Solat jenazah ke atas mereka yang telah meninggal dunia telah menjadi amalan masyarakat ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat lagi.
Solat ini dilakukan selepas jenazah siap dimandikan dan dikafankan. Inilah hakikat yang setiap manusia akan lalui sebelum bertemu dengan Allah SWT.
Ditambah, kematian adalah suatu perkara yang pasti terjadi kepada semua makhluk, yang berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-A’raf, ayat 34 yang bermaksud:
“Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.”
Sebagaimana Islam menghormati mereka yang masih hidup, begitu juga ketika berlakunya kematian. Iaitu, terdapat langkah-langkah tertentu untuk menguruskan jenazah dengan baik dan penuh penghormatan.
Solat jenazah adalah solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup ke atas mayat orang Islam.
Tujuan solat ini didirikan adalah untuk mendoakan jenazah agar mendapat keampunan Allah SWT.
Solat jenazah merupakan kewajipan fardu kifayah kepada umat Islam. Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a berkata (maksudnya):
“Rasulullah SAW berasa sedih atas kematian al-Najasyi. Baginda keluar ke tempat solat. Lalu Baginda menyusun saf mereka (sahabat-sahabat) dan bertakbir dengan empat takbir.” – (Hadis Riwayat Bukhari)
Menurut mazhab Syafi’i, wali kepada jenazah adalah lebih aula untuk menyembahyangkan jenazah. Ini kerana solat jenazah adalah doa untuk si mati, maka doa kaum kerabat dan waris lebih mudah dimakbulkan Allah.
Ada perbezaan kedudukan antara jenazah lelaki dan perempuan semasa disembahyangkan.
Jenazah lelaki: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kiri imam dengan kebanyakan bahagian badan jenazah di sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian kepalanya.
Jenazah perempuan atau khunsa: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian punggungnya.
Terdapat tujuh rukun solat jenazah;
Ada beberapa perkara sunat dalam solat jenazah. Ia adalah seperti berikut:
1. Berniat dan takbiratulihram
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.”
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.”
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.”
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.”
2. Kedudukan tangan sama seperti dalam solat biasa.
3. Baca surah al-Fatihah.
4. Takbir untuk kali kedua dan angkat tangan ke telinga. Kemudian letakkan tangan kembali ke badan.
5. Baca selawat ke atas Nabi. Atau adalah lebih baik lagi dengan membaca selawat Ibrahimiyyah.
6. Takbir kali ketiga dan angkat tangan ke telinga. Kemudian letakkan tangan kembali ke badan.
7. Baca doa untuk jenazah.
Doa Untuk Jenazah Lelaki;
Maksudnya:
“Ya Allah, ampunkanlah jenazah ini, kasihanilah dia, sejahterakan dan selamatkan dia. Muliakanlah kedudukannya, lapangkan ruang kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun suci. Lupuskan dia daripada segala noda dosa, sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran.
Gantikan baginya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat kediaman sebelum ini. Berikan kepadanya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangannya yang ada. Hindarkanlah dia (Ya Allah) daripada seksa kubur dan seksa neraka.”
Doa Untuk Jenazah Wanita;
Maksudnya:
“Ya Allah, ampunkanlah jenazah ini, kasihanilah dia, sejahterakan dan selamatkan dia. Muliakan kedudukannya, lapangkan ruang kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun suci. Lupuskan dia daripada segala noda dosa, sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran.
Gantikan baginya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat kediaman sebelum ini. Berikan kepadanya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangan yang ada. Hindarkanlah dia (ya Allah) daripada seksa kubur dan seksa neraka.”
8. Takbir kali keempat dan sunat membaca doa.
Maksudnya;
“Ya Allah, janganlah Engkau sisihkan kami daripada mendapat pahala (menguruskan jenazah)nya. Jangan pula Engkau biarkan fitnah melanda kami sepeninggalannya.
Ampuni dosa kami, dosa si mati dan saudara-saudara kami yang lain yang lebih awal beriman daripada kami. Jangan Engkau bibitkan di dalam hati kami rasa benci dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami (yang mulia), Engkau sangat Penyantun dan sangat Penyokong.”
Maksudnya:
“Ya Allah, janganlah Engkau sisihkan kami daripada mendapat pahala (menguruskan jenazah)nya. Jangan pula Engkau biarkan fitnah melanda kami sepeninggalannya.
Ampuni dosa kami, dosa si mati dan saudara-saudara kami yang lain yang lebih awal beriman daripada kami. Jangan Engkau bibitkan di dalam hati kami rasa benci dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami (yang mulia), Engkau sangat penyantun dan sangat penyayang.”
9. Beri salam pertama
10.Baca doa solat jenazah
Maksudnya:
“Segala puji bagi Allah Tuhan Alam semesta. Selawat dan salam untuk penghulu kami Sayyidina Muhammad Nabi dan Rasul yang paling mulia, juga ke atas para sahabat Baginda sekaliannya. Ya Allah, jadikanlah kuburnya seperti taman daripada taman-taman syurga.
Ya Allah, Engkaulah Tuhannya, Engkau yang menjadikannya, Engkau yang juga memberikannya petunjuk sehingga dia menganut agama Islam. Namun, Engkau juga yang mematikannya, Engkau lebih tahu hal ehwalnya, baik yang tersembunyi mahu pun yang terang.
Ya Allah, kami hadir di sini dengan penuh rasa berharap untuk memohon baginya pertolongan-Mu. Oleh itu, ampunkanlah kami semua dan dirinya dengan ihsan dan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan restu Allah untuk Rasul junjungan kami Nabi Muhammad, juga kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda, semoga sejahtera mereka semuanya. Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.”
11. Kemudian teruskan dengan doa ini;
Maksudnya:
“Ya Allah, curahkanlah rahmat atas Nabi Muhammad dan kepada keluarga Nabi Muhammad. Ya Allah, dengan berkat surah al-Fatihah, bebaskanlah dosa kami dan dosa mayat ini dari seksaan api neraka. Ya Allah curahkanlah rahmat dan berilah keampunan kepada mayat ini.
Dan jadikanlah tempat kuburnya itu taman daripada syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya itu lubang jurang neraka. Dan semoga Allah memberi rahmat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.”
Solat jenazah adalah solat yang perlu diketahui cara menunaikannya, kerana ianya adalah fardhu kifayah. Ini bermaksud jika ada seorang yang mengetahui cara melakukan solat jenazah, maka kewajipan ke atas orang lain pun akan terlepas.
Namun begitu, untuk menjadi seorang umat Islam yang bertanggungjawab, hendaklah kita semua mempunyai ilmu mengenai solat jenazah ini tanpa bergantung harap kepada orang lain.
Selain dari cara solat jenazah ini, anda juga boleh baca artikel panduan solat kami yang lain sepert:
Sumber: