Tercari resepi kudap-kudap rangup boleh kenyang makan? Kami hadirkan resepi kudapan popia begedil isi ubi kentang lenyek. Menu ini sesuai sangat untuk jadi kudapan pencuci mulut dan boleh bikin perut kenyang.

Popia begedil menggunakan inti kentang yang dilenyek sampai lembut. Caranya lebih kurang dengan resepi begedil kentang biasa namun di sini anda menggunakan kulit popia untuk balut sehingga rasa makanan ini jadi garing di luar namun lembut menyelerakan di dalam.

Jika anda berkenan untuk cuba buat, boleh cubakan resepi popia begedil yang dikongsikan oleh Anie Nor di laman Facebook. Kanak-kanak pun boleh makan. Selamat mencuba.

Resepi Popia Begedil

popia begedil

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut,
  • Daun sup/bawang dihiris halus,
  • Isi ayam ditambah garam sedikit dan digunting halus kemudian digoreng,
  • Bawang goreng,
  • Bawang putih digoreng dan ditumbuk ,
  • Lada cili/merah ikut selera masing-masing.

    popia begedil

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Masukkan bahan-bahan semua tadi ditambah lada sulah sedikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.
  2. Ambil kulit popiah kecil lipat sedikit bahagian atas dan letak inti dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi. (Kalau tidak lekat, letak air di bahagian yang tidak lekat).

    popia begedil

    Imej via Facebook

  3. Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng.
  4. Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain.
  5. Ambil bergedil popia tadi, celupkan bergedil tadi ke dalam telur dan terus masuk kuali untuk digoreng.
  6. Apabila nampak kekuningan terus angkat dan boleh dihidang. Tabur sedikit daun sup.

Senang dan mudah bukan?

Resepi Menarik Lain

Selain popia begedil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.