Fillet ikan ialah bahagian isi ikan yang dipotong-potong memanjang dan tanpa tulang. Fillet ikan dijual di pasaraya dengan harga yang boleh tahan. Biasanya fillet ikan dory adalah antara fillet yang terkenal, namun ada pula fillet ikan lain yang tidak kalah sedap. Oleh itu kami telahpun tuliskan 10 kumpulan resepi fillet yang lazat untuk anda cubakan.

1. Fillet Buttermilk

Imej via Facebook

Resepi seterusnya ialah fillet buttermilk. Cara menyediakan fillet buttermilk pula amat senang. Bahan-bahan yang diperlukan amat mudah didapat. Justeru, lauk yang terhasil amat sedap, lemak dan berkrim ala masakan western. Mari cuba resepi oleh Mieza Hassan di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ikan dori,
  • Butter,
  • Susu cair,
  • Daun kari,
  • Bawang putih,
  • Setengah kiub ayam,
  • Cukup rasa.
Cara-cara :
  1. Goreng ikan dori, ketepikan.
  2. Cairkan 2 sudu butter, tumis bawang putih yang ditumbuk.
  3. Terus masukkan daun kari.
  4. Jika sudah wangi tuang susu cair setengah cawan.
  5. Masukkan kiub ayam, cukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi. Siap.

2. Fillet Ikan Dori Bersos Lemon

Imej via Facebook

Menu untuk tengahari iaitu fillet ikan dori bersos lemon. Tiada sesiapa yang sanggup abaikan resepi ini. fillet ikan yang digoreng garing dengan tepung kemudian disiram dengan sos lemon. Hidangan mewah ini amat membangkitkan selera. Resepi oleh Nur Hanani Baharuddin di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Fillet ikan,
  • Garam,
  • Kunyit,
  • Putih telur,
  • Tepung jagung.
Cara Menyediakan Ikan :
  1. Gaul rata ikan dengan garam dan kunyit.
  2. Kemudian ikan digaul dengan telur putih.
  3. Kemudian salut penuh ikan dengan tepung jagung.
  4. Goreng hingga kuning keemasan.
Bahan-bahan :
  • Bawang putih (hiris),
  • Kiub pati ayam,
  • Garam,
  • Gula,
  • Air perahan lemon (guna setengah biji),
  • Sos cili Thai,
  • Tepung jagung.
Cara Menyediakan Sos Lemon :
  1. Tumis bawang putih, masukkan kiub pati ayam dan air perahan lemon.
  2. Kemudian masukkan garam, gula dan sos cili Thai.
  3. Masukkan pula sedikit air.
  4. Sesuaikan rasa dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Siap untuk ditabur atas fillet.

3. Fillet Dori Sweet Sour

Imej via Facebook

Lazatnya fillet ikan dori masak sweet sour. Makan makin sedap sebab guna fillet ikan lembut yang disalut dengan tepung segera yang rangup. Resepi kuah sweet sour ala Cahaya Shaza Aieyzaty amat sedap terangkat.

Bahan-bahan :
  • Fillet ikan dori, dipotong bentuk empat segi,
  • Tepung segera (disyorkan guna jenama Bestari sebab tidak perlu celup dengan telur lagi),
  • 3 ulas bawang putih dipotong atau didadu,
  • 1 biji bawang besar dipotong atau didadu,
  • 2 biji cili padi diketuk,
  • 5 sudu besar sos cili,
  • 3 sudu besar sos tiram,
  • 3 sudu besar sos tomato,
  • 1 mangkuk air,
  • Sedikit garam dan gula,
  • Lada benggala atau tomato.
Cara-cara :
  1. Celup isi ikan ke dalam tepung dan goreng. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  3. Kemudian campurkan semua sos-sos ke dalam mangkuk air dan tuang ke dalam kuali.
  4. Kacau-kacau dan tambahkan garam serta gula secukup rasa.
  5. Tambahkan lada benggala atau tomato.
  6. Tuangkan kuah ke atas isi ikan. Fillet ikan siap untuk dihidang.

4. Fillet Goreng Berlada Limau Nipis

Imej via Facebook

Varian menu seterusnya ialah fillet ikan patin goreng berlada limau nipis. Resepi ini mencetuskan rasa masam dan pedas dalam satu pinggan. Dapat makan dengan nasi putih makin menyelerakan. Resepi oleh Yusnizah Mohd Bachalan di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Fillet ikan patin,
  • Cili merah secukupnya,
  • 3 ulas bawang merah,
  • 2 biji bawang besar,
  • 1 biji limau nipis,
  • Garam.
Cara-cara :
  1. Fillet ikan patin digoreng garing, ketepikan.
  2. Blend cili merah bersama bawang dan tumis hingga garing. Jika sudah garing tutup api biarkan sebentar.
  3. Perah sebiji limau nipis ke dalam sambal.
  4. Bubuh garam dan serbuk perasa.
  5. Kacau rata dan masukkan ikan.
    Nota : Tunggu sambal sejuk sedikit baru masukkan ikan untuk mengekalkan rasa garing ikan.

