Google dan Kantar telah menerbitkan laporan Top 50 Brands Chinese Brand Builders 2023 yang menyatakan realme telah membuat lonjakan luar biasa, iaitu memperoleh kedudukan ke 21 berbanding kedudukannya pada tempat ke 29 pada tahun lepas.

Walaupun ianya merupakan syarikat termuda dalam senarai, realme telah menapak dengan pantas di pasaran global kerana cerapan pasarannya yang tajam, inovasi produk yang berterusan, kedudukan produk yang jelas dan pengaruh jenama yang kukuh.

No Leap, No Launch:Mendahului dengan Teknologi dalam Siri C

Doreen Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Kantar Greater China dan Pengerusi Global Kantar BrandZ berkata, hanya memberi tumpuan kepada kebolehmampuan dapat melemahkan daya saing jenama lain dan menggurangkan peluang untuk memenangi pelanggan baharu. Kini, jenama global China ini berhasrat untuk mengubah imej mereka daripada mampu milik kepada tawaran yang lebih bermakna.

Pada tahun 2023, realme Malaysia memulakan strategi siri C dengan mengikut falsafah produk baharu mereka iaitu “No Leap, No Launch” dan komited untuk menyediakan produk yang melebihi jangkaan pengguna.

Dengan terus berinovasi dan menyampaikan pengalaman yang unggul, realme telah menarik minat golongan muda, yang mendorong pertumbuhan jenama yang mampan dengan jangka panjang. Hal ini membuktikan kejayaan pelancaran realme C55 dan C53 di Malaysia.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.