Apakah resepi biskut kuih raya moden yang sedap tetapi tidak rumit untuk membuatnya?

Mana lengkap hari raya jika tidak terhidang kuih raya yang pelbagai jenis rasa dan warna yang menjadi manisan wajib di setiap rumah.

Jika setiap tahun kita borong kuih raya di kedai, apa kata tahun ini untuk lebih jimat cuba buat sendiri di rumah. Tidak susah pun sebenarnya, pasti semua orang boleh buat dan ikut dengan resepi yang betul.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai aneka resepi menarik biskut kuih raya moden yang boleh anda cuba sebagai persediaan menyambut lebaran tidak lama lagi.

1. Resepi Nutella Pod

biskut kuih raya moden

Buat penggemar coklat Nutella, resepi Nutella Pod ini istimewa untuk anda cuba di rumah. Kalau beli memang harganya mahal, sebab harga Nutella sahaja di pasaran sudah mencecah puluhan ringgit mengikut saiz.

Buat sendiri lagi jimat dan anda boleh tambah inti atau topping yang disukai sendiri.

Bahan-bahannya:

  • ½ cawan marjerin
  • 3 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 1½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk badam

Cara-cara membuat:

  1. Kacau sebati marjerin, gula halus dan esen vanila.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
  3. Ayak tepung gandum, serbuk bikabonat, serbuk penaik dan tepung beras. Masukkan di dalam adunan tadi.
  4. Uli sebati.
  5. Bulatkan doh dan tekan pada bahagian tengah. Boleh masukkan doh ke dalam shell tart.
  6. Bakar pada suhu 160°C selama 30 minit.
  7. Siap bakar, pipe nutelle di bahagian tengah dan hiaskan dengan serbuk badam.

2. Resepi Brownies Cookies

biskut kuih raya moden

Selalu kita dengar brownie cake, kali ini brownie cookies pula. Resepi dari Che Nom ini memang sedap dan menjadi kegemaran ramai.

Selain ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam, ia juga menggunakan bahan-bahan utama yang berkualiti seperti dark chocolate, dan sebagainya.

Bahan-bahannya:

  • 350 g dark chocolate
  • 40 g (3 sudu besar) mentega
  • 2 biji telur + 1 biji kuning telur
  • 2/3 cawan (150 g) gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 cawan (35 g) tepung gandum
  • ¼ sudu teh baking powder

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 °C.
  2. Cairkan 200 g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler).
  3. Cincang kasar baki 150 g dark chocolate tadi dan ketepikan.
  4. Pukul gula bersama telur dan esen vanilla sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa dalam 10-15 minit.
  5. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur.
  6. Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula hingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik.
  7. Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais.
  8. Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment.
  9. Bakar di dalam oven selama 9-11 minit.
  10. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.

3. Resepi Green Mint Chocolate Chip Cookies

biskut kuih raya moden

Biskut yang mempunyai tekstur unik lembut di luar dan kenyal di dalam ini diberi nama Green Mint Chocolate Chip Cookies.

Jika anda seorang pengemar coklat dan pudina tentunya biskut ini akan menjadi kegilaan anda di hari raya nanti.

Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan mentega, dilembutkan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula perang, dibungkus ringan
  • 1 biji telur besar
  • 1/2 sudu teh ekstrak pudina
  • 15-20 titis pewarna makanan hijau (pilihan)
  • 1 1/2 cawan tepung serba guna
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 cawan cip coklat separuh manis
  • 1/2 cawan cip coklat pudina

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan ketuhar hingga 170०C.
  2. Masukkan krim mentega, gula dan gula perang lalu kacau dengan mesin pengadun bersama-sama sehingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan telur, ekstrak pudina, dan pewarna makanan (jika menggunakan), dan krim sehingga licin.
  4. Masukkan tepung, garam, serbuk penaik, dan baking soda, dan gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan cip coklat dan cip coklat pudina.
  6. Bentukkan doh menjadi bebola bersaiz 1.5 sudu besar (atau gunakan senduk biskut bersaiz 1.5 sudu besar) dan letakkan 2 inci di atas loyang.
  7. Bakar selama 9-10 minit, hanya sehingga bahagian tepi mula keperangan sedikit.
  8. Biarkan mereka sejuk di atas kuali selama kira-kira 5 minit dan kemudian pindahkannya ke rak dawai untuk menyejukkan sepenuhnya.
  9. Biskut akan disimpan selama 7 hari dalam bekas tertutup pada suhu bilik, atau boleh dibekukan sehingga 3 bulan.

