Wahhh. Mesti ramai yang suka makan karipap rangup yang panas-panas kan. tambah-tambah sekarang dah ada macam-macam jenis inti karipap. Ada inti kentang, ayam, daging, sardin, telur dan lain-lain lagi. Walaupun ada pelbagai jenis karipap, inti kentang yang ada rasa rempah kari masih lagi popular di kalangan penggemar karipap.
Rasa rempah karinya yang ada sedikit pedas bersama ubi kentang yang lembut sangat sesuai untuk digabungkan dengan ayam atau daging. Inti karipap ini akan bertambah sedap kalau kita buat sendiri kat rumah. Almaklumlah boleh isi ayam/daging dalam kuaniti yang banyak. Lagilah terasa sedap intinya.
Rasa inti yang sedap haruslah di ‘balance’ kan dengan kulit karipapnya yang ohsem. Barulah lagi sedap. Jom tengok resepi karipap rangup dari facebook Assalammualaikum Hai Saya Reen. Resepinya mudah untuk difahami dan diikuti. Jom!!
1 biji bawang besar, 2 ulas bawang besar dan 1 sudu besar udang kering ditumbuk.
Panaskan sdikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
Kemudian, masukkan serbuk kari dan kacau hingga pecah minyak
Kemudian, masukkan kentang dan gaul sekejap dan masukkan air hingga tenggelam kentang.
Biarkan mendidih dan masukkan garam dan perasa secukupnya.
Masak inti hingga kering dan kentang empuk.
Apabila dah hampir kering, kecikkan api dan kacau selalu supaya tak hangus bawahnya.
Dah kering, angkat dan sejukkan. Sedia digunakan untuk dijadikan inti karipap.
Cara membuat dan menggoreng karipap:
Bulatkan doh, canai nipis, letakkan inti dan kelim hingga kemas.
Goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Api sederhana besar. Goreng sehingga nampak rangup.
Dah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Selain resepi Karipap Rangup nih, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)