Mencari resepi ayam masak merah ala kenduri yang sedap?
Pernah makan ayam masak merah yang power? Yang biasanya mungkin banyak, tapi nak cari yang sedap bukan mudah bukan?
Jom cuba masak resepi ini. Resepi ini telah dicuba oleh ramai orang dan rata ratanya memberikan feedback yang positif. Semuanya memuji kesedapan ayam masak merah yang dicuba mereka menggunakan resepi ini. Jadi bagi kami, ianya adalah resepi wajib cuba. Apa tunggu lagi. Ayuh cuba resepi viral ini.
Confirm terangkat! Sekali cuba, pasti nak lagi. Mungkin boleh cuba hidangkan untuk seisi keluarga untuk makan tengah hari, makan malam. Atau pun mahu mencuba memasaknya untuk majlis besar? Jangan risau! Memang dijamin sedap!
Resepi ini dikongsikan oleh Jamiah Tulisman dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.
Saya share resepi ayam Masak Merah yang biasa saya buat. Hehehehe segan lak nak share sebenarya sebab ramai lagi yang pandai dan masak sedap-sedap.
Tapi sebab ramai jugak yang minta saya share, jadi saya share pada sesiapa yang sudi nak mencuba
Ini cara saya dengan gabungan resepi mak saya. Nak sedap ayam Masak Merah & warna cantik guna gula Melaka dan serai dikisar bersama bawang, halia dan lengkuas. Baru power.
Pastu kena masuk daun sup, bawang dan bawang goreng untuk tambah keenakan ayam Masak Merah.
Bahan bahan untuk 1 ekor ayam
*blend semua bahan di atas
Nota 1 : Nanti boleh rasa lagi kalau suka boleh tambah gula
Nota 2 : Untuk hiasan boleh tabur bawang goreng dan daun bawang sikit
1. Bersihkan ayam dan gaul dengan kunyit dan garam. Goreng jangan garing sangat. Angkat dan ketepikan.
2. Amek minyak dari gorengan ayam dalam 4 senduk dan tumis rempah 4 sekawan dan masukan bahan bahan yang diblend
3. Masuk lada kering blend dan kacau rata. Tumis hingga garing
4. Masukan sedikit air (dalam 1 cawan), tomato puree dan sos cili. Kacau hingga mendidih
5. Masukan gula melaka dan gula pasir
6. Masuk ayam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Kacau rata. Biar kejap hingga ayam sempurna masaknye.
7. Sesuaikan rasa dan angkat
Selamat mencuba. Oh ya, kami harap sangat anda tinggalkan komen di bawah setelah mencubanya.
Selain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.