4. Resepi Rainbow Cookies

biskut kuih raya moden

Biskut yang menarik perhatian kanak-kanak tentunya Rainbow Cookies atau dikenali juga dengan panggilan biskut Lidah Kucing.

Bentuknya yang seakan-akan bunga dan berwarna-warni menjadi perhatian ramai setiap kali tiba musim lebaran.

Bahan-bahannya:

  • 1 ketul buttercup atau boleh juga guna marjerin 1 1/4cawan
  • 150 gm gula halus
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • Putih telur 100gm(dalam 4biji)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Emplex 1/2 sudu teh(emplex jangan kurang nanti cookies tidak garing atau rangup

Cara-cara membuat:

  1. Ayak tepung gandum,tepung jagung, dan emplex.
  2. Putar buttercup dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan putih telur dan mix lagi.
  4. Slow kan mixer dan masukkan tepung yang diayak, mix sekejap sahaja.
  5. Bahagikan dan letak pewarna.
  6. Masukkan dalam piping beg dan picit adunan (acuan disapu marjerin).
  7. Bakar suhu 160-170०C api atas bawah 20-25 minit bergantung pada oven.

5. Resepi Biskut Florentine

biskut kuih raya moden

Biskut kuih raya moden yang seterusnya adalah biskut florentine. Menarik tentang biskut ini ia tidak menggunakan langsung cecair.

Hanya sahaja bahan-bahan kering yang digunakan seperti kekacang sedikit mahal berbanding pembuatan biskut lain.

Namun memang berbaloi bila anda rasa mewah di mulut setiap kali mengigit keranggupan biskut ini.

Bahan-bahannya:

  • 500 gram tepung florentine
  • 500 gram almond slice | bakar selama 5 minit
  • 200 gram biji labu hijau | bakar selama 5 minit
  • 100 gram kuaci putih | bakar selama 5 minit
  • 40 gram bijan hitam / putih | bakar selama 5 minit

Cara-cara membuat:

  1. Campur semua bahan dan gaul rata.
  2. Masuk dalam bekas cup cake lebih mudah nk keluarkan.
  3. Bakar pada suhu 150c. Guna api atas bawah selama 15 minit.
  4. Dah siap bakar tunggu agak sejuk baru keluarkan.
  5. Bila sudah agak sejuk kita akan dengar bunyi kriuk-kriuk dan masa itu ia boleh keluarkan. Jangan keluarkan semasa panas kerana biskut akan pecah.

6. Resepi Biskut Red Velvet

biskut kuih raya moden

Buat pengemar red velvet, jangan lepaskan peluang untuk anda cuba resepi biskut red velvet ini.

Biskut ini seakan rupa biskut coklat chip hanya dari segi rasa, warna, dan cara membuatnya berbeza dengan bahan yang tidak begitu banyak serta mudah untuk didapatkan.

Bahan-bahan untuk biskut:

  • 1/2 cawan /117g mentega
  • 3/4 cawan /150g gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1 1/2sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2-2 sudu kecil pewarna merah
  • 1/2 cawan /50g hirisan badam
  • 1/2 cawan /90g coklat cip

Bahan-bahan untuk ayak:

  • 1¼ cawan /160g tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder/serbuk penaik
  • ¾ sudu kecil baking soda/soda bikarbonat

Cara-cara membuat:

  1. Keluarkan dulu butter (supaya butter lembut bila nak mengadun nanti).
  2. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk coco, baking soda dan baking powder.
  3. Sangai sekejap kepingan badam dalam 2/3 minit atau sehingga naik bau badam kemudian pindah masuk bekas lain (supaya kepingan badam tak terlibih masak).
  4. Pukuk mentega dan gula kastor sehingga kembang atau kuning pucat.
  5. Kemudian masukkan kuning telur.
  6. Masukkan cuka, esen vanila dan pewarna merah.
  7. Gaul sebati.
  8. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit (supaya mudah untuk adun).
  9. Bila dah sebati, masukkan kepingan badam dan coklat cip.
  10. Adun sekata.
  11. Rehatkan sekejap di dalam peti sejuk.
  12. Griskan tray dengan butter dan lapikkan dengan kertas baking.
  13. Ambil sikit doh dan bulatkan.
  14. Susun atas loyang dan tekankan sikit dengan jari atau garfu.
  15. Masukkan dalam oven yang dipanaskan selama 10 minit dengan suhu 10 °C.
  16. Setting api atas dan bawah.
  17. Sejukkan sebelum masukkan dalam balang kedap udara.

