Duit dan kebahagian hidup dalah satu benda yang sering kita bincangkan. Ada orang cakap duit itu penting. Duit itu mampu membeli kebahagain. Mungkin jawapan itu betul. Ada yang juga mengatakan bahawa duit bukan segalannya. Yang penting adalah kebahagian. Ada sahaja orang yang kaya tetapi tidak bahagia. Ini betul.

Kedua-dua fakta itu betul. Duit dan kebahagian saling berkait. Duit boleh dikatakan faktor utama kebahagian tetapi duit bukan segala-galanya.

Jadi post ringkas ini ingin berkongsi bagaimana untuk menyemak sama ada anda sedang bahagia ataupun tidak.

kebahagian-hidup

Senyum tanda anda bahagia

Bagaimana untuk menyemak sama ada anda bahagia ataupun tidak? Jawapanya adalah melakukan ujian kebahagian hidup yang mudah. Tanya pada diri, berapa banyak anda ketawa atau senyum pada hari ini bersama-sama dengan orang lain? Jika jawapannya banyak, maksudnya anda seorang yang bahagia.

Ketawa adalah ujian ringkas yang mudah. Kerana jika anda tidak bahagia, ‘ketawa’lah merupakan elemen pertama yang akan hilang. Betul? Jadi jika anda ingin semak anda bahagia atau tidak, nilainya dari sudut ketawa.

Anda bahagia dengan pasangan?

  • Semak dengan ketawa. Kalau dalam satu hari tersebut hanya masam dan tiada langsung gelak ketawa, maksudnya anda sedang tidak bahagia.

Anda bahagia mempunyai anak?

  • Semak dengan anda gelak tertawa dengan anak. Kalau asyik merungt sahaja. faham-fahamlah maksudnya. Tetapi jikalau anak anda boleh gelak ketawa dengan anda, maksudnya itulah erti kebahagian hidup.

Anda bahagia dengan kawan-kawan?

  • Semak dengan melihat berapa banyak anda ketawa dengan mereka. Lebih banyak duka ataupun duka?

Ketawa adalah ujian yang paling cepat untuk menyemak anda bahagia. Anda bahagia baca blog ini? Haha, sila ketawa.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.