Salah satu alatan penting dalam melaksanakan ibadah solat bagi umat Islam mempunyai pelbagai pilihan adalah sejadah. Terdapat banyak jenis sejadah yang dijual dengan pelbagai bahan, corak, warna dan kelebihannya.

Bagi anda yang mencari sejadah terbaik menarik, unik dan cantik, mari kami kongsikan 11 sejadah terbaik yang boleh anda pilih. Pastinya semua selesa!

1. Arbain Tas-C

sejadah terbaik

Sekiranya anda menyukai sejadah daripada Turki, Arbain adalah sejadah Turki terbaik yang patut dimiliki oleh anda. Hal ini kerana kualitinya yang baik, tenunannya sangat halus dan juga sejuk. Pastinya anda akan lebih selesa ketika melakukan ibadah solat.

Menariknya, sejadah terbaik ini dilengkapi dengan beg yang menjadikannya lebih mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana sahaja.

Sejadah ini diperbuat daripada bahan chenille, mudah dilipat, tidak mudah berkedut dan reka bentuknya kelihatan agak sederhana.

2. Sejadah Aisyah Bermotifkan Kaabah

sejadah terbaik

Sekiranya anda menyukai sejadah bercorak tetapi tidak terlalu mencolok mta, maka sejadah Aisyah ini amat sesuai untuk anda. Tidak seperti kebanyakan sejadah bercorak yang lain, warnanya tidak terlalu menonjol dan kelihatan lebih elegan.

Sejadah terbaik ini diperbuat menggunakan bahan poliester yang mana permukaan sejadah  ini terasa lebih halus dan selesa ketika digunakan. Ukurannya pula sepanjang 120 cm dengan lebar 80 cm.

Ia tidak terlalu tebal. Anda boleh melipatnya dengan mudah tanpa perlu risau mengenai kedutannya. Warnanya agak tahan lama dan tidak mudah pudar.

3. Sejadah Bunetik H102

sejadah terbaik

Bagi anda yang mahukan sejadah unik dan menarik, apa kata anda cuba gunakan sejadah Bunetik H102. Reka bentuknya menggabungkan motif batik dan menggunakan bahan kulit anak patung yang membuatkannya terasa lembut seperti anak patung.

Selain itu, sejadah terbaik ini juga mempunyai lapisan busa nipis yang dapat memudahkannya dilipat dan sangat ringan.

4. Sejadah Rumah Rasfur

sejadah terbaik

Bukan hanya sejadah bersaiz besar, anda juga boleh memiliki sejadah bersaiz kecil daripada Rumah Rasfur Sajadah. Ia sangat sesuai bagi anda yang sering melakukan aktiviti di luar.

Sengaja dibuat dengan ukuran yang lebih kecil, jadi lebih senang untuk disimpan dan dibawa kemana-mana saja. Walaupun kecil, sejadah ini tetap selesa digunakan dan di bahagian dalam sejadah ini terdapat juga busa yang menjadikannya lebih lembut.

Untuk pengetahuan anda, sejadah terbaik ini menggunakan bahan poliester yang dapat memberikan kesan sejuk apabila disentuh.

5. Sejadah Hilzea

sejadah terbaik

Untuk menjadikan si kecil lebih bersemangat untuk belajar solat, anda boleh membeli sejadah Hilzea ini. Sejadah ini direka khas dengan warna-warna terang yang kelihatan lebih menarik dan menarik perhatian untuk kanak-kanak. Ia sangat selesa digunakan dan saiznya pula amat sesuai untuk kanak-kanak.

6. Sejadah Travel Tatuis Atthaya Raisya Tiara

sejadah terbaik

Umumnya sejadah mempunyai bentuk segi empat tepat, tetapi sejadah ini yang dibuat dengan bentuk depan yang unik dan berbentuk seperti kubah.

Reka bentuknya bukan sahaja mesra travel tetapi ia juga diperbuat daripada bahan kalis air. Jadi, anda tidak perlu risau jika sejadah tersebut terkena air atau diletakkan di lantai yang basah.

