Udang masak diraja merupakan favorit semua ahli kelaurga. Dihidangkan bersama nasi dimakan waktu tengah hari mahupun sebagai makan malam.

Udang galah memiliki saiz yang besar bahkan sampai sebesar tapak tangan orang dewasa. Kerana saiz yang besar seperti ini ramai orang yang bingung mahu diolah jadi hidangan apa udang galah ini.

Antara resepi udang galah yang terkenal ialah udang masak diraja. Sekilas resepi ini menyerupai resepi kari udang. Namun resepi udang masak diraja hanya menggunakan sedikit santan sehingganya sangat pekat kejadiannya, hampir menyerupai rendang.

Anda yang memiliki bahan udang galah di rumah namun bingung mahu masak apa, sila cuba resepi yang dikongsikan oleh ‎Aryati Sarah‎ di laman Facebook ini. Pastikan udang yang digunakan masih segar. Tengok jika udang berkilat dan bila ditekan terasa kenyal maknanya udang masih segar.

Resepi Udang Galah Masak Diraja

udang galah masak diraja

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1/2 kg udang galah
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia

Kisar kesemua bahan di atas kecuali udang.

  • 2 batang serai diketuk
  • 1 keping asam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan santan pekat

Cara Menyediakan :

  1. Basuh udang bersih. Jangan lupa buang tahi udang.
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan serai ketuk.
  4. Masukkan udang. Kacau dan sebatikan.
  5. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit dan asam keping.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan pak aji kalau suka.
  7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi udang galah masak diraja, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.