Ayuh ketahui cara melaksankan puasa enam, dan kelebihannya?
Puasa enam juga dikenali sebagai puasa sunat enam Syawal, iaitu berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal. Umat Islam sangat digalakkan untuk menjalani puasa enam ini lantaran ganjaran besar yang menanti.
Hukum melaksankan puasa enam ini adalah sunat yang sangat digalakkan, dan ianya bukanlah wajib.
Jumhur fuqaha daripada mazhab al-Syafie, al-Hanbali dan sebahagian fuqaha al-Hanafi dan al-Maliki telah bersepakat mengatakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal adalah mustahab (sunat).
Niat Puasa Enam:
نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى
“Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”
Berikut adalah cara-caranyamelaksanakan puasa sunat Syawal;
Dalam menjalani puasa enam, boleh berpuasa secara berturutan tanpa selang seperti berpuasa bulan Ramadan. Tetapi jika berpuasa secara berselang hari atau tidak berurutan juga dibolehkan asalkan masih dalam bulan Syawal itu.
Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzab menyatakan bahawa disunatkan berpuasa secara berturutan di awal Syawal dan sekiranya dipisahkan iaitu tidak berpuasa secara enam hari berturutan, maka ianya dibolehkan dan pahalanya tetap sama.
Paling afdal adalah berpuasa secara berturut-turut: Sebaiknya bermula 2 Syawal sehingga 7 Syawal. Contohnya, jika hari raya Aidilfitri pada 8 Oktober, maka bolehlah berpuasa enam mulai 9 Oktober sehingga 14 Oktober (7 Syawal).
Namun jika berpuasa berselang, ini adalah cara yang disarankan;
Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal ini mempunyai banyak kelebihan dan fadilatnya, antaranya;
Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal, pahalanya sama seperti puasa penuh setahun dengan syarat, telah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Para ulama bersepakat bahawa berpuasa seperti setahun penuh asalnya kerana setiap kebaikan diumpamakan dengan sepuluh kebaikan yang sama. Iaitu;
Bulan Ramadan sama dengan berpuasa selama sepuluh bulan (30 x 10 = 300 hari = 10 bulan) dan puasa enam hari pada bulan Syawal sama dengan berpuasa selama dua bulan (6 x 10 = 60 hari = 2 bulan).
Ini bermaksud jika seseorang itu melaksanakan puasa di bulan Ramadan dan menyambung puasa enam di bulan Syawal, maka dia seperti melaksanakan puasa setahun penuh.
Puasa enam hari di bulan Syawal adalah pelengkap yang menutup kekurangan dan kecacatan puasa di bulan Ramadan yang sebelumnya.
Imam Nawawi, menyatakan seseorang yang telah lengkap berpuasa di bulan Ramadan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri, supaya dapat mencantikkan lagi puasa Ramadan yang lepas.
Para ulama berpendapat berpuasa selepas puasa Ramadan ialah sebagai tanda kepada penerimaan puasa Ramadan. Ini kerana jika Allah SWT menerima amal soleh seseorang, maka Dia akan memudahkan hamba-Nya itu untuk melakukan amalan soleh yang lain pula.
Kata sebahagian ulama;
“Pahala bagi sesuatu kebaikan adalah kebaikan yang dilakukan sesudahnya.”
Dengan berpuasa sunat enam Syawal (dan puasa-puasa sunat lain) dapat membantu memperingat umat Islam untuk terus berpuasa sunat pada waktu lain juga, bukannya pada bulan Ramadan sahaja.
Terlalu banyak untuk disyukuri atas pemerbaian Allah SWT. Antaranya nikmat hari raya selepas berpuasa selama sebulan. Atas rahmat dan berkat bulan Ramadan dikurniakan pula ganjaran pahalanya pada hari Aidilfitri.
Berpuasa juga sebahagian daripada cara untuk menyatakan kesyukuran dan berterima kasih Lalu, berpuasa selepas Aidilfitri adalah tanda bersyukur dengan nikmat-Nya.
Para salaf, jika diberi taufik untuk beribadah pada waktu malam, mereka akan berpuasa pada siang harinya, selain menjadikan puasa itu sebagai tanda kesyukuran atas hidayah-Nya untuk bangun malam.
Berpuasa sunat juga adalah ibadah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, bukan sahaja berpuasa pada bulan Ramadan.
Dengan berpuasa mampu menyekat nafsu dari melakukan pelbagai keburukan seterusnya menjauhkan diri dari kemungkaran. Dengan ini dapatlah menambah keimanan dan mendekatkan diri pada-Nya.
Aidilfitri hanya perlu dirai kemenangan dan keseronokannya pada satu hari itu sahaja, bukannya berlanjutan sehingga sebulan penuh Syawal.
Sebab itulah sebaiknya, pada 2 Syawal sudah mula berpuasa. Ini bertujuaan mendidik diri agar bersederhana, tidak berlebihan dalam menyambut hari raya dan mahu memburu ganjaran istimewa dalam bulan Syawal itu.
Allah SWT memberi keistimewaan yang sangat besar terhadap golongan hamba-Nya yang berpuasa enam hari dalam bulan Syawal. Dengan itu janganlah melepaskan peluang dengan merebut ganjaran yang tidak selalunya diperoleh ini.
Semoga Syawal bukan sahaja menjadi bulan kita meraih kemenangan kerana berpuasa di bulan Ramadan, tetapi menghayati kenikmatan berpuasa enam. Amin.