Ikan nyok nyok kalau dipanggil ikan cupak, gerepoh mesti ramai yang kenal. Ikan nyok nyok sejenis ikan isi putih yang hidup di air masin, badan besar dan mata bulat besar.
Ikan nyok nyok ini selalu orang buat lauk untuk orang tengah berpantang lepas bersalin atau untuk anak-anak lelaki yang berkhatan, juga untuk sesiapa yang ada luka pembedahan.
Kebiasannya ikan nyok nyok dimasak gulai atau kari bersama terung dan bendi. Paling sedap kalau dapat masak gulai kepala ikan nyok nyok. Namun sebenarnya terdapat pelbagai resepi ikan nyok nyok selain masak kari seperti 10 resepi nyok nyok yang kami hadirkan di bawah.
Asam Pedas Ikan Nyok-Nyok
Ikan nyoknyok masak asam pedas sedap dimakan untuk makan tengah hari. Dapat makan dengan telur dadar pun makin sedap. Normilawati Nordin berkongsikan resepi asam pedas di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Ikan nyok-nyok seekor dipotong 5,
Terung/bendi,
50 biji cili kering direndam dengan air panas,
6 biji bawang merah kecil,
4 ulas bawang putih,
Sedikit kunyit hidup,
Sedikit halia,
Air asam jawa,
Daun kesum/bunga kantan,
Garam,
Belacan sedikit,
Air,
Dua sudu kecil Maggi ckup rasa atau Ajinomoto,
Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
Rendam lada kering dengan air panas dulu, kemudian tapis dan kisar dengan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan belacan sehingga halus.
Tumis bahan-bahan kisar sehingga terbit minyak dan sedikit garing.
Letak air ikut pekat yang disuka, biarkan mendidih.
Letak terung/bendi dan biarkan sekejap.
Kemudian letak ikan dan daun kesum/bunga kantan.
Kemudian masukkan garam, kiub/aji dan air asam jawa, biarkan sekejap hingga ikan masak dan angkat.
Masak Lada Ikan Nyoknyok
Nampak macam asam pedas tapi bukan. Resepi dia lebih kurang saja hanya ada penambahan rempah. Resepi dari Moku Mokuseihin di laman Facebook. Rasa pedas-pedas amat bangkitkan selera.
Bahan-bahan :
Ikan nyoknyok potong 3,
5 tangkai cili kering,
Bawang merah 6 biji,
Bawang putih 5 ulas,
1 sudu ketumbar,
1 sudu jintan manis,
1 sudu lada hitam,
½ sudu halba,
1 batang serai dititik,
Kunyit hidup 1 inci,
Halia 1 inci,
Air asam jawa 2 cawan,
Garam secukup rasa,
Serbuk perasa,
Daun limau.
Cara-cara :
Kisar semua bahan-bahan tadi sampai lumat dan tumis sehingga naik minyak. Masukkan air asam dan serai kacau sampai mendidih.
Masukkan ikan dan daun limau kemudian masukan garam dan serbuk perasa. Siap hidangkan.
Ikan Nyoknyok Gulai Putih
Kalau ingin masak tumis boleh, tidak tumis pun boleh. Guna ikan nyoknyok lagi sedap. Chik Sakira dan Siti Hajar berkongsi resepi gulai putih nyoknyok di laman Facebook. Cara masak tumis lagi sedap sebab wangi bahan tumis itu amat menyelerakan.
Bahan-bahan :
Ikan,
Santan,
Serai,
Halba,
Bawang merah,
Bawang putih,
Halia,
Asam keping sedikit,
Garam,
Cara-cara :
Pertama ikan dibasuh bersih.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga garing.
Kemudan masukan santan dalam periuk tumis tadi.
Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan lada, cili padi, dan tomato hiris, sedia dihidang.
Kari Ikan Nyoknyok
Kari ikan cara tumis ala Isniza Mohamad di laman Facebook. Guna rempah talipu@halba campur dan jangan lupa serbuk kari ikan. Dapat makan bersama nasi putih dan keropok, lazat macam di kedai.
