosa-dosa.
Lalu, apakah yang harus dilakukan sekiranya terjerumus dalam hal-hal yang salah dan berdosa? Ya, bertaubatlah.
‘Taubat’ berasal daripada perkataan ‘Taubah’ yang bermaksud ‘kembali’. Dari segi bahasa ia bermaksud kembali daripada dosa atau lainnya.
Dari segi tasawuf pula, taubat adalah kembali kepada Allah SWT dengan melepaskan ikatan dosa yang terus-menerus dari hati kemudian melaksanakan setiap hak tuhan.
Bertaubat telah diperintahkan oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah al-Tahrim: 8 yang bermaksud:
“Hai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.”
Hukum bertaubat adalah wajib dan disunatkan untuk terus bertaubat walaupun tidak melakukan dosa yang jelas.
Bahkan dengan menangguhkan taubat akan memberi kesan yang buruk kepada hati. Dosa akan menghitamkan hati serta menghalang daripada menerima segala kebaikan dan hidayah Allah SWT.
Bertaubat bukan sahaja perlu dilakukan semasa kita berdosa kepada Allah SWT, tetapi juga manusia. Jika kita berdosa kepada Allah SWT, bahkan melakukan kesalahan kepada manusia, maka tiga syarat ini perlu ditunaikan:
Syeikh Soleh al-Uthaimin meletakkan lima syarat taubat seperti berikut:
Syarat-syarat taubat secara umumnya adalah seperti berikut:
Waktu dilakukan solat sunat taubat adalah bila-bila masa sekiranya berasa telah berbuat dosa (kecuali waktu yang dilarang solat).
Tetapi masa yang paling baik adalah ketika sepertiga malam (2.00 pagi dan ke atas), iaitu ketika berqiamullail.
Mengikut pandangan ahli ulama, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat atau enam rakaat.
Berikut adalah cara melakukan solat sunat taubat:
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunat Taubat dua rakaat semata-mata kerana Allah Taala.”
لَا إِلهَ إلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dalam kalangan orang yang menzalimi diri sendiri.”
“Aku memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia, yang hidup dan berdiri dengan sendirinya. Dan kepadaNya aku bertaubat.”
Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.”
Lalu, ingatlah Allah SWT itu sentiasa mengampuni apa-apa jua kesalahan umatNya, bahkan pintu untuk bertaubat sentiasa terbuka sehingga nyawa masih di halkum.
Jadi, sekiranya kita melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak, segeralah bertaubat dan menyesali kesalahan tersebut dengan mendirikan solat sunat taubat, kerana inilah salah satu caranya untuk memohon keampunan Allah SWT.
“Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya).” – (Surah Ali Imran, ayat 135)
Selain dari cara solat taubat ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan panduan solat seperti:
Sumber: