Mencari ranking SPM yang terkini?

Keputusan Sijil Penilaian Menengah atau SPM merupakan aspek yang sangat penting dalam menentukan prestasi sesebuah sekolah menengah.

Untuk menilai pencapaian keputusan SPM mengikut sekolah, Gred Purata Sekolah (GPS) akan diukur. Semakin kecil bilangan GPS, semakin baik prestasi sesebuah sekolah.

Ranking SPM 2019 Mengikut Sekolah

ranking spm 2019
Sumber: UPND

Senarai di atas menunjukkan ranking SPM terbaik mengikut sekolah secara ringkas. Ianya merangkumi Sekolah Berasrama Penuh atau SBP.

Tertanya-tanya tentang setiap sekolah yang disenaraikan? Berikut kami senaraikan informasinya berdasarkan ranking SPM 2019 untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Sekolah Tun Fatimah

Imej via Foursquare

Menduduki tempat pertama bagi keputusan SPM 2019, Sekolah Tun Fatimah atau STF telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 0.78.

Sekolah yang terletak di Johor Bahru, Johor ini ditubuhkan pada tahun 1965. Sejak tahun 2018, STF masih kekal sebagai sekolah terbaik untuk keputusan SPM.

#2 Sekolah Seri Puteri

ranking spm
Imej via Foursquare

Sekolah Seri Puteri yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi ini telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.02, menjadikannya sebagai sekolah kedua terbaik bagi keputusan SPM 2019.

Terletak di Cyberjaya, Selangor, Sekolah Seri Puteri telah ditubuhkan pada tahun 1968.

Kedudukan Sekolah Seri Puteri masih kekal sebagai sekolah kedua terbaik untuk keputusan SPM.

#3 Sekolah Sultan Alam Shah

ranking spm sekolah sultan alam shah
Imej via Foursquare

Sekolah Sultan Alam Shah telah menduduki tempat ketiga untuk keputusan SPM 2019 dan mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.14.

Sekolah yang terletak di Presint 1, Putrajaya ini telah ditubuhkan pada tahun 1962.

Kedudukan Sekolah Sultan Alam Shah melonjak daripada kedudukan ke-19 pada tahun 2018 kepada kedudukan ketiga pada tahun 2019 untuk keputusan SPM.

#4 Kolej Tunku Kurshiah

tunku kurshiah college ranking spm
Imej via Foursquare

Menduduki tempat keempat untuk keputusan SPM 2019, Kolej Tunku Kurshiah atau TKC telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.15.

Ditubuhkan pada tahun 1947, Kolej Tunku Kurshiah merupakan SBP yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Kedudukan TKC meningkat daripada tempat keenam pada tahun 2018 kepada tempat keempat pada tahun 2019 untuk keputusan SPM.

#5 SMS Kota Tinggi

sakti sms kota tinggi ranking spm
Imej via Foursquare

Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah menduduki tempat kelima untuk keputusan SPM 2019 dan mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.16.

Terletak di Bandar Penawar, Johor, SMS Kota Tinggi atau SAKTI telah ditubuhkan pada tahun 1996.

Untuk perbandingan kedudukan bagi keputusan SPM, kedudukan SAKTI telah meningkat daripada tempat kelapan pada tahun 2018 kepada tempat kelima pada tahun 2019.

#6 Kolej Islam Sultan Alam Shah

kisas
Imej via MyPt3

Kolej Islam Sultan Alam Shah yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.19 ini berjaya menduduki tempat keenam untuk keputusan SPM 2019.

Ditubuhkan pada tahun 1955, Kolej Islam Sultan Alam Shah atau KISAS ini terletak di Klang, Selangor.

Berbanding tahun 2018, kedudukan KISAS meningkat daripada tempat ketujuh kepada tempat keenam untuk keputusan SPM.

#7 SMS Tuanku Munawir

sms tuanku munawir saser
Imej via Foursquare

Menduduki tempat ketujuh untuk keputusan SPM 2019, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.20.

Sekolah yang turut dikenali dengan singkatan SASER ini terletak di Seremban, Negeri Sembilan dan ditubuhkan pada tahun 2002.

Untuk perbandingan keputusan SPM, kedudukan SASER pada tahun 2018 ialah tempat ketiga berbanding tahun 2019.

#8 SBPI Gombak

sbpi gombak
Imej via Foursquare

Mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.29, SBP Integrasi Gombak menduduki tempat kelapan untuk keputusan SPM yang terbaik.

SBP Integrasi Gombak yang juga dikenali dengan nama SBPI Gombak terletak di Gombak, Selangor dan ditubuhkan pada tahun 2002.

Pada tahun 2018, SBPI Gombak menduduki tempat kelima berbanding tahun 2019.

#9 SBPI Rawang

sbpi rawang
Imej via Foursquare

Untuk keputusan SPM 2019, SBP Integrasi Rawang telah menduduki tempat kesembilan dan telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.38.

Ditubuhkan pada tahun 2002, SBP Integrasi Rawang ini terletak di Rawang, Selangor.

SBPI Rawang menduduki tempat ke-15 pada tahun 2018 dan berjaya menduduki tempat kesembilan pada tahun 2019 untuk keputusan SPM.

#10 Kolej Melayu Kuala Kangsar

mckk
Imej via Foursquare

Tempat kesepuluh untuk SPM 2019 diduduki oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.43.