Bahan-bahan :
Talipu campuran/halba campur 1 sudu besar,
Daun kari 3 pelepah,
Bawang kecil 2 biji (dihiris),
Bawang putih 1 ulas (dihiris),
Halia (dihiris halus),
Sebatang serai (diketuk),
Minyak masak secukupnya.
Bahan rempah :
1 biji bawang besar (dikisar),
3 ulas bawang putih (dikisar),
5 sudu besar serbuk kari ikan,
Bahan rempah dibancuh bersama sedikit air.
Bahan lain :
Asam jawa Adabi 1 sudu kecil
Ikan nyoknyok 1 ekor saiz sederhana, (siang, potong dan bersihkan).
Santan kotak (Kara) 3/4 kotak kecil,
Sayur bendi 7 biji,
Tomato 1 biji potong empat,
Air secukupnya,
Garam secukupnya.
Cara-cara :
Panaskan minyak masak, masukkan talipu campuran dan daun kari, kemudian masukkan bahan tumis yang lain, tumis hingga naik bau.
Selepas itu, masukkan bahan rempah, tumis hingga garing atau pecah minyak.
Lalu, masukkan asam jawa dan air secukupnya. Biarkan air mendidih sebentar baru masukkan ikan.
Masak ikan sebentar dan masukkan santan.
Setelah santan mendidih, masukkan sayur bendi.
Perasakan dengan garam.
Setelah bendi lembut, masukkan tomato yang telah dipotong. Matikan api. Siap untuk dihidangkan.
Ikan Nyoknyok Masak Cuka
Rugi sungguh tidak cuba masak ikan cuka ini. Bawang-bawang tidak perlu kisar atau tumis. Terus masuk saja bulat-bulat atau potong dua sahaja. Resepi lazat ini dikongsikan oleh Murni Rahmat di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Ikan nyok-nyok,
Bawang putih 7 ulas dikupas sahaja,
Bawang merah kecil 10 biji dikupas kulit sahaja, (Kalau tidak ada boleh pakai bawang besar 3 biji dipotong,
Biji sawi 1 sudu kecil,
Halia 2 inci dihiris,
Cili api,
Sedikit kunyit,
Cuka 5 sudu besar (boleh sesuaikan),
Timun,
Tomato.
Cara-cara :
Lumur ikan dengan kunyit dan garam.
Goreng ikan macam biasa.
Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang, halia, kunyit dan biji sawi sampai naik bau.
Masukkan air dan cuka. Boleh sesuaikan ingin masam lebih atau kurang dan ingin berkuah banyak atau sedikit.
Masukkan timun dan ikan. Biarkan merenih lebih kurang 10 minit.
Masukkan tomato dan tutup api. Angkat dan hidang.
Ikan Nyoknyok Bakar Cicah Air Asam Kerisik
Ikan nyoknyok bakar cicah air asam kerisik. Ikan dibakar kosong macam itu sahaja. Yang buat sedap itu ialah air asam nya, sekali cuba mesti makan bertambah. Resepi dikongsikan oleh سيداتول حليم di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Bawang besar,
Cabai burung,
Cabai masak,
Belacan,
Kerisik,
Air asam jawa,
Garam,
Gula,
Bawang besar (dipotong dadu)*,
Tomato (potong dadu)*,
Cabai masak (hiris)*,
Cara-cara :
Bakar ikan seperti biasa.
Kisar semua bahan kecuali yang bertanda *.
Gaul bahan kisar tadi bersama bahan yang bertanda *.
Ikan Nyok Nyok Goreng Tumis Asam
Lauk yang ada rasa masam-masam itu memang membangkitkan selera betul. Rasa masam itu boleh kecurkan liur. Ikan nyoknyok goreng tumis asam ada wangi yang menaikkan selera. Makan macam itu sahaja dengan nasi putih panas tidak pandang kiri kanan. Resepi dikongsikan oleh Sani Stapha di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Seekor ikan nyoknyok disiang, dipotong beberapa bahagian, lumur garam kunyit, dan digoreng.
Selepas goreng susun semula buat macam seekor dalam pinggan. Perah asam limau di atasnya.
