Bagaimanakah caranya melakukan solat sunat adilfitri secara berjemaah? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan mengerjakan solat sunat aidilfitri dengan betul.

Pengertian dan tempoh waktu solat sunat aidilfitri

Solat sunat aidilfitri adalah solat sunat yang dilakukan oleh umat Islam sebanyak dua rakaat pada 1 Syawal iaitu hari raya aidilfitri yang pertama.

Solat ini adalah afdhal untuk dilakukan secara berjemaah dan kemudian itu dibacakan dua khutbah. Tetapi ia juga boleh dilakukan secara bersendirian di rumah.

Hadis tentang perintah melaksanakan solat hari raya

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin ‘Ubaidillah R.A beliau berkata : ‘’Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan bertanyakan tentang Islam. Kemudian Rasulullah SAW menjawab :

خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ

Maksudnya: (Kamu perlu) melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.

Kemudian lelaki itu bertanya: ‘’Adakah menjadi kewajipan ke atasku solat selainnya ?’’. Maka Nabi SAW menjawab :

لا، إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ

MaksudnyaTidak, kecuali kamu ingin mengerjakan solat sunat.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 46 dan Muslim, No. 11)

Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Ibn Al-Somit RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللهُ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Allah SWT mewajibkan lima solat ke atas hamba Nya. Sesiapa yang melakukannya tanpa meninggalkan sedikit pun kerana meringan-ringankannya, Allah SWT menjanjikannya masuk syurga. Manakala sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa kepadanya. Sekiranya Allah kehendaki, Dia akan mengazabnya dan sekiranya Allah kehendaki, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1420)

Justeru, berdasarkan beberapa riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa selain dari solat fardhu lima waktu, solat-solat yang lain itu adalah termasuk dalam bahagian solat sunat dan antaranya juga adalah solat hari raya.

Hukum pelaksanaan solat hari raya

Solat sunat ini adalah sunat muakad iaitu solat sunat yang sangat diberatkan oleh Nabi SAW.

Rasullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini sejak pada ia disyariatkan sehinggalah baginda wafat. Begitu juga para sahabat RA berterusan melakukannya selepas kewafatan baginda Nabi.

Cara solat sunat aidilfitri

Cara solat sunat aidilfitri ini sedikit berlainan dengan solat sunat lain yang kita pelajari. Dalam solat ini, kita disyariatkan untuk membaca  takbir sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat ke dua.

Diriwayatkan oleh ‘Amr Bin Shuaib, dari bapanya dari datuknya, bahawa:

Maksudnya: “Nabi SAW bertabir pada solat hari raya sebanyak tujuh kali dan lima kali.” – (Hadis Riwayat Ibn Majah, No. 1278)

Bagi lafaz solat sunat aidilfitri tersebut adalah seperti yang berikut:

Rakaat pertama

  1. Mula dengan lafaz takbiratul ihram dengan menyabut “Allahu Akbar” disertakan dengan niat solat aidilfitri di dalam hati.
  2. Membaca doa iftitah.
  3. Lafaz takbir 7 kali diselangselikan dengan bacaan tasbih : سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر dan وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله .
  4. Membaca surah Al-Fatihah.
  5. Membaca mana-mana surah dalam Al-Quran.
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat kedua

  1. Mulai dengan lafaz takbir permulaan rakaat kedua.
  2. Lafaz takbir 5 kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
  3. Membaca surah Al-Fatihah.
  4. Membaca mana-mana surah dalam Al-Quran.
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  6. Memberi salam.

Amalan sunat sebelum solat

  • Mandi sunat pada pagi raya.
  • Bersarapan sebelum solat pada hari raya aidilfitri.
  • Berpakaian cantik atau baru ketika hari raya.
  • Pergi awal ke masjid dan sebaik-baiknya adalah dengan berjalan kaki.
  • Berwajah ceria dan senyum kepada setiap orang Islam yang ditemui.
  • Banyakkan bersedekah.
  • Pergi ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain

Selain dari cara solat sunat aidilfitri ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan solat sunat seperti:

Sumber:

  1. Niat & Cara Solat Sunat Aidilfitri (Panduan Lengkap). Aku Muslim
  2. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-515: Hukum Hakam Pelaksanaan Solat Hari Raya Aidil Fitri Di Rumah. Mufti Wilayah Persekutuan

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.