Teh hijau mempunyai banyak khasiat yang boleh membantu anda untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Antara khasiat yang terkandung dalam teh hijau adalah antioksidan dan 0 kalori. Maka ia bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat badan. Oleh sebab itu, di negara Jepun, mereka gemar minum teh hijau kerana ia membantu tubuh badan mereka untuk sihat.

Teh hijau bukan sahaja untuk minum, malah ia juga boleh dijadikan masker muka untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin. Anda mahu kulit yang cantik?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai cara-cara membuat masker teh hijau. Info ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar. Puan Zana mempunyai diploma akaun di Politeknik Seberang Perai. Kini, Puan Zana menjadi agen CPEA1 di Cunna Pretty.

Cara-Cara membuat masker teh hijau

Bahan-bahannya :

masker teh hijau

Imej via Facebook

Teh Hijau tak kisah la brand apa pun.

Lemon.

Madu.

Cara cara dia paling senang nak buat.

1. Satu kan bahan ni jadi macam pes. Lemon dan madu tu agak agak la dengan kuantiti teh tu k.

masker teh hijau

Imej via Facebook

2. Bersihkan muka dulu dengan air suam untuk buka liang roma tau. Dan lepas tu baru la tepek masker ni kat muka.

3. Biarkan kejap dalam 5 minit dan lepas tu bilas dengan air mineral ais sejuk. Sebab kalau air paip ni tak bersih kan nanti rosak muka bakteria senang ber tenggek kat skin tu.

4. Dah cuci muka korang lepas tu boleh la pakai produk skin care anda.

*Mudah, bukan? Bahan-bahannya mudah didapati dan murah. Ikuti langkah yang diberikan oleh Puan Zana, Insyaallah anda akan mendapat kulit yang diingini. Tetapi, jika anda ragu-ragu, anda boleh pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat sama ada kulit anda sesuai atau tidak.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.