Apakah pil hentikan haid di farmasi yang baik untuk kita gunakan? Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang jenis pil hentikan haid di farmasi yang boleh digunakan dengan selamat.

Bagi kebanyakan wanita, setiap bulan pasti kita akan melalui proses kitaran haid tertentu secara semula jadi.

Semua ini tidak menjadi masalah sama sekali kepada wanita namun dalam keadaan tertentu haid kadang kala memberi kesukaran untuk wanita menguruskan diri mereka misalnya ketika mahu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Mengenali hormon dalam tubuh wanita

Hormon adalah zat kimia yang dihasilkan oleh sistem endokrin dalam tubuh yang bertindak dalam membantu serta mengendalikan hampir ke semua fungsi tubuh seperti metabolisme, termasuklah organ reproduksi.

Secara asasnya, tubuh wanita akan mengalami bermacam-macam proses bermula dari akil baligh, ovulasi, menstruasi, kehamilan dan menyusui.

Setiap proses ini sebenarnya melibatkan pelbagai hormon di dalam tubuh wanita. Antara hormon wanita adalah seperti:

  • Progestron
  • Estrogen
  • Testosteron
  • Luteinizing hormone (LH)
  • Follicle-stimulating hormone (FSH)
  • Oksitosin

Jenis-jenis pil hentikan haid di farmasi

Berikut ini kami kongsikan beberapa jenis pil hentikan haid yang boleh didapatkan di farmasi.

Norethisterone (Primolut-N)

Norculut

Provera (Medroxyprogesterone acetate)

Duphaston (Dydrogesterone)

Hukum mengambil pil hentikan haid

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi #478, berpendapat bahawa hukum jemaah wanita menggunakan pil pencegah haid adalah harus.

Hal ini dinyatakan sedemikian atas beberapa perkara yang diteliti antaranya seperti:

  • Mendapat nasihat kepada pakar perubatan terlebih dahulu. Sekiranya penggunaan pil pencegah haid mendatangkan kemudaratan kepada pengguna, maka perlu dielakkan.
  • Sekiranya seorang wanita tidak menggunakan pil pencegah haid, lalu dia menunggu tempoh suci dalam keadaan negaranya jauh dan mahram suaminya tidak dapat menunggu bersamanya, maka dibolehkan untuk dirinya menggunakan pil tersebut.

Cara pengambilan pil hentikan haid

Pil Norethisterone (Primolut-N) disarankan untuk dimakan bermula dari hari ke-5 haid datang atau 7 – 10 hari sebelum anggaran tarikh datang haid yang akan datang.

Ia perlu diambil sebiji sebanyak 3 kali sehari selepas makan secara berterusan sehinggalah pulang daripada mengerjakan haji atau umrah.

Kesan sampingan biasa yang boleh berlaku

Dari segi kesihatan, pil perancang memang selamat untuk digunakan namun ia tentunya memberi kesan sampingan kepada sesetengah wanita pada keadaan tertentu.

Berikut ini adalah antara kesan sampingan yang pada umumnya berlaku pada wanita.

1. Pendarahan

Laporan menunjukkan bahawa 50% pengguna pil perancang biasanya akan mengalami pendarahan vagina di luar tempoh haid itu sendiri.

Penyebabnya adalah kerana tubuh bereaksi dengan kesan pil perancang tetapi cuba untuk menyesuaikan diri dengan kadar hormon yang berbeza.

Pendarahan ini biasanya akan berlaku secara on-off selama 3 bulan dan ketika itu pil perancang masih efektif untuk digunakan.

Penting untuk kita pastikan pengambilannya yang betul dan jangan tinggalkan apa-apa dos yang sepatutnya.

Sekiranya dalam masa 5 hari masih berlaku pendarahan ringan atau dalam masa 3 hari pendarahan teruk, disarankan untuk dapatkan nasihat dari doktor.

2. Tidak datang haid

Ada juga sesetengah wanita yang mendapat kesan missed period atau langsung tidak datang haid pada waktu yang sepatutnya.

Jika ada pun, darah hanya keluar beberapa titik atau sangat sedikit. Berkemungkinan ianya ada kaitan dengan pil perancang yang kita ambil.

Apa-apa pun dapatkan nasihat daripada doktor tentang masalah haid tidak normal dari biasa ini.

3. Rasa mual dan loya

pil hentikan haid di farmasi

Loya dan mual sering dikaitkan dengan pengambilan pil perancang yang pertama.

Kombinasi makan pil perancang dengan sedikit makanan atau ketika masuk tidur mungkin dapat membantu mengatasi masalah ini.

4. Payudara membengkak

pil hentikan haid di farmasi

Payudara membengkak dan besar kerana pengambilan pil hentikan haid? Memang sesetengah wanita akan merasainya dalam beberapa minggu pertama pengambilan ubat.

Sekiranya ia berlaku, pastikan anda mengurangkan pengambilan kafein dan garam, serta pakai juga saiz bra yang bersesuaian untuk memberi sokongan yang betul.

5. Sakit kepala

Setiap jenis pil dan dos hormon tertentu yang terkandung di dalamnya boleh memberi simptom sakit kepala yang berbeza.

Hal ini tidak terkecuali bagi pil perancang kerana ubatan yang berkaitan dengan hormon seks boleh memberi kesan kepada sakit kepala atau migrain.

6. Perubahan pada mood

Sebahagian wanita ada mengalami masalah gangguan emosi disebabkan perubahan hormon setelah mengambil pil perancang.

Bahkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan intim juga terjejas oleh kerana kurangnya lendiran atau discaj pada vagina.

7. Discaj pada vagina

Kesan berikutnya adalah discaj seperti keputihan atau lendiran boleh bertambah atau berkurang berbanding hari-hari biasa.

Masalah ini tidaklah berbahaya, hanya sahaja ia memberi kesan tidak selesa kepada seseorang wanita itu.

Selain dari pil hentikan haid di farmasi ini, anda juga boleh baca artikel tentang kesihatan wanita yang lain seperti:

Rujukan:

  1. Most Common Birth Control Pill Side Effects. Medical News Today
  2. Al-Kafi #478: Hukum Jemaah Haji Wanita Mengambil Pil Pencegah Haid. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. How Can I Delay My Period? NHS UK

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.