Pada perkongsian kali ini kami akan berbagi resepi kudapan minum petang berbahan asas ikan dibalutkan kulit popia. Kudapan ini terkenal dengan nama satar [email protected] satar. Makanan ini senang didapatkan di pasar malam.

Siti Zubaidah Hassan‎ sebagai seorang peniaga satar yang sudah berpengalaman berkongsikan resepi popia satar gulung yang beliau jual. Bahkan perkongsian resepi dia telah mendapat share yang ramai di laman Facebook.

Satar diperbuat dengan menghancurkan isi ikan, namun dalam perkongsian ini cik Siti menggunakan cara ringkas iaitu menggunakan isi ikan segera sebanyak 3 kilo. Isi ikan kemudian dicampurkan dengan bawang, cili padi, halia, dan daun kesum yang dikisar kasar hingga merata. Akhir sekali gulung dengan kulit popia. Satar ini rangup diluar pedas di dalam. Selamat mencuba.

Resepi Satar Gulung @ Popia Satar

popia satar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kelapa parut,
  • Isi ikan segera 3 kg,
  • Bawang besar 6 biji (yang merah),
  • Cili padi hijau dan merah (agak-agak ingin pedas mana),
  • Halia 2 biji (besar ibu jari kaki),
  • Daun kesum (banyak lagi sedap),
  • Gula, garam, dan perasa kalau suka.

Cara-cara :

  1. Blend bawang, halia, cili (blend kasar jangan hancur).
  2. Daun kesum dimayam halus.
  3. Kemudian campurkan kesemua bahan, gaul rata.
  4. Jika sudah siap gaul, boleh letak bahan dalam kulit popia (boleh ikut cara masing-masing mahu gulung macam mana).

Resepi Menarik Lain

Selain popia satar, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.