Kali ini kami ingin berkongsi resepi ikan bawal emas stim kicap menggunakan ikan bawal emas. Rasa lemak-lemak manis dari ikan bawal emas ini pasti menambah rasa kesedapan masak stim kicapnya. Sebenarnya sedap juga ikan masak macam ini kerana rasa sebenar ikan dapat dikekalkan. Tidak semestinya ikan bawal emas ini sahaja. Boleh juga dicuba dengan ikan-ikan yang lain.

Resepi kali ini kami datangkan daripada Nor Khomariah Norrohman yang berkongsi resepi di laman Facebook. Resepi yang lebih sedap dan menarik ini tidak akan menyesal untuk anda cuba. Dah lah sedap, mudah pun mudah.

Resepi ini pasti sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas untuk makan tengah hari atau makan malam. Gerenti siapa yang cuba mesti akan bertambah-tambah makan. Silap-silap boleh lari dietnya. Mana tak nya, bertambah jer nasinya. Jom cuba resepi di bawah.

Resepi Ikan Bawal Emas Stim Kicap

ikan bawal emas masak kicap

Imej via Facebook

Bahan bahan:

  • 1 ekor ikan bawal emas @ ikan lain-lain
  • 2 inci halia muda (potong memanjang)
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 batang serai ( potong serong )
  • 1 tangkai daun bawang (hiris halus )
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit minyak bijan (pilihan)
  • 2 biji cili padi ( hiris halus)

Bahan sos:

  • 10 Sudu Besar Kicap Manis Jalen
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar stok ayam / 1 ketul kiub ayam

Cara cara penyediaannya:

  1. Bersihkan ikan dan keringkan.
  2. Kelar dan lumur lada sulah dan sedikit garam di luar dan dalam ikan.
  3. Letakkan serai dalam perut ikan.
  4. Panaskan kukusan sehingga mendidih. Taburkan halia bersama ikan dan kukus ikan sehingga ikan masak.
  5. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  6. Masukkan kicap berserta stok ayam dan masukkan air.
  7. Masak sehingga mendidih dan boleh tutup api.
  8. Setelah ikan masak, curahkan sos tadi. Akhir sekali tabur daun bawang dan cili. Renjiskan sedikit minyak bijan

Sedia untuk dihidangkan.

Kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.