Ramai yang tertanya-tanya resepi M&M cookies. Siapa punya anak suka beli coklat M&M tahulah. Coklat ini bulat-bulat kecil macam butang. Dia terdapat pelbagai warna. Rasanya sedap dan menyeronokkan dimakan.

Maka, pada perkongsian ini kami tuliskan resepi biskut dengan hiasan coklat M&M dekat atas. Sudah dapat bayangkan kejadiannya lagilah comel dan mengancam. Anak-anak pun makin geram ingin makan.

Mari cuba buat biskut M&M resepi daripada Nor Azliza Mohamed di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi M&M Cookies

m&m cookies

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • ¾ cawan butter,
  • 1/3 cawan gula castor,
  • 2/3 cawan gula perang,
  • 1 biji telur + 1 biji kuning telur sahaja,
  • 1 ½ sk esen vanilla,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 ¼ sudu kecil baking powder ayak sekali,
  • 1/3 choco chip mini / choco rice (optional)
  • Chocolate M&M secukupnya untuk hiasan.

Cara-cara :

  1. Putar butter dan gula hingga kembang gebu.
  2. Masukkan telur, kuning telur, esen vanilla, campur lagi.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak sedikit-sedikit hingga habis, kaup balik sebati.
  4. Jika adunan agak lembik, boleh tambah 2 sudu besar gandum dan masukkan ke dalam fridge selama 30 minit – 1 jam.
  5. Sudukan @ gentel bulat-bulat doh, susun atas baking tray.
  6. Letakkan coklat M&M di atasnya.
  7. Bakar suhu 170°C selama 15-20 minit @ ikut oven masing-masing.

    m&m cookies

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain M&M cookies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.