Aiskrim Malaysia adalah salah satu manisan terunik yang hanya boleh didapati di Malaysia. Sekiranya anda di luar negara, pasti aiskrim Malaysia merupakan salah satu perkara yang anda paling rindukan. Ianya merupakan manisan wajib untuk kita sewaktu zaman kanak kanak. Teringat pula zaman membeli aiskrim Malaysia daripada jiran dengan harga 20 sen sebatang.

Kini, aiskrim Malaysia juga diubahsuai menjadi lebih unik. Kalau dulu mungkin kita hanya akan dapat aiskrim Malaysia perisa Milo atau Bandung, tapi kini kita akan dapat aiskrim Malaysia perisa Vanilla bersusu yang amat lazat. Sangat sesuai untuk dihidangkan kepada anak anak kita.

Resepi yang unik ini telah dikongsikan oleh Aida Radzuan dan mendapat banyak like serta komen positif di media sosial. Jom!

Resipi Aiskrim Malaysia Bersusu

aiskrim malaysia
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 Tin Susu Pekat 
  • 1 Tin Susu Cair 
  • 4 1/2 tin Air Masak
  • 2 1/2 sudu besar Tepung Jagung (untuk lembutkan aiskrim)
  • Garam sikit (untuk rasa lemak)
  • 1 sudu kecik Essence Vanilla

Cara – cara memasak:

  1. Campurkan susu pekat, susu cair, dan air masak mengikut sukatan.
  2. Kemudian, bancuhkan 2 1/2 sudu besar tepung jagung dalam bekas sebelum dimasukkan kedalam periuk untuk dimasak.
  3. Campurkan garam dan essence vanilla.
  4. Masak sehingga menggelegak.
  5. Tutup api dan biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk, bolehlah masukkan kedalam plastik aiskrim.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.