Pembersih udara atau air purifier menjadi sebuah teknologi baru yang tanpa kita sedar sebenarnya sedang meningkatkan tahap kesihatan keluarga anda. Ikhtiar terbaik dan termoden untuk membersihkan udara dari kotoran sekaligus meningkatkan kualiti udara ini hadir bersama sistem penapisannya yang canggih dan luar biasa. 

Hari ini, setiap hari 99 peratus penduduk dunia menghirup udara yang tercemar. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Udara yang kotor dengan bahan-bahan tercemar menjadi penyebab kepada jutaan nyawa menjadi mangsa di seluruh dunia. Bagi keselamatan, kesejahteraan, dan kesihatan keluarga, kita tentu mahukan yang terbaik untuk mereka yang tersayang. 

Bagi anda yang sedang membuat pilihan, ini adalah 8 jenis pembersih udara yang terbaik untuk dimiliki.

1. Sterra Breeze™ True HEPA-13 Air Purifier (kualiti setanding hospital)

Sterra Breeze™ True HEPA-13 Air Purifier mempunyai kemampuan untuk membersihkan zarah di udara sehingga 99.95%. Kualiti model ini sama setanding dengan alat penapis udara di hospital dan pusat kesihatan. Untuk penulen udara gred perubatan, ini adalah sama baik, jika tidak lebih baik, daripada jenama terkenal lain pada harga yang sangat berpatutan.

Sterra Breeze berkuasa sehingga ia juga boleh menghilangkan bulu dan bulu haiwan peliharaan yang biasanya dikaitkan dengan alahan.Dengan sekelip mata, semua jenis partikel kotor di udara termasuklah virus dan bakteria selebar 0.1 μm pun mampu diasing dan disingkirkan. Saiz nampak kecil, tetapi fungsinya cukup berkuasa tinggi dan efisien untuk membersihkan 100% keliling kawasan yang seluas 80m² . 

Menariknya True HEPA-13 ini ialah ia mempunyai varian ION dan peningkatan UV Tech yang berfungsi untuk membunuh sebarang jenis bakteria dan virus di ruang udara anda. Ia beroperasi dengan senyap seperti bisikan supaya anda boleh membiarkannya semasa tidur dan masih dapat tidur dengan tenang. Ianya juga sangat ringan. Anda boleh membawanya dengan sangat mudah (4.6kg) dan mempunyai pemegang untuk mudah dibawa.

Sterra Breeze™ HEPA-13 sejati menjamin 40% penjimatan elektrik dan pada masa yang sama menjadikan kualiti udara anda lebih bersih dan selesa. 

Pasti berbaloi dengan pembelian ini. Sterra Breeze Pembersih udara menjadikan rumah anda segar, benar-benar bersih dan sihat untuk seisi keluarga anda.

Dapatkan Sterra Breeze Air Purifier anda dengan hanya RM1099 dan termasuk penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Dengan harga yang berpatutan, tidak hairanlah Sterra Breeze Air Purifier adalah Pembersih Udara Terbaik #1.

Beli Sterra Breeze di sini

2. Panasonic F-PXU70 Nanoe X Air Purifier (menggunakan teknologi Nanoe X)

Fungsi dua dalam satu yang ditawarkan oleh Panasonic F-PXU70 ini mampu menjadi penapis udara dan air humidifier di kediaman anda. Tidak ada di mana-mana, hanya dengan teknologi Nanoe X untuk membebaskan radikal yang berkuasa membasmi bakteria, virus, alergen yang bebas di udara.

Bagi yang mempunyai masalah bau asap rokok di rumah, jangan risau juga kerana model ini ada ciri penyahbauan. Bau asap rokok yang sangat kuat pun boleh hilang dalam masa 1 jam sahaja. 

3. PerySmith Air Purifier AURORA Series H13 (ada sensor pintar)

Penapis udara paling pintar abad ini sudah tentulah PerySmith Air Purifier AURORA. Dengan sensor A12 pintar yang berupaya mengumpul segala maklumat mengenai bahan pencemar udara, ia boleh diselaraskan pelbagai mod pembersihan.

