Pernah cuba makan Ayam Penyet? Jika belum, ayuh cuba resepi ini!

Mungkin ramai yang belum tahu, ayam penyet atau sebenarnya Ayam yang dipenyek adalah salah satu makanan tradisi popular masyarakat Jawa di Timur Indonesia dan kini, makanan ini semakin menular di kalangan rakyat Malaysia.

Resepi ini menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna laman media sosial dan telah mendapat 8.4 ribu share sejak di post. Wah, nampaknya memang confirm sedap tu! Apa anda tunggu lagi. Ayuh ke dapur sekarang untuk memulakan misi anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Nur Alyani dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Ayam Penyet

Resepi Ayam Penyet

Imej via Facebook

Bahan Bahan

Ayam Penyet

  • Air
  • Lengkuas Titik
  • Halia Titik
  • Daun Slam (Bay Leaf)
  • Kunyit*
  • Garam*
  • Bawang Putih*
  • Limau Nipis
  • Minyak

Sambal Penyet

  • Cili Api
  • Cili besar
  • Bawang putih
  • Cili kering (yang dah direbus)
  • Tomato 3biji

Sila Tumbuk Bahan Yang Bertanda *

Cara Cara Memasak

Resepi Ayam Penyet

Imej via Facebook

  1. Panaskan air, lengkuas titik, halia titik, daun salam(bay leaf), kunyit garam bawang putih (tumbuk) asing dan campak dalam tu.
    Perasakan je terus garam, limau nipis sebab nak bagi ayam tu ada rasa
Resepi Ayam Penyet

Imej via Facebook

2. Masukkan ayam

Tunggu sampai separuh masak, nak sampai masak betul pun boleh, sebab nanti nak goreng jugak ?

Resepi Ayam Penyet

Imej via Facebook

3. Goreng Ayam

Resepi Ayam Penyet

Imej via Facebook

4. SMASH the chicken sekuat hati macam tengah geram kat someone

Ni lah hasilnya

Resepi Ayam Penyet

Imej via Facebook

5. Untuk sambal penyet, Ni bahan bahan untuk sediakan sambal penyet, cili api, cili besar, bawang putih, cili kering (yang dah direbus), Tomato (3biji) tapi dalam gambar lupa nak letak

Resepi Ayam Penyet

Imej via Facebook

6. Goreng satu satu bahan sambal tadi, (kecuali cili kering tak payah goreng terus tumbuk je)

Tomato digoreng dah siap goreng semua, bahan bahan tadi ditumbuk hancur (tumbuk sekali dengan bahan bahan yang dah goreng tadi). Perasakan dengan garam, gula dan asam limau. #nakletakbelacanbakarsikitpunboleh

Resepi Ayam Penyet

Imej via Facebook

7. Tauhu, tempe ni saya rebus dulu dalam air rebusan ayam tu pastu goreng je uolls

Resepi Ayam Penyet

Imej via Facebook

Selamat Mencuba

Resepi Ayam Lain Yang Menarik

Selain resepi ayam penyet, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.