Koktail buah merupakan hidangan pencuci mulut khas negara kita. Koktail buah ramai peminat mulai dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Koktail buah merupakan hidangan pencuci mulut yang berasaskan susu yang dimasak dan berisikan buah-buah potong di dalamnya. Selalunya orang akan letak buah masam dan manis untuk seimbangkan rasa seperti kiwi, stroberi, nanas, mangga, anggur, mata kucing, tidak lupa letak nata de coco, boleh juga letak jelly, dan lain sebagainya ikut selera. Paling wajib letak buah naga sebagai pewarna semula jadi supaya koktail tampak menarik dan cantik.

Koktail selalunya dijadikan minuman untuk acara-acara besar seperti sambutan hari raya, kenduri, berbuka puasa, dan lain-lain. Walaupun berasaskan susu namun menyantap koktail buah tidak buat muak. Malah ianya boleh lepaskan dahaga serta kenyangkan perut, sudah semestinya juga menyihatkan.

Akhir-akhir ini pula ramai orang niaga koktail buah cedok, di mana pembeli boleh ambil buah sesuka hati dalam satu bekas dengan harga yang berbaloi. Mungkin anda sedang mencari resepi koktail buah untuk niaga ataupun acara spesial? Tanpa tunggu lama, kami hadirkan resepi koktail buah daripada Nadzirah Mohd Zain di laman Facebook. Resepi koktail simple tapi sedap sangat.

Resepi Koktail Buah Segar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 liter susu segar low fat,
  • 1 tin susu cair,
  • 1 cawan mempelam,
  • 1 cawan buah naga,
  • 1 cawan anggur hitam.
    *Semua buah-buahan dipotong dadu. Boleh tukar guna buah-buahan lain ikut suka.

Cara-cara :

  1. Pertama sekali, kita buat kuahnya. Masukkan susu segar dalam satu balang.
  2. Kemudian masukkan 1 tin susu cair.
  3. Seterusnya buahan segar tadi yang mana perlu dikupas, buang kulitnya dan dadu sederhana besar, begitu juga buah-buah yang lain.
  4. Sejukkan dalam peti ais bahan kuah dan buah-buahan yang telah dipotong tadi sebelum dimakan.
  5. Hidang dan sedia untuk dinikmati.

Tips:

  1. Bagi yang suka manis boleh guna susu pekat atau air gula sedikit.
  2. Kalau guna fruit koktail tin, jangan buang airnya, guna air dalam bancuhan susu.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi koktail buah, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.