Skincare atau produk dari Korea sememangnya menjadi pilihan ramai wanita yang inginkan kecantikan kulit putih dan licin. Sudah menjadi trend, rata-rata wanita pasti ingin mencuba gunakan produk korea.

Anda juga boleh dapatkan produk Korea di Watson dan ianya ada. Jom kenali antara jenama produk Korea di Watson terbaik yang boleh anda cuba dan guna.

1. Pink By Pure Beauty

produk korea di watson

Produk Korea di Watson ini membolehkan anda dapatkan secara satu item ataupun pembelian set. Set mini amat sesuai untuk dicuba bagi melihat kesan pertama kali anda memakainya. Namun, pastinya kulit wajah anda lebih cantik, berseri-seri dan bersih.

Anda boleh memilih untuk memakai toner, spot essence, lotion, cream dan lain-lain secara berasingan. Namun, yang terbaik adalah anda menggunakan semua sekali dalam 1 set.

2. COSRX

produk korea di watson

Produk Korea di Watson yang selamat dan berkesan ini terdiri daripada beberapa item seperti pencuci muka, toner, gel untuk jerawat, blemish cream dan macam-macam lagi.

Anda boleh gunakan set ini secara konsisten, pasti berhasil! Ia merupakan produk korea yang sangat berkualiti dengan harga yang mampu milik. Cosrx ini juga sesuai untuk kulit kering, jerawat dan berminyak.

3. Some By Mi

produk korea di watson

Some by Mi merupakan produk Korea di Watson pilihan ramai terutamanya orang Malaysia. Ia meliputi serum, sabun, pencuci wajah dan juga toner. Kandungan produk penjagaan wajah ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal dan bermasalah seperti jerawat dan berminyak.

4. Hanursinbihan

produk korea di watson

Produk Korea di Watson ini telah diformulasi untuk semua jenis kulit dari segi kesesuaiannya. Ia membantu mengatasi masalah penuaan seperti kulit kedut, bergaris halus, kulit kering dan nampak kusam.

Selain itu, ia juga dapat melembabkan kulit serta membaiki tona warna kulit anda. Kandungan Quatro Ampoule ini juga amat membantu untuk membekalkan nutrisi untuk kulit lebih sihat dan cantik. Ia mudah diserap dan sangat berbaloi untuk anda cuba!

5. Corsx Salicylic Acid Daily cleanser

produk korea di watson

Jenama Corsx sangat terkenal sebagai keluaran produk Korea di Watson. Corsx Salicylic Acid Daily cleanser boleh digunakan secara rutin dengan 2 kali pakai setiap hari.

Segala kotoran dan lapisan sel kulit mati akan dihapuskan dengan sel kulit baharu. Kulit juga akan bebas dari sebarang radikal bebas dan kotoran. Kandungan cleanser ini memudahkan segala kotoran pori-pori disingkirkan dengan mudah.

6. Jayjun Collagen Skin Fit Mask

produk korea di watson

Jayjun Collagen Skin Fit Mask adalah face mask yang boleh anda gunakan untuk segarkan wajah dan atasi masalah kulit. Kolagen yang terkandung dalam face mask ini berfungsi mencerahkan kulit secara semulajadi.

Ia sangat kaya antioksidan dan sesuai untuk kulit kusam, berminyak, menua, berjerawat dan berjeragat. Produk Korea di Watson ini boleh digunakan setiap 1 minggu sekali atau dua kali untuk buang sel kulit mati.

7. Klairs Freshly Juice Vitamin Drop

produk korea di watson

Sarat dengan kandungan vitamin, Klairs Freshly Juice Vitamin Drop ini adalah salah satu produk korea di watson yang boleh anda cuba. Ia adalah serum yang menggunakan teknologi penstabilan hibrid dengan pengaktifan L-Ascorbic Acid kepada kulit

Untuk pengetahuan anda, serum ini menjadikan warna kulit anda lebih sekata dan tidak bercapuk. Ia juga melindungi kulit dari cela cahaya matahari dan terbakar. Masalah kulit seperti ekzema dan psoraisis juga dapat diatasi dengan baik.

8. MAMONDE Vital Vitamin Essence

produk korea di watson

Produk korea di Watson ini mempunyai kandungan ekstrak bunga Bitter Orange dan 7 Vitamin Complex yang segar. Essence ini sangat bagus untuk kulit kusam, kering dan tidak bermaya.

Memakai serum vitamin Essence akan menjadikan kulit tampak berseri-seri, cerah dan licin. Serapan vitamin ke wajah akan membantu mengurangkan penuaan, kedutan, minyak berlebihan dan toksid pada wajah.

9. Yadah Pore Refining Foam Cleanser

produk korea di watson

Jenama Yadah yang merupakan produk Korea di Watson ini adalah sejenis pencuci wajah yang semulajadi. Ia menggunakan kandungan terbaik seperti putih telur yang berfungsi menyingkirkan segala kotoran pada wajah dan liang pori terbuka dan sebum.

