Yang tengah ramai dibincangkan, ialah cornflakes salted egg. Nampaknya salted egg tengah naik daun sekarang sehingga apapun menu yang pakai salted egg gerenti banyak disukai. Siapa suka meratah cornflakes salted egg rangup lagi lazat?

Cornflakes ialah makanan/kudapan yang memiliki tekstur keras dan rangup. Apabila dimasak dengan salted egg, cornflakes yang tadi keras kering jadi lebih lembut namun tetap crunchy ketika dikunyah. Salted egg berkrim lapisi permukaan cornflakes jadi seronok dikunyah tidak sakit gigi. Pemakaian daun kari ialah penting dalam semua resepi salted egg ya.

Resepi cornflakes salted egg dikongsikan oleh Ija Hafiza Ismail di laman Facebook. Budak-budak pun boleh makan. Namun jika anda suka lagi pedas, anda boleh tambahkan cili padi lebih lagi. Maka jadilah ia spicy salted egg cornflakes. Seronok sangat mengudap cornflakes salted egg ini. Dapat cornflakes yang bulat-bulat besar syok ngunyah botol bersih dalam sekejap. Mesti cuba tau, kalau beli mahal.

Resepi Salted Egg Cornflakes

saltegg cornflakes

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg cornflakes,
  • 10 tangkai cili kering dipotong kecil-kecil,
  • Butter cup 250 gram,
  • Salted egg powder 100 gram,
  • Daun kari ikut suka ingin letak sebanyak mana,
  • 5 sudu gula castor.

Cara-cara :

  1. Guna kuali besar biar senang gaul. Cairkan butter dan masukan cili kering, daun kari, dan serbuk salted egg.
  2. Goreng sampai berbuih halus baru masukan cornflakes dan gula castor.
  3. Gaul sebati (cepat-cepat jangan lalai main fon pula masa ini nanti salted egg berketul). Jika sudah sebati baru tutup api.
  4. Kemudian masukkan dalam tray, alas kertas minyak dulu ratakan dan bakar dalam oven selama 10 minit suhu 150°C api atas bawah.
  5. Ok siap.

Resepi Menarik Lain

Selain salted egg cornflakes, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.