7. Resepi Choco Ball Milo Nestum

biskut kuih raya moden

Siapa kata tiada oven di rumah tidak boleh buat kuih raya sendiri? Resepi Choco Ball Milo Nestum ini sangat sesuai kepada sesiapa yang mahukan resepi ringkas tanpa perlu bakar.

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan Milo
  • 1 cawan Nestum
  • 1 cawan mentega kacang (peanut butter) – boleh beli yang unsweetened / tanpa gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis-ikut suka

Cara-cara membuat:

  1. Mula-mula, gaul semua bahan hingga sebati dan agak likat agar mudah dibentuk.
  2. Kalau agak-agak lembik, boleh tambahan Nestum sedikit demi sedikit.
  3. Jika suka, boleh tambah kacang tumbuk kasar-kasar juga.
  4. Bentukkan bulat-bulat ikut saiz yang kita suka. Bentukkan guna tangan sahaja.
  5. Lepas itu masukkan ke dalam paper cup kecil-kecil macam dalam gambar.
  6. Boleh bubuh hiasan ikut masing-masinglah seperti coklat cip atau kosong macam tu sahaja pun okay.
  7. Akhir sekali masukkan dalam peti sejuk. 
  8. Siap!

8. Resepi Famous Amos Choc Chip

biskut kuih raya moden

Siapa yang tidak kenal dengan biskut popular dari jenama terkenal Famous Amos. Kali ini kami akan berkongsi dengan anda biskut eksklusif ini untuk anda buat ketika hari raya.

Bahan-bahan A:

  • 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan-bahan B:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Cara-cara membuat:

  1. Kacau rata semua bahan A di dalam mangkuk.
  2. Masukkan pula semua bahan B.
  3. Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila sudah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
  4. Bila sudah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
  5. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
  6. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
  7. Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

9. Resepi Meringue Cookies

Meringue adalah sejenis pencuci mulut yang terkenal di Perancis, Switzerland, dan Itali. Ia diperbuat daripada putih telur yang dipukul dengan gula dan bahan berasid contohnya seperti limau, cuka, atau krim tartar.

Di antara ketiga-tiga jenis meringue ini, dikatakan Italian Meringue adalah meringue yang paling stabil manakala French meringue adalah asas kepada keseluruhan meringue yang kita gunakan.

Bahan-bahannya:

  • Gula castor 300g
  • Putih telur 150g
  • Pewarna makanan

Cara-cara membuat:

  1. Mula-mula campurkan putih telur dengan gula dalam satu mangkuk.
  2. Kemudian panaskan atas air mendidih secara double boil sampai gulanya larut. Kena kacau selalu ya supaya tidak berketul-ketul.
  3. Masukkan campuran putih telur dengan gula yang sudah larut tadi ke dalam mixer.
  4. Pukul sampai adunan seakan-akan berkilat. Bila sudah jadi meringue, kalau diangkat mixer tu adunannya ‘bertanduk’ dan bila terbalikkan mangkuk pun ia tidak jatuh ke bawah.
  5. Pewarna dilorekkan pakai lidi sate di bahagian dalam piping bag. Terpulang hendak pakai warna apa atau mahu lorekkan macam mana ya.
  6. Seterusnya bolehlah ‘pipe’ kan meringue ikut bentuk yang kita suka.
  7. Sambil itu boleh pre heat kan oven. Bakar dalam suhu 100 darjah celsius selama 50-60 minit.
  8. Lepas bakar, biarkan dalam oven sampai sejuk

10. Resepi Biskut Oat Pisang

Selalu kita makan biskut kuih raya moden pastinya tidak ketinggalan dengan sesuatu yang manis dan kurang khasiat.

Namun bagi anda yang ingin cuba yang lebih sihat tetapi sedap, Biskut Oat Pisang ini tentu akan memberikan anda kelainan yang luar biasa.

Bahan-bahannya:

  • 1 pisang dilecekkan
  • 130g jem kacang
  • 170g madu
  • 1 sudu kecil vanila
  • 160g oat yang digulung
  • 60g tepung gandum
  • 17g susu tepung rumusan Anlene
  • 2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/4 sudu kecil soda penaik
  • 80g kismis

Cara-cara membuat:

  1. Gaulkan semua bahan-bahan.
  2. Bentukkan menjadi biskut kecil dan letakkan di atas helaian kertas biskut yang disapu mentega.
  3. Masukkan ke dalam oven yang bersuhu 180°C dan masak selama 10 minit sehingga kuning keemasan

11. Resepi Chocolate Crunch Doughnuts

Hanya dengan menggunakan tiga jenis bahan, anda boleh membuat donut coklat lembut dan ranggup di luar.