7. Sejadah Al Imam Karpet Masjid

sejadah terbaik

Sekiranya anda berencana untuk menyumbangkan sejadah untuk masjid terdekat, sejadah Al Imam Karpet Masjid ini adalah pilihan yang tepat. Tidak seperti sejadah lain yang lebih kecil, ia direka untuk penggunaan besar-besaran dengan dimensi 600 cm x 120 cm.

Sejadah ini diperbuat daripada bahan heatset polipropilena yang halus, senang dijaga dan boleh digunakan untuk penggunaan jangka masa yang panjang. 

Bahagian bawah sejadah ini pula direka khas dengan anti slip, jadi ia lebih selamat dan pastinya tidak licin. Sejadah ini cukup tebal dan akan memberikan lebih banyak keselesaan ketika digunakan untuk solat.

Dengan warna hijau yang dominan, sejadah terbaik ini kelihatan begitu neutral untuk dipadankan dengan pelbagai warna atau gaya ruangan bilik.

8. Sejadah Lipat Adhwa

sejadah terbaik

Sejadah lipat Adhwa boleh jadi salah satu sejadah solat terbaik yang perlu anda miliki. Ia mempunyai bahagian yang dapat dibengkokkan atau dilipat yang dapat digunakan sebagai tempat bersandar.

Justeru, sejadah terbaik ini sangat mesra kepada orang tua dan boleh digunakan dalam pelbagai fungsi seperti menjadi sokongan badan ketika membaca zikir atau membaca Al-Quran.

Selain ciri sokongan yang menarik, sejadah ini juga mempunyai permukaan lembut diperbuat daripada baldu berkualiti tinggi. Terdapat juga lapisan busa di dalamnya, yang menjadikan sejadah ini terasa lebih lembut dan menawarkan keselesaan terbaik semasa beribadah. Ia juga mampu menahan beban berat sehingga 100 kilogram.

9. Sejadah Imperial

sejadah terbaik

Sejadah yang lembut dan selesa pasti disukai ramai, sejadah Imperial adalah salah satu daripadanya. Sejadah terbaik ini mempunyai lapisan yang diperbuat daripada busa yang dapat memberikan tekstur yang terasa lebih lembut dan nyaman untuk digunakan sewaktu solat.

Bahagian luar sejadah ini pula diperbuat daripada bahan poliester yang dapat memberikan kesan penyejukan dan ukurannya amat sesuai untuk orang dewasa.

Dari segi penampilannya, sejadah ini juga mempunyai rekaan ringkas dengan warna terang yang indah dan ia tidak terlalu mencolok mata. Oleh itu, sejadah ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah, mas kahwin, ataupun untuk kegunaan peribadi.

10. Sejadah Dunlopillo

sejadah terbaik

Dengan ukuran 110 cm x 70 cm, sejadah Dunlopillo ini boleh menjadi sejadah terbaik pilihan anda kerana mempunyai lapisan yang sangat tebal dan terasa sangat lembut ketika digunakan untuk solat.

Dengan menggunakan bahan getah semula jadi sebagai bahan lapisan di dalamnya, ianya dapat memberikan kesan penyejukan yang selesa. Dari segi penampilan, ia juga mempunyai rekaan dengan sederhana dan kelihatan lebih elegan.

11. Sejadah Anya 5

sejadah terbaik

Sejadah terbaik Anya 5 ini mempunyai corak sederhana tetapi elegan. Ia sesuai dibawa ke masjid untuk kegunaan beribadah. Sejadah ini diperbuat daripada bahan polycotton yang menjadikannya sangat ringan untuk dibawa ke mana saja. Tidak hairanlah sejadah ini sangat popular digunakan sebagai cenderahati dan hadiah.

Berikut adalah jenis sejadah terbaik boleh anda pilih untuk dijadikan hadiah dan kegunaan harian. Jom baca juga Oil Cleanser terbaik, hand mixer terbaik, vitamin terbaik untuk kulit dan pelan internet terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.