Jom cuba resepi tom yum ini!

Tomyam ialah masakan yang berasal dari negara jiran utara Malaysia, tidak lain dan tidak bukan, Thailand.

Pada sekitar  tahun 1990an, ianya mula popular diutara semenanjung apabila rakyat selatan Thailand mula memasuki negara ini dan mempopularkan menu sup tomyam yang enak ini. Pergi sahaja gerai dan restoran sekitar kita, pasti akan ada yang menjual Tomyam.

Semestinya, tomyam menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung sebagai juadah makan malam.

Dan dengan itu, sebagai rakyat yang mempunyai citarasa baik, masakan yang suatu masa dulunya dipanggil sebagai masakan diraja Thailand dengan mudah menjadi makanan kegemaran kita. Jadi mari cuba resepi tomyam yang mudah ini.

Resepi yang telah mendapat perkongsian ramai ini telah dikongsi oleh Nora Asikin Mahmed Remali di Facebook.

Resepi Tom Yam Thai

Tom Yam

Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan – bahan utama:

  • Pes tomyam (saya guna brand MAE PRANOM)
  • Lengkuas
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Seafood (ikut citarasa)
  • Santan cair
  • Susu pekat manis (2-3 sudu besar)
  • Sos ikan thai
  • Cili padi

Bahan – bahan sampingan:

  • Bunga kobis
  • Cendawan
  • Tomato
  • Daun ketumbar
  • Jus limau nipis

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan pes tomyam, lengkuas, serai, daun limau purut, bawang putih, cili padi & bawang holland ke dalam santan cair. Masak sehingga mendidih (kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah.)
  2. Masukkan seafood dan perasakan dengan sos ikan thai dan susu pekat manis. Sesuaikan masin dan manis mengikut citarasa masing – masing.
  3. Akhir sekali, masukkan bunga kobis dan cendawan kemudian biarkan ianya masak seketika menggunakan api besar (pastikan sayur – sayur tidak terlalu masak. Anda juga boleh tambahkan lobak, celery dan lain – lain mengikut citarasa.)
  4. Padamkan api dan masukkan tomato. Masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar sebelum dihidang.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat beberapa juga resepi lain yang menarik dan semestinya untuk dicuba. Jangan lupa untuk menekan butang share dan berkongsi resepi ini bersama yang tersayang.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.