Bahan-bahannya:

  • 200g coklat gelap
  • 25g quinoa pop* atau beras perang kembung, rangup protein, krispi beras, dsb.
  • 4 sudu besar tahini atau nut-butte

Cara-cara membuat:

  1. Pecahkan coklat ke dalam mangkuk tahan panas. Anda boleh sama ada mencairkannya dalam ketuhar gelombang mikro, kacau setiap minit atau lebih, atau anda boleh meletakkannya di atas periuk kecil air reneh sehingga ia cair sepenuhnya.
  2. Campurkan tahini/butter kacang, kemudian masukkan pop quinoa.
  3. Bahagikan adunan antara 18 cincin donat mini. Letakkan dalam peti ais selama 1-2 jam atau sehingga coklat mengeras.

12. Resepi Pepero Badam

Pepero pun rupanya boleh dibuat sebagai kuih raya tau. Resepi ringkas tetapi sedap ini pasti bakal menambat hati kanak-kanak di hari raya.

Bahan-bahannya:

  • Biskut jejari
  • Badam hancur (dibakar dalam ketuhar)
  • Bar milk compound coin / coklat

Cara-cara membuat:

  1.  Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil. Potong kecil supaya senang cair. Kalau guna cara kukus pun boleh. Masukkan 2 sudu butter supaya coklat berkilat.
  2. Masukkan coklat yang dicairkan tadi ke dalam mug. Celupkan biskut jejari dengan coklat. Jangan celup penuh, biar hujung boleh pegang.
  3. Kemudian taburan badam hancur yang telah dibakar.
  4. Biarkan sekejap sehingga coklat keras dalam 5-10 minit dan simpan dalam bekas kedap udara.

13. Resepi Sesame Seed Cookies

Resepi seterusnya adalah Sesame Seed Cookies yang disalut dengan bijan ranggup di luar.

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan bijan, dibahagikan
  • 2 cawan tepung serba guna
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan (4-auns) mentega tanpa garam, dilembutkan
  • 2 sudu besar air
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila tulen
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji telur besar

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan ketuhar dalam suhu 170°C.
  2. Dalam kuali berat yang besar di atas api sederhana, bakar biji bijan sehingga perang keemasan, goncangkan kuali dan kacau selalu untuk mengelakkan daripada hangus atau keperangan terlalu cepat. Angkat dari api dan ketepikan.
  3. Campurkan tepung, gula, mentega, air, serbuk penaik, vanila, garam, dan telur dalam mangkuk adunan yang besar. Dengan bantuan pengadun elektrik pada kelajuan rendah, pukul bahan sehingga sebati, sekali-sekala mengikis bahagian tepi mangkuk dengan spatula silikon.
  4. Masukkan perlahan-lahan 1/2 cawan bijan yang telah dibakar ke dalam doh sehingga semua bahan sebati.
  5. Menggunakan kira-kira 2 sudu teh doh untuk setiap biskut, bentukkan menjadi bujur dengan panjang kira-kira 2 inci.
  6. Letakkan biskut yang digulung kira-kira 1 inci di antara satu sama lain pada lembaran pembakar yang disediakan.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama kira-kira 15 hingga 20 minit, atau sehingga perang sedikit.
  8. Keluarkan biskut ke rak dawai untuk menyejukkan. Simpan biskut dalam bekas bertutup rapat.

14. Resepi Biskut Dalgona Biscoffee

Biskut Dalgona Biscoffee mungkin di antara resepi yang terbaru dan terkini bagi kuih biskut raya moden yang perlu anda cuba.

Campuran premiun dari bahan Nescafe dan Biscoff memberi hasil yang sedap, dan sangat berbaloi di buat ketika hari raya nanti.

Bahan-bahannya:

  • 280 gm mentega tawar (unsalted)
  • 160 gm gula kastor
  • 250 gm tepung gandum
  • 30 gm tepung jagung
  • 25 gm serbuk nescafe gold
  • 50 gm biskut Biscoff
  • 1/2 sudu teh baking powder

Bahan-bahannya hiasan:

  • Putih telur
  • Crumble Biskut Biscoff
  • Coklat putih yang dicairkan

Cara-cara membuat:

  1. Kisarkan Nescafe dan Biscoff hingga halus.
  2. Pukul mentega dan gula dengan senduk kayu hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk Nescafe Biscoff.
  4. Uli menjadi doh yang lembut.
  5. Sudukan 1/2 sudu kecil adunan dan gulingkan dengan crumble biskut Biscoff.
  6. Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit.
  7. Drizzle dengan coklat putih.