Juga dikenali dengan nama MCKK, sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1905 dan terletak di Kuala Kangsar, Perak.

MCKK menduduki tempat ke-13 pada tahun 2018 dan berjaya melonjak naik kepada tempat kesepuluh untuk SPM 2019.

#11 SMS Sultan Mahmud

Imej via Foursquare

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.51, menjadikannya SBP yang ke-11 terbaik untuk keputusan SPM 2019.

Juga dikenali dengan nama SESMA, sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1979 dan terletak di Kuala Terengganu, Terengganu.

Untuk perbandingan keputusan SPM, SESMA menduduki tempat ke-20 pada tahun 2018 dan berjaya melonjak naik kepada tempat ke-11 untuk tahun 2019.

#12 SMS Alam Shah

smsas
Imej via Foursquare

Sekolah Menengah Sains atau SMSAS telah menduduki tempat ke-12 untuk SPM 2019 dan mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.56.

Terletak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, SMSAS telah ditubuhkan pada tahun 2003.

SMSAS menduduki tempat keempat untuk keputusan SPM pada tahun 2018 dan kini berada pada tempat ke-12 untuk SPM 2019.

#13 SMS Tuanku Aishah Rohani

seremban girls school ranking spm
Imej via Twitter

SMS Tuanku Aishah Rohani yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.56 ini menduduki tempat ke-12 untuk SPM 2019.

Ditubuhkan pada tahun 2013 dan dikenali dengan nama SGS, sekolah ini terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Untuk SPM 2018, SGS menduduki tempat ke-16 dan berjaya meningkatkan kedudukannya kepada tempat ke-13 untuk SPM 2019.

#14 Sekolah Tuanku Abdul Rahman

ranking spm star
Imej via Foursquare

Sekolah Tuanku Abdul Rahman yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.61 ini menduduki tempat ke-14 untuk keputusan SPM 2019.

Terletak di Ipoh Perak, SBP yang turut dikenali dengan nama STAR ini ditubuhkan pada tahun 1957.

Bagi SPM tahun 2018, STAR menduduki tempat ke-12 manakala pada tahun 2019, STAR menduduki tempat-ke-14.

#15 SMS Muar

samura spm
Imej via abuwafi98

SM Sains Muar yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.61 ini menduduki tempat ke-15 untuk SPM 2019.

Ditubuhkan pada tahun 1983, Sekolah Menengah Sains Muar atau SAMURA ini terletak di Muar, Johor.

Untuk SPM tahun 2018, SAMURA menduduki tempat ke-27 dan berjaya melonjak naik kepada tempat ke-15 untuk SPM 2019.

#16 SMS Hulu Selangor

ranking spm semashur
Imej via Foursquare

Menduduki tempat ke-16 untuk SPM 2019, SM Sains Selangor ini mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.62

Dikenali dengan nama SEMASHUR, sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan terletak di Batang Kali, Selangor.

SEMASHUR mendapat tempat ke-14 untuk SPM 2018 dan berada pada tempat ke-16 untuk SPM 2019.

#17 SMS Johor

sekolah menengah sains johor
Imej via Foursquare

Untuk tempat ke-17 bagi SPM 2019, ianya diduduki oleh SM Sains Johor yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.65.

Ditubuhkan pada tahun 1973, sekolah yang turut dikenali dengan nama SMSJ ini terletak di Kluang, Johor.

Untuk keputusan SPM, SMSJ menduduki tempat ke-26 pada tahun 2018 dan berjaya melonjak naik kepada tempat ke-19 pada tahun 2019.

#18 SMS Muzaffar Syah

mozac melaka
Imej via MOZAC

Mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.67, SMS Muzaffar Syah menduduki tempat ke-18 untuk SPM 2019.

Terletak di Melaka dan ditubuhkan pada tahun 1973. sekolah ini turut dikenali dengan nama MOZAC.

Untuk SPM 2018, MOZAC menduduki tempat ke-22 dan berjaya menaikkan kedudukannya kepada tempat ke-18 untuk SPM 2019.

#19 SMS Seri Puteri

seseri
Imej via Foursquare

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.68 ini menduduki tempat ke-19 untuk SPM 2019.

Terletak di Jalan Kolam, Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada tahun 2003, sekolah ini turut dikenali dengan nama SESERI.

SESERI menduduki tempat ke-23 untuk SPM 2018 dan kedudukannya meningkat kepada tempat ke-19 untuk SPM 2019.

#20 SMS Sabah

smesh sabah
Imej via Foursquare

Sekolah Menengah Sains Sabah yang menduduki tempat ke-20 untuk SPM 2019 ini mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.70

Ditubuhkan pada tahun 1984, SM Sains Sabah terletak di Kota Kinabalu dan dikenali dengan nama SMESH.

Untuk SPM 2018, SMESH menduduki tempat ke-32 dan melonjak naik kepada tempat ke-20 untuk SPM 2019.

Kesimpulan

Semoga artikel ranking SPM 2019 ini bermanfaat buat anda, terutamanya bagi sesiapa yang mencari informasi tentang kedudukan SPM yang terkini.

Jangan lupa kongsikan artikel kami di sosial media atau kepada rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat!

Artikel Menarik Lain

Penulis: hani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.