Jika selama ini telah sibuk dengan resepi ayam pedas Korea, kali ini apa kata pula kami akan sibukkan anda dengan resepi bingsu Korea pula.

Makan ayam goreng Korea dengan bingsu mangga ala Korea jadi makin sedap tiada imbangan.

Jika dilihat tampilan bingsu mangga yang pekat, berais, creamy, lengkap dengan potongan mangga yang manis dan segar, seakan sukar untuk dibuat bukan?

Namun sebenarnya, resepi bingsu mangga Korea ini senang dibuat.

Kalau beli di kafe Korea, harga bleh jadi lebih kurang sekitar RM20-RM40. Buat sendiri di rumah lagi puas dan jimat. Jom cubakan resepi bingsu mangga ala Korea dikongsikan oleh Nor Diyana Zakariya di laman Facebook.

Resepi Bingsu Mangga Korea

bingsu mangga

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Susu kotak saiz kecil 2 kotak,
  • Plastik berseal,
  • 3 sudu susu pekat,
  • Buah-buahan (saya guna mangga).

Cara-cara :

  1. Masukkan susu kotak dalam plastik.
  2. Simpan plastik yang berisi susu tadi dalam freezer.

    bingsu mangga

    Imej via Facebook

  3. Jika sudah keras, keluarkan dan tumbuk plastik susu tadi guna lesung batu. Jangan pula tumbuk sampai cair.
  4. Keluarkan ais susu dari plastik ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan buah mangga.
  5. Tuangkan susu pekat ke atas ais dan buah tadi. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bingsu mangga Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.