Tercari-cari resepi cucur garing, rangup, sedap? Kami adakan untuk anda bukan resepi cucur biasa-biasa. Ini ialah resepi cucur garing yang sedap dan terkenal di Facebook. Tertarik untuk cuba?

Percaya tidak percaya cucur garing boleh dibuat tanpa telur, tanpa baking powder, tanpa soda, dan tanpa air batu. Ya, resepi cucur garing yang dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook hanya menggunakan tepung, iaitu tepung beras, tepung gandum, dan tepung pulut. Senang sangat bukan?

Bahkan cucur garing ini kekal garing walaupun sudah sejuk. Tidak percaya? Boleh cuba buat sendiri cucur garing sedap tahap boleh jual.

Resepi Cucur Garing Mudah

cucur garing

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung beras,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan tepung pulut,
    *Gandakan tepung jika ingin buat banyak.
  • Garam, gula dan serbuk perasa dibancuh dengan air.
  • Air 170 ml.

Bahan Sampingan (Optional) :

  • Jagung,
  • Udang cincang kasar,
  • Bawang merah potong dadu,
  • Daun bawang/daun kucai,
  • Lobak potong dadu.

Cara-cara :

  1. Satukan bahan-bahan, pastikan adunan kental.
  2. Kemudian jemput dengan jari dan goreng dengan minyak yang banyak.
    Nota : Sebaiknya jangan guna sudu, guna jari lagi best! Tapi pastikan cuci tangan dulu atau guna sarung tangan.

Resepi Menarik Lain

Selain cucur garing, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.