Tidak dinafikan telur merupakan lauk kegemaran ramai. Hampir semua orang suka makan telur kerana ia sedap lazat dan mudah. Bertuah lah sesiapa yang tidak ada alahan makan telur kerana boleh merasa pelbagai jenis hidangan telur.

Pada tulisan kali ini, kami hadirkan resepi sambal tumis telur hancur. Ini bukan resepi biasa-biasa. Resepi yang dikongsikan oleh Mamaamna Aisyaa di laman Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai dalam kalangan warga internet. Lauk ini amat menarik tampilannya. Mula-mula anda kena masak sambal dulu, bila sambal sudah hampir masak, baru masukkan telur dan kacau-kacau jadi hancur. Wangi jangan tanya lagi, sangat-sangat merangsang selera.

Ayuh makan sambal tumis telur hancur dengan nasi panas dan ulam timun pun lazat. Gerenti ahli keluarga suka dan ketagih.

Resepi Sambal Tumis Telur Hancur

telur hancur

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Cabai kering,
  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Belacan sedikit,
  • Minyak masak,
  • Telur.

Cara-cara :

  1. Tumbuk cabai kering, bawang besar, bawang putih dan belacan sedikit.
  2. Tumis dengan minyak masak yang banyak, perasakan dengan garam dan gula.
  3. Bila agak-agak cabai sudah masak, baru pecahkan telur.
  4. Tunggu dalam 2 minit dan kacau ala kadar sahaja. Siap.
  5. Kalau tidak habis boleh buat rencah nasi goreng. Bubuh sambal dengan nasi, bubuh ikan bilis sedikit. Jadilah dia nasi goreng.

Resepi Menarik Lain

Selain sambal tumis telur hancur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.