Cara menyediakan kuah:
Tumis bawang putih, bawang besar, hirisan halia dan cili padi.
Masukkan air asam jawa. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air. Perasakan dengan gula dan garam. Kacau dan biarkan sampai mendidih.
Terus masukkan hirisan bawang besar dan kacau hingga ¾ masak.
Siram ke atas ikan semasa masih panas. Taburkan daun bawang dan bawang putih goreng untuk aroma dan hiasan.
Nyok nyok Pindang Santan A.K.A. Kari Bercuka
Lauk ini sedap mesti ada rasa pedas, masam, dan manis boleh dikata macam lauk 3 rasa. Tapi dulu rempah giling saja, itu yang buat lagi terangkat. Sabariah Bahasar berkongsikan resepi di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Ikan nyoknyok,
3 batang terung belah 2,
2 biji tomato belah 4,
½ kg santan,
Bahan blend :
Bawang besar,
Bawang putih,
Halia,
1 peket kecil rempah kari ikan,
4 sudu makan cuka,
Air,
Cili blend,
2 tangkai daun kari,
Gula garam dan perasa.
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik bau.
Masukkan rempah dan daun kari, kacau hingga naik minyak.
Tambah air, santan, tomato dan terung.
Masukkan gula, garam dan perasa.
Bila pekat masukkan ikan dan kacau hingga mendidih.
Kari Ikan Nyoknyok Tanpa Santan
Makan lauk sihat-sihat, kurangkan makanan berminyak, jom masak kari ikan nyoknyok tanpa santan. Boleh guna rempah kari ikan macam EnaZamri Rashid yang berkongsi di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Ikan nyokyok 2 ekor yang dikerat dan dicuci bersih,
Rempah ikan cap O,
Bawang besar,
Bawang putih,
Halba campur,
Daun kari,
Pes asam jawa,
Garam dan sesedap rasa,
Bendi dan terung,
Cili merah dan hijau.
Cara-cara :
Panaskan kuali dan masukkan sejemput halba campur dan daun kari.
Tumis bawang dan kacau.
Masukkan rempah yang dibancuh dengan air hingga garing.
Kemudian masukkan ikan.
Masukkan pula air.
Masukkan pes asam jawa.
Masukkan garam dan cukup rasa.
Akhir sekali masuk sayur. Didihkan hingga sayur empuk. Siap.
Masak Lemak Cili Padi Kepala Nyoknyok Putih
Seterusnya masakan asal dari Pahang pula. Cuba buat sekali mesti teringin lagi dan lagi. Masak pagi makan malam, dan masak malam makan pagi. Lagi sedap bila sudah semalaman masakkan ini. Boleh cicah dngan lempeng atau roti canai. Kalau minat lauk ini sila cuba resepi daripada Zee Basir di laman Facebook.
Bahan-bahan :
2-3 keping kepala ikan nyoknyok putih,
3 biji bawang merah kecil *,
3 biji bawang putih *,
½ inci halia *,
1 inci kunyit hidup *,
19 biji cili padi/api *(kampung),
2 batang serai dititik pecah,
½ biji kelapa diparut (guna santannya). Santan anggaran 2 cawan setengah. 1 cawan santan pekat dan ½ cawan santan cair. Kalau campur isi ikan pun boleh.
1 helai daun cemomok/pijat/kesing,
Garam, 1 asam keping ajinomoto,
2 biji buah tomato hijau/merah,
Cara-cara :
Tumbuk atau blend semua bahan yang bertanda (*).
Bersih dan toskan ikan tadi.
Sediakan claypot/periuk biasa. Masukkan bahan tumbuk, kepala ikan, asam keping dan santan kelapa. Masak sampai mendidih dengan api sederhana. Sentiasa kacau santannya supaya tidak berketul dalam masa 5-8 minit.
Kemudian letak buah tomato dan daun cemomok yang disiat-siat.
Perasakan dengan garam dan sedikit ajinomoto. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Resepi Menarik Lain
Selain kumpulan resepi ikan nyoknyok, kami juga ada kumpulan resepi lain yang menarik untuk dicuba. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Selamat mencuba.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.