5. Fillet Ikan Masak Tiga Rasa

Imej via Facebook

Aliah Nizan berkongsikan resepi fillet ikan masak tiga rasa di laman Facebook. Resepi ini amat sedap macam kedai punya.
Pedas, masam, dan manis masakan ini padu terangkat. Resepi yang mampu puaskan selera.

Bahan kuah 3 rasa :
  • Bawang besar ½ biji (potong dadu),
  • Bawang putih 2 biji (hiris),
  • Cili api 6 biji,
  • Cili besar merah 1 biji,
  • Tomato 1 biji (dadu),
  • Serai 2 batang kecil (hiris),
  • Daun limau purut 5-6 keping (hiris/ramas),
  • Sos cili 2-3 sudu besar,
  • Cili boh 5 sudu besar,
  • Sos tiram 1 sudu kecil,
  • Air (ikut tahap kepekatan kuah yang anda mahu),
  • Garam,
  • Gula.
Bahan untuk ikan fillet :
  • Ikan fillet (potong kecil ikut selera),
  • Tepung gandum 6 sudu penuh,
  • Tepung beras 3 sudu penuh,
  • Garam sedikit,
  • Air.
Cara menyediakan ikan fillet :
  1. Campur semua bahan untuk buat batter fillet. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Cukup setakat boleh salut ikan dengan nipis. Kalau tebal sangat nanti rasa macam cucur pula.
  2. Salut ikan dan goreng macam biasa. Jika sudah garing angkat dan toskan minyak. Letak tepi sementara masak kuah.
Cara menyediakan kuah 3 rasa :
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram, biar tumis sekejap dan masukkan air ikut kepekatan selera masing-masing.
  3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain kecuali tomato dan biarkan masak sekejap. (Masukkan tomato terakhir supaya dia tidak lembik).
  4. Perisakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
  5. Campurkan kuah dengan fillet ikan tadi.
    Nota : Kalau makan lambat, baik tidak campur sekali sebab nanti ikan jadi lembik dan serap semua kuah.

6. Fillet Dragon Ball

Imej via Facebook

Fillet kali ini lain dari yang lain kerana ia akan mengejut anda dengan inti salted egg yolk lemak masin. Hidangan ini sedap dijadikan lauk makan dengan nasi, atau dimakan macam itu sahaja dengan sos. Resepi dikongsikan oleh Janet Koh dilaman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 600 gram fish paste.
  • 4 biji salted egg yolk steam bagi masak.
  • Carrot dipotong kecil.
  • Daun ketumbar dipotong kecil.
  • Daun bawang dipotong kecil.
  • Tepung jagung.
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan yang dipotong kecil-kecil ke dalam fish paste dan gaul sampai sebati. Fish paste dibahagi kepada empat bahagian.
  2. Kemudian letak salted egg yolk di tengah fish paste dan bulat-bulatkan fish paste.
  3. Golekkan sedikit dengan tepung jagung.
  4. Akhir sekali fish paste digoreng sampai warna keemasan.
  5. Toskan dan sejukkan sekejap. Potong macam potong buah oren susun di atas pinggan.

7. Kung Pao Ikan Sutchi

Imej via Facebook

Lauk ala chinese simple yang patut cuba. Resepi ini menggunakan fillet ikan sutchi. Makan lauk ini konfirm semua suka, makan pula bertambah. Resepi dikongsikan oleh Nadiah Noor di laman Facebook. Ikan sutchi ini lagi sedap dari dory, isi dia putih.

Bahan Fillet Ikan Goreng :
  • Ikan,
  • Lada sulah,
  • Garam,
  • Gula sedikit,
  • Tepung jagung,
    (Jika ingin lagi sedap perap 10-15 minit).
Bahan Tumis :
  • Cili kering tangkai (potong panjang panjang),
  • Halia (hiris nipis),
  • Bawang putih (hiris nipis),
  • Bijan/minyak bijan.
Bahan Sos :
  • Sos tiram,
  • Kicap manis,
  • Kicap pekat sedikit,
  • Serbuk cili bubuh sedikit,
  • Lada sulah,
  • Daun bawang (potong panjang bubuh banyak lagi sedap),

