Apakah hukum rotan anak dalam Islam sehingga menyebabkan kecederaan walaupun dengan dengan niat untuk mendidik?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum rotan anak dan kaedah mendidik anak mengikut sunnah yang perlu anda tahu.

Kaedah mendidik anak-anak

hukum rotan anak

Menurut perpektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama.

Dalam Al-Quran, Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman Al-Hakim kerana usaha mereka dalam mendidik anak menjadi anak yang soleh.

Allah SWT berfirman dalam surah Maryam, ayat 55:

وَكَانَ يَأْمُرُ اَهْلَهٗ بِالصَّلٰوةِ وَالزَّكٰوةِۖ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهٖ مَرْضِيًّا

Maksudnya: “Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!”

Berikut adalah peringkat dalam mendidik anak mengikut tahap perkembangan:

1. Ketika anak dalam kandungan

  • Mengamalkan surah untuk bayi dengar
  • Makan makanan yang berzat
  • Perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku pada dirinya

2. Setelah anak dilahirkan

  • Azankan ke telinganya
  • Suapan pertama (benda yang manis seperti kurma yang telah dilumatkan dan madu)
  • Akikah pada hari ketujuh dengan menyembelih kambing dan diberi nama serta dicukur kepalanya pada hari itu
  • Ibu hendaklah makan makanan yang halal
  • Mendoakan anak semasa menyusu
  • Menyanyikan lagu seperti menyebut kalimah Allah semasa mendodoikan bayi

3. Umur anak sehari – 5 tahun

  • Mendidik mereka dengan cara bermesra, bermain dan bergurau
  • Secara santai dan menghiburkan
  • Hindarkan daripada mengucapkan perkataan “jangan”
  • Cara terbaik ialah menggantikan perkataan “jangan” itu dengan sesuatu perkataan yang positif

4. Umur anak 5-7 tahun sehingga akil baligh

  • Menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak
  • Didik “life lessons” seperti cara-cara berinteraksi dengan orang, menghormati hak orang lain dan sebagainya
  • Anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa

5. Adab-adab perlu ibu didik semasa anak 5-7 tahun

  • Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibu bapanya
  • Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya
  • Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik
  • Mengajar anak-anak bergaul dengan rakan-rakan
  • Mengajar anak adab makan minum yang baik
  • Mengajar anak adab berpakaian
  • Mengajar adab dan bangun daripada tidur
  • Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas

6. Umur anak 14 – 21 tahun

  • Pada tahap ini, ibu bapa seeloknya mendekati anak-anak dengan cara seperti mana kita berkawan
  • Ibu bapa disarankan menjadi pendengar yang baik, selalu bertanya akan pandangan mereka dalam hal-hal kehidupan
  • Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan sahsiah remaja kerana didikan agama yang sempurna membolehkan golongan remaja membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk.
  • Luangkan masa untuk mendidik anak-anak dengan ajaran agama sejak kecil.

7. Selepas umur 21 tahun

  • Fasa ini adalah masa ibu bapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri
  • Ibu bapa jangan penat menasihati anak

Hukum rotan anak dalam Islam

hukum rotan anak

Hukum rotan anak dengan cara yang melampau sehingga menyebabkan kecederaan adalah haram.

Ini jelas kerana Islam menolak akan sebarang bentuk kekerasan sekalipun ia berkaitan dengan perkara kebaikan dan melarang kepada perbuatan yang memberi mudharat.

Adapun konsep merotan anak dalam Islam adalah lebih kepada mendidik serta membentuk adab dan bukannya menghukum.

Cara hukuman yang bahaya pada anak

Ibu bapa yang dikuasai dengan amarah dan tertekan biasanya akan hilang pertimbangan dan menghukum anak dengan cara yang berbahaya.

Antara hukuman yang berbahaya pada anak yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:

  • Pukul kepala dan muka anak
  • Campak anak ke lantai dan dinding
  • Baling barang pada anak
  • Pukul sampai luka dan lebam
  • Menggoncang anak

Cara mendenda anak yang betul

Dalam kaedah mendidik anak, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pihak ibu bapa untuk dikenakan kepada anak adalah seperti nasihat dengan lidah, teguran dengan lemah lembut, dan dua cara lain iaitu merotan dan memukul.

Namun perlu anda tahu, konsep merotan dan pukulan kepada anak-anak di dalam Islam adalah lebih kepada proses pendidikan dan membentuk adab, dan bukannya bersifat menjatuhkan hukuman.

Islam meletakkan beberapa kriteria dalam menjalankan proses tersebut:

Dalam merotan anak-anak, sebatan tidak boleh dilakukan dengan melebihi 10 kali. Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Burdah al-Ansari R.anh bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا يُجْلَدُ فَوْقَ عَشَرَةِ أَسْوَاطٍ إِلَّا فِي حَدِّ مِنْ حُدُودِ اَللَّهِ

Maksudnya: Tidak disebat seseorang itu melebihi sepuluh kali sebatan kecuali pada (hukuman) had daripada hudud-hudud Allah S.W.T. – (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6456)

Rotan pula hendaklah dengan niat untuk mendidik anak-anak serta membentuk peribadi mulia pada diri mereka dan bukannya untuk menghukum anak-anak dan mencederakan mereka.

Berkenaan dengan memukul pula, ibubapa dilarang untuk memukul ke bahagian muka anak-anak.

Ini kerana, terdapat larangan daripada Nabi SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah anh bahawa baginda bersabda:

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ

Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bergaduh maka hendaklah dia menjauhi (dari memukul) muka.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 2612)

Memukul juga tidak boleh menyebabkan kerosakan dan kemudaratan pada tubuh badan anak-anak.

Ini sebagaimana yang kami nyatakan, tujuan dipukul adalah bersifat ta’dibi (memberi pendidikan) dan bukannya ta’qibi (memberi hukuman dan seksaan).

YouTube video
Tips Didik Anak Cara Rasulullah | Ustazah Isfadiah

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan hukum rotan anak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Selain dari hukum rotan anak ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hukum dalam Islam seperti:

Sumber:

  1. Al-Kafi #661: Hukum Merotan Anak Sehingga Cedera. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Kewajaran rotan dalam mendidik anak dan tatacara pelaksanaannya. USIM
  3. Hukuman Fizikal Dalam Mendidik Anak-Anak. Institusi Kefahaman Islam Malaysia

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.