Review HONOR Magic4 pasti tercari-cari oleh mereka yang mahu membeli telefon pintar baharu keluaran HONOR yang terkini buat tahun 2022. Ada peminat HONOR di sini? Jika anda pernah menggunakan model keluaran HONOR, anda pasti tahu kelebihan dan keunikan setiap modelnya.

Smartphone flagship ini hadir dengan lebih banyak perincian menarik dari segi reka bentuk, paparan, prestasi dan kamera.

Berbaloi atau tidak menggunakan HONOR Magic4 untuk kegunaan harian, bermain game dan kerja? Jom kita lihat spesifikasi dan perincian telefon pintar ini.

Reka Bentuk

Antara ciri jelas yang menonjolkan dan membezakan HONOR Magic 4 dengan model smartphone lain adalah dari segi reka bentuknya. Pertama, semestinya kita dapat lihat terdapat lengkungan di setiap sisi dan panel telefon pintar ini.

Ciri kedua yang sangat ketara adalah reka bentuk kameranya berbentuk bulatan besar di belakang dan bahagian atas smartphone. Ia menampakkan smartphone ini kelihatan lebih unik dan eksklusif.

HONOR Magic4 didatangkan dengan tiga warna menarik dan eksklusif iaitu hitam, emas dan cyan. Warna ini warna umum yang digemari ramai kerana kelihatan lebih premium.

Spesifikasi

HONOR Magic 4 menggunakan chipset Snapdragon 8 Gen 1 yang mampu memberikan ‘performance’ yang baik dan tip top. Selain itu, ia membuatkan smartphone anda akan berfuungsi dengan pantas. Selain itu, smartphone ini menggunakan Android 12 dengan sistem Magic UI 6.

Tak cukup dengan itu, storan yang dibekalkan adalah 256GB dipadankan dengan 8GB RAM. Ketebalan telefon adalah 8.8 mm dengan berat 199 gram. Tak terlalu tebal dan berat serta sesuai untuk diletakkan di dalam poket anda.

Bagi bahagian Privacy dan Security pula memang mantap dan lebih baik dari model sebelum ini. Dengan ciri AI Privacy Call Mode, anda akan lebih selesa untuk berborak dan mendengar perbualan panggilan telefon tanpa didengari orang terdekat.

Sensor finger print sudah tentu ada dengan sistem Ultrasonic yang membolekan fingerprint anda dikesan dengan cepat dan lebih unik ia terletak di bahagian skrin. Nak guna face unlock juga boleh.

Untuk perincian lain, HONOR Magic 4 adalah kalis air dan mempunyai cooling system yang akan mengurangkan kepanasan sepanjang penggunaannya. Ia juga menyokong penggunaan WiFi 6, IP68 serta 5G.

Kamera

Imej via [ HONOR ]

Kamera di model HONOR ini pasti dapat menghasilkan kualiti gambar yang jelas dan cantik. Mana tidaknya, bahagian bulatan kamera belakang mempunyai tiga kamera beserta dua sensor iaitu 8X8 dToF Laser Focusing System dan Flicker Sensor.

Kamera utama adalah 50 MP, telefoto periskop pula adalah 64 MP manakala ultrawhite dengan 50 MP. Kamera swafoto pula adalah 12 MP. Jadi tidak hairanlah jika ramai pengguna HONOR Magic 4 yang memuji kualiti gambar yang dihasilkan model ini cerah, jelas dan cantik.

Paling menarik smartphone ini membolehkan anda merakam gambar menggunakan dua kamera dalam satu masa. Teknologi ini menggunakan sistem Ultra Fusion. Bukan itu sahaja, fungsi HDR pada smartphone ini akan berfungsi secara automatik.

Bateri

Seterusnya, pasti ramai yang melihat review HONOR Magic4 untuk mengetahui ketahanan baterinya. Dari sudut ketahanan bateri pula, anggaran masa ia bertahan adalah 7 hingga 9 jam sahaja, bergantung kepada penggunaan pengguna kerana kapasiti baterinya 4600mAh sahaja.

Seperti kebanyakan telefon pintar yang lain, HONOR Magic 4 juga menyokong pengecasan pantas. Dengan 100W pengecasan tanpa wayar dan dengan wayar. Pengecasan berwayar menggunakan USB type C. Ianya memang sangat laju dimana boleh dicas penuh dengan anggaran 30 minit.

Skrin

Anda pasti puas jika menonton movie atau bermain game dengan HONOR Magic 4. Hal ini kerana skrinnya besar iaitu 6.81 inci digandingkan pula dengan Stereo Speaker DTS yang mampu menghasilkan audio yang jelas dan baik. Resolusi skrin pula adalah 2848×1312 Pixel.

Bukan itu sahaja, anda tidak akan sakit mata jika menghadap skrin smartphone dalam tempoh yang lama kerana HONOR Magic 4 menggunakan PWM dimming  1920Hz di LTPO Display. Dengan tetapan ini juga mampu menjimatkan penggunaan bateri.

Harga

Di Malaysia, harga penjualan  HONOR Magic 4 ditawarkan serendah RM 3999. Harganya memang sangat berbaloi dengan spesifikasi dan perinciannya.

Puas dengan review HONOR Magic4 tersebut? Ha berbaloi atau tidak untuk penggunaan harian anda? Bagi admin, HONOR Magic4 memang berbaloi untuk dimiliki. Lebih-lebih lagi admin suka spesifikasi pada performance dan kualiti kameranya. Jika anda turut merasai yang sama, apa tunggu lagi? Buat tempahan sekarang!

Pendapat di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah pendapat dan pandangan penulis.

Kami juga ada menulis artikel lain yang mungkin anda cari seperti:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.