8. Sup Fillet Ikan

Imej via Facebook

Sup ini begitu sedap dimakan ketika masih panas, amat sesuai untuk mereka yang demam, selsema, dalam pantang, dan sewaktu dengannya. Kalau mahu tambah tauhu putih yang dipotong kiub pun boleh. Resepi daripada Paan Selamat yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan Sup :
  • Bawang putih 5 ulas,
  • Halia 3 inchi,
  • Kicap cair,
  • Lada putih,
  • Ikan bilis 3 cubit,
  • Stok ikan bilis,
  • Sawi bak choi,
  • Daun bawang (besar),
  • Sedikit garam,
  • Minyak bijan.
Bahan gorengan fillet :
  • Tepung ubi,
  • Telor sebiji,
  • Secubit garam,
  • Dori fillet dipotong kecil,
Cara goreng fillet :
  1. Ikan dori fillet dicuci sehingga bersih, dan dipotong bentuk kiub kecil atau potong ikut suka.
  2. Fillet yang dipotong tadi dimasukkan ke dalam bekas dan letakkan 2-3 sudu makan tepung ubi.
  3. Kemudian pecahkan telur, dadarkan dan tuangkan ke atas fillet serta digaul rata.
  4. Apabila telah siap gaul rata, gorengkan fillet tersebut ke dalam minyak yang panas. Pastikan fillet itu bertukar warna keemasan sebelum diangkat dari kuali.
  5. Setelah siap digoreng, toskan minyak gorengan dan ketepikan dulu fillet yang digoreng ke dalam mangkok/pinggan.
Cara menyediakan sup :
  1. Tumbuk bawang putih, halia, dan ikan bilis sehingga lumat.
  2. Dalam mangkuk kecil, letakkan 6 sudu makan kicap cair, lada putih, dan minyak bijan. Kemudian gaulkan sampai sebati.
  3. Didihkan air dalam periuk, terus masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  4. Kacau sekejap kemudian masukkan stok ikan bilis dan bahan kicap yang dicampurkan dalam mangkok kecil tadi.
  5. Apabila semua bahan yang dimasukkan tadi telah mendidih, perasakan sup ikut selera.
  6. Setelah semuanya secukup rasa dan betul-betul mendidih, masukkan dory fillet yang kita goreng tadi. Perlahankan api dan kacaukan sekejap kemudian biarkan dalam didihan sup selama 3 minit.
  7. Setelah 3 minit, padamkan api dapur. Terus masukkan bok choi sawi, daun bawang (besar), tomato, dan daun sup.
  8. Kacaukan sebati dan tutup periuk. Boleh dihidang dengan taburkan bawang goreng atau hirisan cili.

9. Fillet Dori Umai

Imej via Facebook

Siapa suka makan umai? Buat umai tidak susah, lagi-lagi tidak perlu dimasak. Cuma lama nak menunggu untuk dijamah sampai meleleh air liur. Resepi umai fillet dory dikongsikan oleh Emy Amiza di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Filet ikan dory.
  • Cili masak ditumbuk halus,
  • Halia dihiris halus,
  • Bawang bombay dipotong dadu,
  • Perahan limau kasturi @ cuka makan,
  • Garam.
Cara-cara :
  1. Gaulkan serata biarkan dalam peti sejuk sampai isi ikan menjadi putih.
  2. Siap. Makan dengan nasi panas.

10. Kari Ikan Fillet Choo Chee Ala Thai

Imej via Facebook

Menu ini ada dekat kedai Thai tapi jarang orang order. Padahal kari ikan ala thai ini amat sedap. Tidak rugi mencuba, pedas dan berlemak kejadiannya. Hirisan daun limau purut dan cili merah sebagai hiasan. Resepi dikongsikan oleh Kesavan Supramaniam di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 4 sdm minyak masak,
  • 500 gm fillet ikan,
  • 60 gm pes kari merah Thai,
  • 1 ½ sdm sos ikan,
  • 1 ½ sdm gula putih,
  • ¾ cawan santan, 2 sdm tambahan untuk titis di atas kari sebagai hiasan,
  • 3 helai daun limau purut, disiat halus,
  • 1 tangkai cili merah hiris nipis.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di atas periuk non stick dengan api sederhana.
  2. Goreng kepingan ikan tadi selama 3-4 minit hingga kuning keemasan di kedua-dua permukaan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan minyak dalam 2 sdm, panaskan guna api kecil. Tumis pes kari tadi sehingga harum.
  4. Bila sudah harum, tuangkan santan, sos ikan dan gula. Biar merenih dalam seminit hingga gula larut.
  5. Tambahkan kepingan ikan tadi dan gaul sekata.
  6. Tutup api. Sedia dihidang bersama hirisan daun limau purut dan cili merah.

Resepi Lain

Selain resepi fillet, kami menulis kumpulan resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.