15. Resepi Cofee Bean Cookies

Jangan salah sangka, walaupun bentuk Cofee Bean Cookies seakan-akan biji kopi namun tidak ada satu pun bahannya yang berasal dari kopi.

Malah ia mengantikan serbuk koko dan dua jenis tepung sebagai bahan utama yang digunakan.

Bahan-bahannya:

  • 120g tepung gandum
  • 25g tepung jagung
  • 12g serbuk koko
  • 4g kopi segera
  • 8g air panas/susu
  • 75g mentega
  • 70g gula aising
  • 1 biji kuning telur

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung bersama-sama ke dalam mangkuk. Kemudian ayak dalam serbuk koko. Kacau hingga sebati lalu ketepikan.
  2. Larutkan serbuk kopi segera dengan air panas lalu ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian masukkan bancuhan kopi dan kuning telur. Kacau hingga sebati
  4. Masukkan adunan tepung, gaul hingga sebati. Jangan overmix.
  5. Bahagikan (8g) dan canai doh sama banyak menjadi bebola berbentuk bujur.
  6. Menggunakan pisau mentega, potong sedikit doh di tengah
  7. Biarkan di dalam peti ais selama 30 minit.
  8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170c selama 30-40 minit.
  9. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk sepenuhnya di atas rak dawai

16. Resepi Kuih Kapit Oreo

Kuih kapit adalah sejenis kuih tradisional yang menjadi kegemaran masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kuih ini bukan sahaja menjadi penyeri pada hari raya bahkan antara menu wajib pada malam Tahun Baru Cina.

Menariknya, kuih kapit turut diperbaharui menjadi biskut kuih raya moden yang menarik seperti kuih kapit Oreo ini.

Bahan-bahannya:

  • 125g tepung, diayak
  • 2 sudu besar tepung ubi, diayak
  • 150g gula ising
  • 240g telur, pukul lembut
  • 250g santan kelapa
  • 100g Oreo Crumbs atau Original Oreo Cookies, hancur halus
  • Garam

Cara-cara membuat:

  1. Pukul semua bahan sehingga gula larut. Tapiskan.
  2. Panaskan mesin acuan kuih kapit.
  3. Taburkan OREO Crumbs atau Original Oreo Cookies yang telah dihancurkan atas acuan. Kemudian, tuangkan bancuhan di bahagian tengah acuan dan kapitkan acuan segera.
  4. Alihkan kuih kapit dari mesin acuan kuih kapit setelah lampu terpadam. Lipatkan kepada separa bulat kemudian tiga segi sementara masih panas.
  5. Apabila kuih telah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

17. Resepi Biskut Milo Chakiss

Biskut Milo Chakiss adalah salah satu dari resepi biskut kuih raya moden yang sangat mudah dibuat dan sedap sehingga menjadi kesukaan kanak-kanak.

Bahan-bahannya:

  • 1 1/4 cawan butter
  • 2 biji telur kuning
  • 1/2 cawan serbuk Milo
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 tutup esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telur
  • Coklat rice

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan gula castor dan butter dalam bekas. Kemudian, kacau rata dengan menggunakan senduk sehingga gula dan butter sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan serbuk Milo, dan tepung jagung dan kacau rata.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sediki dan kacau sehingga semuanya sebati.
  5. Bentukkan adunan menjadi doh yang boleh dibentuk.
  6. Wrap plastik, dan simpan dan fridge dalam 10 minit.
  7. Selepas 10 minit, keluarkan doh lalu canai dan tekapkan bentuk mengikut kesukaan anda.
  8. Sapukan putih telur dan susuli tabur coklat rice atasnya.
  9. Bakar pada suhu 160 – 170°C selama 20 minit. Suhu dan masa ini bergantung pada oven dan bentuk biskut yang dibuat.
  10. Apabila siap, simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.

Selain dari resepi biskut kuih raya moden ini, anda juga boleh baca artikel resepi kami yang lain berkenaan kuih dan cookies seperti:

Sumber:

  1. Cookpad
  2. Facebook

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.