Kulit akan lebih segar, tegang dan lebih selesa setelah menggunakannya. Tahukah anda, ia juga menggunakan air bunga Nelumbo Nucifera untuk memastikan kulit licin dan kekal berseri.

10. By Wishtrend Mandelic Acid 5% Skin Prep Water

produk korea di watson

Pernah guna toner daripada By Wishtrend ini? Produk Korea di Watson ini mengandungi kandungan Mandelic Acid 5% iaitu salah satu ramuan AHA yang melindungi masalah kulit berlaku. Ia adalah sebuah toner exfoliate yang membantu mengeluarkan sel kulit mati dan membaiki tona warna kulit.

Penuh dengan Vitamin, toner ini turut menjadikan kulit lebih sihat, cantik dan lembab. By wishtrend Mandelic ini juga sesuai digunakan bagi anda yang mengalami masalah kulit.

11. THANK YOU FARMER Sun Project Shimmer

produk korea di watson

Cream Thank you Farmer ini memiliki SPF30 PA serta menggunakan 100% bahan semulajadi botanikal tanpa sebarang bahan kimis. Ia amat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit gatal atau iritasi.

Ia sangat ringan dan selesa dipakai pada kulit wajah. Dengan ekstrak Shea Butter, Omega Oil dan lain-lain lagi, kulit akan terlindung dari cahaya matahari dan radikal bebas.

12. Daymellow

Jenama ini menyajikan kualiti produk yang sememangnya mahal dan mewah. Kandungan bahan yang digunakan juga sangat menarik iaitu emas dan berlian. Kandungannya yang mempunyai ekstrak aloe vera dapat melembapkan kulit dan memberikan teksture yang ringan kepada penggunanya. Kandungan air glasier dan emas dapat memberikan kesan penyejukan.

Gel Aloe Emas merupakan produk paling wangi daripada ketiga pilihan yang ada. Mempunyai bau bunga yang lembut serta merupakan pengganti losyen yang bagus. Wangian gel juga akan tetap melekat pada kulit memberikan anda rasa segar dan nyaman.

13. Kitsui

Jenama Korea yang viral sejak kebelakangan ini kerana effect yang luar biasa kepada pengguna. Produk ini mampu menyelesaikan masalah kulit, jeragat, bitnik hitam dan kulit kusam. Produk ini juga dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi yang juga sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetes.

Kandungan camu-camu dan vitamin C yang pastinya dapat menghalang enzim tyrosnise yang menghasilkan melanin. Hal ini pastinya dapat membantu mencegah pengeluaran bintik hitam serta hiperpigmentasi. Lebih menarik lagi, produk ini juga membantu mencerahkan kulit anda serta bertindak sebagai anti penuaan.

14. Secret Nature Volcanic Ash Pore Pack

Tanah abu gunung berapi terdiri daripada Natrium bentonit. Bahan ini mengandungi cas negatif yang kuat yang mengikat dengan cas positif dalam toksin. Bahan ini membantu menghilangkan semua kekotoran. Oleh itu, tanah liat abu gunung berapi digunakan secara meluas sebagai bahan semula jadi.

pembersih kulit yang membersihkan, menyucikan dan menyahtoksik kulit. Tanah liat ini kaya dengan mineral, dan mempunyai ciri antibakteria, antikulat dan antivirus. Produk ini diletakkan dalam bekas dan berat sebanyak 100g. Produk ini disertakan dengan sudu. Setelah memakainya, ia akan mengambil masa selama 15 minit untuk mengering.

Sesuai digunakan bagi mereka yang berkulit jerawat, mengecutkan liang pori dan menghalang pembentukan bakteria yang boleh menyebabkan iritasi atau bintik hitam.  Tambahan pula, Volcanic Ash Pore Pack ini mempunyai bahan-bahan semula jadi seperti Aloe Vera, Green Tea, dan Brocolli. Ianya akan membantu dalam melembap, menenangkan serta menjaga keanjalan kulit wajah anda.

15. Beauty Of Joseon       

Produk ini telah ditambah baik dengan menambah 2 lagi penapis UV dan beberapa penapis yang sangat menarik yang anda jarang lihat dalam penjagaan kulit Korea. Produk ini menawarkan perlindungan SPF 50+ PA++++ yang telah disahkan di Korea dan di Sepanyol. Penggunaan Tinosorb M dan Iscotrizinol sebagai penapis baru menjadikan produk ini sangat menarik.

Produk ini bebas daripada pewangi, alkohol serta minyak pati yang mampu menyebabkan kulit menjadi kering. Teksturenya yang bagus menjadikan produk ini menyerap dengan baik ke dalam kulit. Kulit juga akan terasa lebih ringan dan lembap. Sesuai bagi mereka yang mempunyai jenis kulit combination dan kering.

Itulah dia antara produk Korea di Watson yang boleh anda dapatkan. Semuanya dipercayai dan boleh anda cuba.

Jom baca juga smartphone terbaik Malaysia bawah rm2000, smartphone terbaik Malaysia bawah rm 1000, smartphone terbaik 2019 malaysia dan smartphone terbaik malaysia bawah rm500.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.