Namanya yang seanggun rekannya bakal menjadikan ruang rumah anda lebih kemas dan menarik sebagai sebuah hiasan yang mampu membunuh virus hingga 99.9% keberkesanan. 

4. Sharp Air Purifier FPJ30L (paling senyap tetapi berkuasa tinggi)

Kadang kala ada sesetengah pembersih udara yang menghasilkan bunyi-bunyian tertentu sehingga kita jadi terganggu semasa tidur. Setiap barangan elektrik pasti ada tahap bunyi kebisingannya yang tersendiri.

Untuk Sharp Air Purifier FPJ30L ini, anda tidak perlu risau dengan masalah bunyi bising lagi. Dengan tahap kebisingan sekitar 23 – 44 dba sahaja tidak mengurangkan fungsinya tersenarai di antara penapis udara terbaik bagi tahun 2022. 

5. Xiomi Air Purifier 3H (kawalan di hujung jari)

Jenama Xiomi memang sentiasa aktif dalam penghasilan gajet dan produk elektrik tercanggih setanding jenama-jenama hebat di luar sana. Kali ini Xiomi memperkenalkan penapis udara dengan kawalan di hujung jari sahaja!

Ia menggunakan aplikasi Mi Home juga Google Assistant yang mampu memberi arahan dan kawalan secara mudah dari telefon anda. Selain itu, kombinasi kipas Centrifugal dan berus custom kurang motor akan memberikan kemasan yang menyeluruh kepada tugas pembersihan dan penapisan udara.

Tidak cukup dengan itu? Anda diberikan 6 jenis mod pilihan yang boleh disesuaikan ketika menggunakannya seperti tidur, automatik, kegemaran, rendah, sederhana, dan tahap tinggi. 

6. Dyson Pure Cool Air Purifier Tower Fan TP07 (Allergy Standards Limited)

Risau anak tidur dalam keadaan terlalu sejuk tetapi mahukan kualiti udara yang baik? Dyson Pure Cool solusi terbaik untuk anda pilih. Ia mempunyai mod penapis udara terbaik dalam membersihkan udara tanpa penyejukan.

Bukan itu sahaja malah Dyson Pure Cool juga memiliki Allergy Standards Limited, yang mana penggunaannya tidak akan menyebabkan asma dan mesra alergi. Ini khusus bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan atau menghidap asma.

Rekaannya sangat ranggi dan unik dengan HEPA Kaca yang berfungsi padu memerangkap 99.95% alergen mikro dan pencemar sekecil 0.1 μm. 

7. Philips Air Cleaner AC2887/30 (3 mod pembersihan automatik)

Lain dari yang lain, model pembersih udara Philips Air Cleaner AC2887/30 ini dilengkapi dengan tiga jenis tetapan pembersihan automatik. Ini termasuklah mod umum, mod alergen yang sangat sensitif jika ada sesiapa yang sakit di rumah, serta mod bakteria dan virus untuk memastikan tidak ada sesiapa yang dijangkiti.

Benteng kawalan kukuh Philips Air Cleaner tampaknya bertambah kuat lagi kerana ia turut dilengkapi dengan teknologi penapisan AeraSense berkuasa dalam menghapuskan 99,97% virus serta zarah aerosol hanya dalam masa sejam sahaja!

8. Midea 4-Stage Filtration System Air Purifier MAP-20BD (menghilangkan masalah bau)

Dikenali sebagai penapis udara yang mempunyai 4 peringkat sistem penapisan. Ia menjanjikan kepuasan yang cukup hebat dengan kemampuan  menapis udara sekitar kawasan dengan luas 20m².

Bukan sahaja udara bersih, malah bau-bauan yang tidak menyenangkan di dalam rumah seperti bau asap rokok, vape, bau najis haiwan peliharaan, asap api, atau sebagainya yang melekat pun boleh hilang.

Terlalu banyak model pembersih udara di pasaran Malaysia ini untuk kita pilih. Kadang kala membuatkan kita jadi rambang mata. Namun, pilihlah yang terbaik demi kesihatan yang berpanjang keluarga anda. 

Jemput juga baca artikel lain seperti:

Penulis: Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.