Kita adalah apa yang kita makan. Elok makanan yang masuk ke dalam mulut kita, maka sihatlah tubuh badan dan minda kita. Makanan berkhasiat adalah salah satu keperluan tubuh badan bagi setiap peringkat umur, bermula dari bayi sehingga orang tua. Kegagalan untuk mendapat makanan berkhasiat bukan sahaja akan menyebabkan kita kurang sihat secara fizikal, malah akan mempengaruhi kecerdasan otak juga.

Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengetahui apakah makanan berkhasiat yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam menu harian. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai makanan berkhasiat yang bukan sahaja baik untuk kesihatan malah membantu tubuh untuk kekal langsing tanpa perlu bersenam atau berlapar.

Jom lihat makanan untuk kekal langsing. Semoga bermanfaat buat anda.

 

makanan untuk kekal lansing

Sumber: Astrogempak

1. Epal

Makanan berkhasiat yang pertama ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini ialah epal. Biasa dengar pepatah inggeris “ An apple a day keep the doctor away”? Pepatah ini adalah sesuatu yang bukannya omong kosong semata-mata. Kajian yang dijalankan di negara barat sejak dulu lagi telah membuktikan bahawa epal adalah sangat baik untuk kesihatan manusia. Di antara kebaikan yang ada dalam epal ialah:

  • Kaya dengan serat yang membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman dan kesihatan usus.
  • Epal juga kaya dengan vitamin C. Yang ini mungkin anda tak tahu kerana biasanya bila sebut vitamin C secara automatik kita akan teringatkan buah oren.
  • Epal juga adalah kaya dengan prebiotik iaitu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan membunuh bakteria jahat yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
  • Epal bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja dalam bentuk buah malah boleh dijadikan sebagai jus dan juga cuka epal. Cuka epal mempunyai pelbagai manfaat kesihatan seperti menurunkan berat badan, menurunkan paras kolesterol, meningkatkan imuniti, dan sebagainya. Bagi anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, boleh amalkan minum satu sudu cuka epal yang dicampurkan dengan segelas air suam setiap pagi semasa perut masih kosong. Lihat kesanya selepas sebulan, anda pastinya teruja.
  • Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan epal sebagai menu harian kurang terdedah kepada risiko penyakit diabetes, obesiti dan penyakit jantung.

2. Bawang putih

Pastinya anda tahu bahawa bawang putih adalah salah satu makanan berkhasiat yang sangat membantu dalam penjagaan kesihatan dan dalam masa yang sama membantu anda untuk kekal langsing. Di antara kebaikan bawang putih ialah:

  • Kajian berterusan yang dilakukan oleh saintis di dengara barat menunjukkan bahawa bawang putih sangat berkesan untuk menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh badan. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah kolesterol tinggi, masukkan bawang putih yang banyak ke dalam masakan anda setiap hari untuk membantu mengawal masal kolesterol anda.
  • Selain menurunkan kadar kolesterol, kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih membantu menurunkan kadar trigliserida iaitu lemak jahat dalam darah. Penurunan kadar triglesia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang optimum dan mengelakkan masalah arteri tersumbat, sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Menurut Institut Kanser Nasional, bawang putih adalah salah satu makanan yang sangat berkesan untuk mencegah kanser. Ketahuilah bahawa bawang putih adalah makanan anti kanser yang sangat murah. Oleh itu apa lagi? Jom masukkan bawang putih banyak-banyak ke dalam masakan setiap hari.
  • Bawang putih juga membantu untuk menyahtoksik bahan merbahaya yang masuk ke dalam tubuh badan melalui makanan. Di antara logam berat dan merbahaya yang boleh dikeluarkan oleh bawang putih ialah merkuri dan kadmium.
  • Bawang putih juga bersifat antibakteria. Jika anda sedang mengalami masalah jangkitan bakteria, kuman, atau kulat, salah satu daripada alternatif yang boleh anda lakukan selain mengambil ubat ialah dengan memakan banyak bawang putih.
  • Akhir sekali, bawang putih membantu meningkatkan imuniti tubuh badan. Individu yang mengamalkan bawang putih lebih kuat dan tidak mudah diserang demam, batuk, dan selsema.

3. Brokoli

Tidak dapat dinafikan bahawa sayur-sayuran hijau adalah makanan berkhasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Di antara sayuran hijau yang boleh anda masukkan dalam diet seharian ialah brokoli. Rasanya bukan sahaja enak malah boleh dipelbagaikan cara masakannya. Malah anak-anak juga biasanya tidak akan menolak apabila dihidangkan masakan yang mempunyai brokoli.

Di antara khasiat dan kebaikan yang ada dalam sayur brokoli ialah seperti berikut:

  • Brokoli kaya dengan serat yang membantu sistem penghadaman dan menjaga kesihatan usus.
  •  Kaya dengan vitamin K.
  • Brokoli mengandungi jumlah Vitamin C yang sangat tinggi. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang utama yang membantu mengatasi radikal bebas dalam tubuh badan.
  • Oleh kerana brokoli kaya dengan serat, ia adalah sangat baik untuk anda yang sedang berazam untuk kurus. Ini kerana serat adalah di antara komponen makanan yang sangat penting dalam diet harian seseorang individu yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ini kerana serat membantu anda untuk kenyang dengan lebih cepat dan membantu sistem penghadaman berfungsi pada tahap optima.

4. Ikan salmon

Perkara pertama yang mungkin bermain di fikiran anda apabila menbaca perkataan ikan salmon, pastinya tentang harganya yang agak mahal. Tahukah anda bahawa terdapat pasaraya dan hypermarket yang menjual ikan salmon dengan harga yang sangatb murah. Apa yang penting, anda kena rajin untuk membandingkan harga. Ikan salmon adalah makanan berkhasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja kaya dengan pelbagai khasiat malah membantu anda untuk kurus.

Di antara kebaikan yang ada dalam ikan salmon ialah:

  • Kaya dengan asid lemak omega 3 yang terbukti sangat membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan dan juga mengurangkan risiko penyakit merbahaya terutamanya sakit jantung dan membantu mengatasi kolesterol.
  • Membantu meningkatkan daya ingatan, maka sangat membantu anak-anak dalam pembelajaran.
  • Membantu meningkatkan tahap focus seseorang individu. Sangat baik untuk membantu anak-anak yang berada di alam persekolahan.
  • Membantu membakar lemak, yang ini berita gembira untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
  • Kaya dengan magnesium, potasium, selenium dan juga vitamin B.
  • Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan ikan salmon dalam diet seharian mempunyai daya tahan melawan kemurungan dan masalah penyakit nyanyuk di kemudian hari.

Itulah dia info tentang makanan berkhasiat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang makanan berkhasiat, dan jenis makanan yang tidak baik untuk anak.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.