Persediaan sebelum anak masuk preschool adalah penting untuk memastikan bahawa mereka siap secara fizikal, emosional, dan mental untuk menghadapi pengalaman baru ini.

Namun apakah persediaan sebelum anak masuk preschool yang ibu bapa perlu lakukan agar anak boleh menyesuaikan diri dengan baik?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan persediaan sebelum anak masuk preschool yang perlu anda tahu.

1. Berkomunikasi dengan preschool

Persediaan sebelum anak masuk preschool yang pertama adalah ibu bapa menjalinkan hubungan yang baik dengan sekolah dan para guru.

Kanak-kanak mendapat keyakinan daripada melihat interaksi yang mesra dan positif antara orang-orang yang penting dalam kehidupan mereka, seperti ibu bapa dan guru mereka.

Komunikasi yang baik dengan guru anak anda membantu anda berkongsi maklumat yang berkaitan supaya guru mengetahui cara terbaik untuk mendidik, mengajar dan berhubung dengan anak.

Contohnya, anda mungkin boleh memberitahu guru mereka tentang hobi, cita-cita atau aktiviti anak-anak di rumah bagi memudahkan mereka mencorak pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan keperluan anak.

2. Memberikan maklumat penting

Persediaan sebelum anak masuk preschool yang seterusnya adalah pastikan anda memberikan informasi penting kepada sekolah, seperti sejarah perubatan anak, alahan kepada makanan, dan nombor telefon ketika kecemasan.

Hal ini penting agar sekolah dapat memberikan perhatian yang penuh kepada anak apabila berlaku sesuatu yang diluar jangka.

3. Memenuhi syarat administratif

Pastikan semua syarat kemasukan anak ke preschool di patuhi termasuklah dari segi dokumen administratif berkaitan pendaftaran anak telah lengkap dan diserahkan kepada sekolah sesuai dengan tempoh waktu yang ditetapkan.

4. Membuat jadual harian yang sesuai

Buatlah jadual rutin yang sesuai dengan jadual sekolah anak sebagai persediaan sebelum anak masuk preschool.

Ini termasuklah dari segi waktu bangun tidur, makan, dan bermain. Hal ini akan membantu anak menyesuaikan diri dengan rutin baru di preschool.

Merancang rutin sebenarnya boleh membantu anak anda berasa selamat dan terjamin khususnya apabila berlaku sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka.

Anda boleh menyediakan rutin pada waktu pagi – contohnya, bangun, bersarapan, membersihkan gigi, berpakaian, memakai pelindung matahari, mengemas bekal makan tengah hari dan pergi ke sekolah.

Mahu lebih menarik, anda juga boleh membuat carta dengan gambar yang menunjukkan langkah-langkah yang berbeza dalam setiap rutin tersebut.

5. Memperkenalkan konsep sekolah

Ajak anak berkomunikasi tentang apa yang akan mereka akan lalui di preschool, seperti bermain dengan kawan-kawan, belajar, dan pelbagai lagi kegiatan yang menyeronokkan.

Cara ini sebenarnya akan membantu anak merasa lebih mantap dari segi secara emosional dan mental.

6. Memperkukuhkan ketrampilan diri

Latihlah anak untuk melakukan tugas-tugas secara sendiri seperti memakai pakaian, membersihkan diri, dan membawa beg sendiri untuk persediaan sebelum anak masuk preschool.

Keterampilan diri yang baik akan mempengaruhi anak-anak berasa selesa dan berkeyakinan diri semasa berada di preschool.

7. Mengasah ketrampilan sosial

persediaan sebelum anak masuk preschool

Ajarkan anak tentang pentingnya berkongsi, bekerjasama, dan berkomunikasi dengan baik dengan kawan-kawan sebaya untuk memperkuatkan lagi keterampilan sosial mereka.

8. Siapkan kelengkapan sekolah anak

Pastikan anak memiliki semua kelengkapan yang diperlukan seperti beg sekolah, alat tulis, dan kelengkapan lainnya sesuai dengan yang diberikan oleh sekolah.

9. Relax, jangan panik

Orang tua perlu mengatasi rasa panik mereka sendiri apabila menghantar anak ke preschool.

Cuba bergaul dengan orang tua pelajar yang lain atau yang mengalami masalah yang sama seperti anda untuk mendapatkan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan dapat membantu mengurangkan rasa cemas tersebut.

10. Sentiasa memberi sokongan

persediaan sebelum anak masuk preschool

Ibu bapa sebagai sistem sokongan utama harus memainkan peranan yang positif dalam memberi dorongan kepada anak-anak yang sedang melalui fasa peningkatan umur

Berikan anak anda sokongan yang cukup agar mereka yakin, teruja, gembira, dan seronok untuk pergi ke sekolah.

Dengan melakukan persiapan yang matang, baik dari segi fizikal mahupun emosional, anak akan lebih bersedia untuk memulakan perjalanan mereka di preschool dengan penuh keyakinan diri.

Selain dari persediaan sebelum anak masuk preschool ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan perkembangan kanak-kanak seperti:

Sumber:

  1. How to Prepare Your Child For Preschool. Unicef
  2. Top 9 Things You Can Do to Prepare for Your Child’s First Time at Nursery. XWA

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.