Puding Cocktail ini selalunya boleh dilihat di majlis makan-makan, hotel dan sebagainya sebagai pemanis mulut. Ia menjadi kegemaran orang ramai disebabkan rasa ‘kaya’ nya. Mana tak nya, sudahlah lemak berkrim, sejuk ditambah pula dengan buah-buahan yang segar. Nescaya ada yang mengulanginya. Rasa tak puas kalau menjamahnya hanya sedikit.

Membuat Puding Cocktail tidaklah terlalu sukar. Bahannya pun tidak rumit dan mudah di dapati di mana-mana sahaja. Boleh sahaja jika kita hendak membuatnya di rumah. Mudah dan cepat. Tidak makan masa. sangat sesuailah dengan mak-mak yang ada anak kecil.

Bolehlah mencuba resepi dari Juliana Ramli. Semoga ianya boleh membantu para suri rumahtangga dalam mencari idea untuk mempelbagaikan juadah untuk seisi keluarga.

Resepi Puding Cocktail
Imej via Facebook

Resepi Puding Cocktail

Bahan A : Puding Kastard

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 5 cawan air
  • Gula 2 sudu besar (tak suka manis sangat)
  • 1 biji telur

Bahan B : Kuah

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air sukatan guna tin susu tadi
  • 4 sudu besar gula (2 sudu sahaja kalau tak suka manis)
  • Air dari fruit cocktail setengah tin

Bahan C : Hiasan

  • Buah-buahan segar / buah dalam tin
  • Sumi
  • Nata De Coco

Cara-caranya:

  1. Campur kesemua Bahan A dan masak di atas api.
  2. Sentiasa kacau adunan supaya tak hangit dan berketul.
  3. Masak bahan-bahan ini sampai pekat dan likat.
  4. Setelah pekat tutup api dalam acuan.
  5. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Bagi kuah pula, terdapat dua pilihan. Sama ada campur sahaja dan siap ataupun campur dan masak sekejap di atas api.
  7. Agak-agak bahan puding dah beku. Bolehlah campur dengan Bahan C iaitu bahan hiasan dan tuang kan kuah yang telah dibuat tadi.
  8. Masukkan dalam peti sejuk ataupun boleh letak ais sebelum dimakan.

Mudahkan? Sekelip mata jer dah siap. Selain daripada resepi Puding Cocktail ini, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.