Tengah mencari review themomix? Masih was-was untuk dapatkan atau tidak? Rasa mahal?

Mungkin perkongsian dari Puan Rohayu ini dapat membantu anda buat keputusan untuk dapatkan atau tidak gajet ini. Sekadar kongsi, asalnya Puan Rohayu tidaklah berminat untuk menjadi ejen sah produk ini. Tetapi akhirnya jatuh cinta untuk kongsikan pengalaman menggunakan thermomix selepas menggunakannya.

Puan Rohayu kongsikan juga tips untuk dapatkan dalam pelan yang berbaloi.

Apa itu Thermomix?

thermomix

Thermomix adalah peralatan dapur yang dihasilkan oleh Kumpulan Korporat Vorwerk yang telah ditubuhkan di Wuppertal, Jerman pada 1883 (137 tahun). Perniagaan teras Vorwerk adalah pengedaran langsung peralatan rumah (pembersih vakum Kobold, Thermomix peralatan dapur) dan JAFRA kosmetik

Nama Thermomix berasal dari gabungan “thermo” (pemanasan) dan “mix” (campur). Sejarah Thermomix bermula dari penghasilan siri pengadun dipanggil VKM5, pada tahun 1960, dan telah ditambah baik sehingga produk terkininya dikeluarkan pada 2019 dan dinamakan Thermomix TM6.

Peralatan Thermomix TM6 dikatakan canggih kerana merupakan satu alatan dapur yang mampu melakukan lebih daripada 20 fungsi seperti kisar, stim, emulsi, kacau, potong, masak, campur, penimbang, kisar, pukul, uli, cerek, cincang, penapaian, masak suhu tinggi, Sous Vide, memasak perlahan, pra bersih dan lain-lain (Lihat video 1).

Fungsi Thermomix

Apakah kelebihan Thermomix TM6?

#1 Mampu milik

Pengguna Thermomix boleh memilih untuk membayar RM291/sebulan (0% pelan ansuran dengan kad kredit terpilih) selama dua tahun atau memilikinya dengan cara PERCUMA (terdapat terma dan syarat dikenakan).

#2 Mesin serbaguna

Thermomix TM6 mempunyai lebih daripada 20 fungsi antaranya kisar, stim, emulsi, kacau, potong, masak, campur, penimbang, kisar, pukul, uli, cerek, cincang, penapaian, masak suhu tinggi, Sous Vide, memasak perlahan, pra bersih dan lain-lain. Ini hanyalah permulaan, melalui “software updates” pengguna akan terus menikmati penambahbaikan dari semasa ke semasa (Lihat video 1).

#3 Lebih ruang didapur

Satu mesin Thermomix TM6 mampu melakukan lebih daripada 20 fungsi peralatan dapur, ini dapat mengurangkan keperluan pembelian alatan dapur yang lain sekaligus membebaskan ruang dapur dan ruang almari pengguna.

#4 Mudah diguna

Thermomix TM6 direka dengan skrin sentuh dan pengguna biasanya hanya perlu menetapkan fungsi, masa, suhu dan kelajuan untuk mengoperasikan mesin ini.

#5 Lebih 50,000 resepi untuk dicuba

Mesin in juga boleh disambungkan ke “Wifi” dan pengguna boleh memilih untuk mengakses resepi-resepi di Cookidoo yang mempunyai lebih 50,000 jenis resepi. Ini dapat membantu pengguna untuk memasak dengan lebih mudah kerena panduan serta langkah-langkahnya sangat mudah diikuti dan difahami.

Hanya tekan dan pilih jenis menu makanan yang ingin dimasak, sediakan bahan yang diperlukan dan masukkan ke dalam mesin satu-persatu mengikut apa yang dipaparkan di skrin.

#6 Fleksibel

Pengguna juga mempunyai kebebasan untuk memasak resipi dengan cara tersendiri.

#7 Jimat masa

Thermomix TM6 memberikan anda lebih banyak masa untuk menikmati kehidupan dengan mengurangkan masa penyediaan makanan seperti anda dapat mencincang dalam beberapa saat. Reka bentuk yang bijak juga bermaksud sementara Thermomix TM6 memasak dan mengacau masakan, anda boleh melakukan perkara lain tanpa risau masakan anda hangus! Lihat video 2 untuk mengetahui bagaimana Thermomix TM6 boleh memasak sehingga 3 atau 4 jenis hidangan sekaligus.

Cara memasak sehingga 3 hidangan menggunakan Varoma

#8 Lebih selamat

Lebih selamat untuk memasak bersama kanak-kanak: Thermomix adalah peralatan elektrik memasak yang tidak memerlukan gas/api. Jadi ini memberi peluang kepada ibu dan bapa untuk memasak bersama kanak-kanak dengan lebih mudah dan selamat.

#9 Jimat duit

Thermomix dapat menjimat wang kerana pengguna boleh membuat rempah, pes, roti, sos, dan juga makanan bayi. Memasak dengan Thermomix membantu mengurangkan pembelian hidangan siap yang lebih mahal.

#10 Mudah dibersih

Pembersihan Thermomix selepas memasak adalah sangat mudah. Jika terdapat saki-baki makanan, hanya tuangkan sedikit air dan bahan pencuci ke dalam mangkuk Thermomix (“Mixing bBowl”) dan kemudian hidupkan kelajuan di aras 10 selama beberapa saat.

Ini akan membuang kebanyakan saki-baki dari Mixing Bowl dan tudungnya dan jika perlu Mixing Bowl boleh diambil berasingan dan diletakkan di dalam mesin cuci pinggan mangkuk atau dibasuh dengan tangan.

Semua bahagian aksesori Thermomix kecuali unit asas adalah selamat untuk dimasukkan ke mesin basuh pinggan mangkuk. Unit asas Thermomix sendiri boleh dilap dengan kain yang lembap.

Tak Sabar Nak Cuba?

Sudah teruja? Kami yang membaca juga rasa semangat untuk dapatkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Thermomix TM6 bolehlah hubungi sendiri Puan Rohayu yang kini merupakan penasihat Thermomix yang sah tu sendiri.

Boleh juga follow Instagram dan Youtube surirumah ini untuk resepi yang menarik menggunakan Thermomix.

Penulis: Aya Izzuan

Seorang yang gemar pada ilmu yang bermanfaat. semoga perkongsian yang dibuat dapat memberikan ganjaran di akhirat kelak.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.