Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji adalah perayaan terbesar yang disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah pada setiap tahun. Pada hari tersebut, umat Islam disunatkan untuk mengerjakan solat sunat Aidiladha.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara solat sunat Aidiladha yang tepat dengan beberapa kelebihannya.
Solat sunat Aidiladha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan pada pagi Hari Raya Korban / Haji (10 Zulhijjah) setiap tahun dan diikuti dengan 2 khutbah.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin ‘Ubaidillah R.A beliau berkata : ‘’Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan bertanyakan tentang Islam. Kemudian Rasulullah SAW menjawab :
خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ
Maksudnya: (Kamu perlu) melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.
Kemudian lelaki itu bertanya: ‘’Adakah menjadi kewajipan ke atasku solat selainnya ?’’. Maka Nabi SAW menjawab :
لا، إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ
Maksudnya: Tidak, kecuali kamu ingin mengerjakan solat sunat.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 46 dan Muslim, No. 11)
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Ibn Al-Somit RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللهُ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ
Maksudnya: Allah SWT mewajibkan lima solat ke atas hamba Nya. Sesiapa yang melakukannya tanpa meninggalkan sedikit pun kerana meringan-ringankannya, Allah SWT menjanjikannya masuk syurga. Manakala sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa kepadanya. Sekiranya Allah kehendaki, Dia akan mengazabnya dan sekiranya Allah kehendaki, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1420)
Justeru, berdasarkan beberapa riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa selain dari solat fardhu lima waktu, solat-solat yang lain itu adalah termasuk dalam bahagian solat sunat dan antaranya juga adalah solat hari raya.
Hukum bagi mengerjakan solat sunat ini adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.
Hukum menunaikan solat hari raya di rumah sama ada secara bersendirian atau secara berjemaah adalah harus dan sah. Juga disunatkan untuk berkhutbah bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah.
Namun demikian, bagi yang melakukannya secara bersedirian, tidak dituntut untuk berkhutbah.
Solat sunat ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Lafaz niat bagi yang mengerjakan solat ini secara berjemaah adalah seperti berikut:
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat hari raya Aidiladha dua rakaat sebagai imam / makmum kerana Allah Taala”
Lafaz niat bagi yang mengerjakan solat ini secara bersendirian adalah seperti berikut:
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: ” Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.”
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mus’ab RA:
586 – عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلى الله عَلَيه وَسَلم: كَانَ يُصَلِّي يَوْمَ الْفِطْرِ، وَيَوْمَ الأَضْحَى قَبْلَ الْخُطْبَةِ.
Maksudnya: “Dari Ibnu Shihab bahawa Rasulullah SAW Solat di Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha sebelum khutbah.” – (Muwattho’)
Berikut adalah beberapa kelebihan solat hari raya yang boleh anda perolehi:
Solat hari raya merupakan salah satu ibadah yang dilakukan bersama-sama oleh umat Muslim. Ia menjadi sebab berkumpulnya keluarga dan kerabat yang mungkin tidak dapat sering bertemu sepanjang tahun.
Melalui solat ini, hubungan antara nggota keluarga dipererat dan tali silaturahim menjadi lebih kuat.
Solat hari raya diadakan dengan menyatukan umat Muslim dalam kegiatan ibadah yang sama.
Suasana ibadah bersama ini memberikan kebahagiaan dan keceriaan tersendiri, di mana setiap orang merasakan kehadiran dan kebersamaan bersama para jemaah.
Hari raya merupakan momen untuk bersyukur atas nikmat dan rahmat Allah SWT. Solat hari raya mengingatkan umat Muslim tentang pentingnya bersyukur atas segala kurnia yang diberikan Nya.
Ia juga mengajarkan kita untuk tidak mengabaikan keberkahan yang telah diberikan dalam hidup kita.
Solat hari raya juga memberikan kesempatan kepada umat Muslim untuk membersihkan diri dari dosa-dosa yang telah dilakukan sebelumnya.
Dalam momen ini, umat Muslim diharapkan dapat bertaubat dengan sungguh-sungguh dan menebus dosa-dosa mereka melalui solat yang dilaksanakan dengan penuh kesungguhan.
Selain dari cara solat sunat aidiladha ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan solat sunat seperti:
Sumber: