Tempoh berpantang mengambil masa sehingga darah haid nifas kering lebih kuran 40 hari ke 60 hari. Jika darah haid nifas kering dengan lebih cepat maka si ibu tidak perlu berpantang lagi. Cuma perlu lebih berhati-hati jikalau hormon tidak stabil. Dalam islam jugak tidak digalakkan berpantang sehingga 100 hari. Ramai doktor-doktor pakar juga telah berkongsi info mengenai tempoh berpantang.

Dalam tempoh penyusuan anak kemungkinan untuk hamil lagi sekali rendah tetapi tidak bermakna si ibu tidak boleh hamil. Bagaimanakah si ibu boleh hamil semasa tempoh penyusuan?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai punca tidak datang haid selepas bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Hamil ketika dalam tempoh penyusuan

punca tidak datang haid

Imej via lunatots.com

Ramai ibu menyangka lactational amenorhoea bererti “tidak subur” dan ibu tidak akan hamil ketika menyusukan bayi. Ini sama sekali kurang tepat. Perlu difahami apabila bayi yang disusukan berusia kosong hingga enam bulan, 90% daripada wanita yang menyusukan anak secara eksklusif tidak hamil.

Punca haid tidak datang

Jika anda tidak menyusukan anak secara eksklusif dan masih juga tidak didatangi haid, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan untuk mengetahui puncanya.

Berikut adalah 6 sebab-sebab mengapa seseorang wanita itu tidak didatangi haid.

📍 Mengandung.

📍 Mengalami masalah hormon.

📍 Masalah ovulasi yang belum berlaku.

📍 Stres.

📍 Kurang tidur.

📍 Wanita yang terlalu kurus atau obes.

#1: Kemungkinan hamil

Sebab utama tidak datang haid ialah mengandung. Mungkin anda terkejut tetapi ramai wanita yang menyusukan anak sering bertanya bilakah haid akan datang, tiba-tiba mereka merasa tendangan janin di dalam rahim. Oleh itu, bagi ibu yang tidak didatangi haid disarankan melakukan ujian “urine pregnancy test” bagi menentukan sama ada hamil atau tidak.

#2: PCOS

Kemungkinan yang kedua ialah masalah hormon. Terdapat pelbagai jenis hormon di dalam tubuh wanita yang mengganggu kitaran haid. Antaranya masalah hormon tiroid, Polycystic Ovarian Syndrome dan hyperprolaktinemia. Doktor yang merawat akan melakukan ujian bagi mengenal pasti masalah ini.

#3: Tidak berlaku ovalusi

Haid tidak datang juga boleh disebabkan oleh kilang ovari yang belum mengalami ovulasi. Selepas melahirkan bayi, haid hanya akan datang semula jika berlakunya ovulasi. Adalah sukar untuk menentukan bila ovulasi akan berlaku. Tetapi bagi mereka yang menyusukan bayi, proses ovulasi ini mungkin akan berlaku lebih lambat.

#4: Stres

Masalah stres dari segi mental dan fizikal boleh menyebabkan darah haid tidak muncul tiba. Kurang tidur juga merupakan sejenis “stres” dan ini juga mempengaruhi kitaran haid kita.

#5: Berat badan dan ketidakseimbangan hormon

Selain itu, masalah berat badan juga boleh mempengaruhi kehadiran haid dalam hidup seseorang wanita. Kadang kalau masalah berat badan dan ketidakseimbangan hormon juga sering berkait dan menyebabkan haid tidak datang. Misalnya, pesakit hypothyroid akan mengalami pertambahan berat badan dan mengalami masalah haid. Oleh itu dapatkan rawatan doktor jika anda mengalami mana-mana gejala-gejala yang tertera seperti di atas.

*Jika tidak mahu hamil setiap tahun, makanlah pil perancang dan jangan pernah sesekali skip makan pil. Si suami juga perlu menjaga si isteri kerana bersalin bukanlah perkara yang mudah untuk isteri lakukan. Seelok-eloknya biarlah anak jarak 2 atau 3 tahun agar mereka dapat rasa bermanja-manja sebelum memiliki adik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.