Jika  sebelumnya kami mengongsikan resepi gulai ikan tongkol, sekarang pula kami akan mengongsikan resepi masakan yang sesuai untuk dimakan bersama gulai ikan tongkol, iaitu nasi dagang Kelantan.

Sesuai dengan namanya, nasi dagang Kelantan menggunakan beras dagang yang berwarna perang kemerahan. Berbeza dengan Terengganu yang menggunakan beras putih biasa. Dan tentu saja menggunakan beras dagang yang kemerahan akan membuat rasanya lebih spesial.

Anda boleh membuat nasi dagang menggunakan beras putih biasa jika anda termasuk sebahagian dari orang yang tidak menyukai tekstur daripada beras dagang yang berwarna kemerahan. Namun pada dasarnya resepi nasi dagang kelantan ialah sama dan juga lazat.

Resepi nasi dagang yang kami kongsikan di bawah ini didapat daripada ‎NurSuryatie Ezreen‎ di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Sila dicuba.

Resepi Nasi Dagang Kelantan (Sedap Sangat)

resepi nasi dagang kelantan

Imej via Google

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Halba.
  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Halia.

Bahan Blend

  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Halia.
  • Lengkuas.
  • Kunyit hidup.
  • Cili kering.
  • Tambah 1 sudu serbuk ketumbar.

Cara Memasak Nasi Dagang Kelantan

1. Untuk beras, rendam beras nasi dagang semalaman.

2. Kemudian kukus beras nasi dagang.

3. Mayang halba, bawang merah, bawang puti dan halia.

4. Kemudian masak di atas api sekejap, letak garam dan gula. Jangan masak lama sangat.

5. Bila sudah siap kukus, angkat beras dan masukkan santan tadi.

6. Kemudian kukus sekali lagi beras yang sudah digaul dengan bawang, halba dan santan tadi.

7. Kukus sampai masak. Siap.

8. Untuk gulai ikan pula. Rebus ikan dari semalam lagi. Letak garam dan asam keping.

9. Dalam periuk masukkan santan dan bahan yang telah diblend tadi. Kacau jangan bagi berketul.

10. Akhir sekali masukkan garam, gula, asam keping dan ikan. Selepas itu hias dengan timun atau cili padi pun tak kisah.

resep nasi dagang kelantan

Imej via Facebook

Taraa siap sudah gulai ikan tongkol siap makan bersama nasi dagang kelantan. Sila dicuba resepi ini.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Nasi Dagang Kelantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.