Nak tahu makanan penyebab gout. Gout datang daripada perkataan Latin gutta yang bermaksud jatuh atau menurun yang menggambarkan ‘racun’ yang jatuh ke kawasan sendi yang menyebabkan sakit gout.
Turut dikenali sebagai hyperuricaemia, gout dikatakan berlaku apabila terdapat kandungan asid urik yang tinggi dalam sistem tubuh. Namun, bukan semua orang yang mempunyai kandungan aisd urik yang tinggi dalam tubuh akan menghidap penyakit gout ini.
Pembentukan kristal atau lebih spesifik lagi kristal monosodium urate dalam bendalir di dalam sendi pesakit akibat kandungan asid urik yang tinggi mengakibatkan keadaan gout ini. Terdapat juga keadaan yang seakan-akan gout yang menunjukkan simptom seperti sakit gout tetapi hanyalah pembentukan kristal lain seperti kristal kalsium atau kristal pirofosfat yang bersifat sementara.
Masalah gout atau keradangan di bahagian sendi ini mudah dihidapi golongan lelaki yang berusia lebih 50 tahun, menjejaskan kira-kira 1-2% lelaki dewasa di negara-negara Barat. Lelaki dewasa adalah lebih berisiko untuk mendapat gout berbanding wanita dan kanak-kanak disebabkan kandungan asid urik di dalam tubuh lelaki yang lebih tinggi akibat hormone dan proses akil baligh serta penuaan.
Antara punca berlakunya gout yang telah dikenal pasti ialah:
Perubatan moden mencadangkan pengambilan ubat-ubatan seperti NSAID, steroid dan colchicine yang dipreskrib oleh doktor perubatan sahaja. Hal ini disebabkan penggunaan ubatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan jika tidak dipantau dengan rapi oleh pakar perubatan bertauliah.
Oleh itu, artikel ini akan menghuraikan penjagaan dan pencegahan penyakit gout dari sudut tabiat amalan pemakanan.
Jom lihat makanan penyebab gout. Asid urik yang tinggi adalah disebabkan diet makanan yang mengandungi komponen purine yang tinggi. Purine merupakan sebatian induk utama yang apabila memasuki sistem pencernaan tubuh, akan diuraikan menjadi asid urik. Maka, semakin banyak pengambilan yang mengandungi purin, semakin tinggi lah kandungan asid urik dan kristal gout yang dihidapi seseorang. Penyelidik dan doktor perubatan dari Hospital Nottingham, UK menyenaraikan beberapa makanan utama berikut yang mengandungi kandungan purine yang sangat tinggi yang perlu dielak oleh pesakit gout:
Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan risiko yang ketara sebanyak 41% dan 51%, masing-masing bagi pengambilan makanan daging merah dan makanan laut. Sementara itu, pengambilan alkohol merupakan faktor utama yang memang akan menyebabkan alkohol apatah lagi pesakit gout yang akan diserang simptom keradangan gout serta-merta jika terlalu kerap mengambil alkohol.
Kajian tersebut turut menambah bahawa diet sebegini yang diamalkan oleh pesakit yang turut menghidap penyakit seperti Lesch-Nyhan (kekurangan enzim HGPRT), penyakit myelo dan penyakit limfo-proliferative akan meningkatkan lagi risiko penyakit gout ini. Penguraian purin kesan daripada pengambilan makanan ini akan menyebabkan kandungan asid urik bertambah dalam badan pesakit gout dan sememangnya disarankan untuk elakkan daripada makan makanan tersebut atau mengambilnya pada kadar yang sangat sedikit dan terkawal.
Pencegahan atau rawatan meredakan simptom gout turut boleh dilakukan secara diet makanan yang sesuai. Antara cadangan tips diet bagi mereka yang mengalami masalah gout atau ingin mencegah penyakit gout adalah seperti berikut:
Walaupun produk tenusu seperti susu minuman, keju, yoghurt dan sebagainya ini tinggi protein, kandungan protein tersebut tidak akan memudaratkan simptom gout yang berpunca daripada purine dan asid urik. Malah, kajian lepas membuktikan bahawa diet tinggi protein daripada produk tenusu ini mampu menurunkan risiko gout sebanyak 44%.
Tambahan lagi, diet ini akan membantuk pengurangan asid urik dengan menggalakkan perkumuhan dan penyingkiran asid urik melalui air kencing.
Penyelidik di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Universiti Rowan, New Jesey pada tahun 2014 mengulas mengenai amalan diet Mediterranean yang dilaporkan mampu mengurangkan risiko gout dan kesan gejala gout.
Diet ini terdiri daripada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan legume yang sangat banyak, diikuti oleh pengambilan protein seperti ikan dan ayam yang sederhana dan daging merah yang sangat sedikit. Minyak zaitun digunakan sebagai bahan utama dalam setiap hidangan (justeru namanya Mediterranean).
Kajian tersebut turut mengulas peranan buah ceri dan ekstrak ceri yang mampu menurunkan risiko dan gejala gout. Kandungan anthocyanins dan sifat antikeradangan serta antioksidan dalam buah ceri telah dikenal pasti membantu dalam mengurangkan risiko penyakit gout ini.
Pengurangan sebanyak 45% risiko gout diperhatikan terhadap pesakit kajian yang diberi ekstrak ceri ini. Malah, apabila digandingkan bersama ubat moden yang dikenali sebagai allopurinol, risiko gout didapati semakin menurun sebanyak 75%.
Masalah dehidrasi sebenarnya akan menyebabkan masalah gout yang lebih serius. Terutamnya bagi pesakit gout yang kerap melakukan aktiviti fizikal dan kerja-kerja berat yang mengeluarkan peluh. Kekurangan air yang mencukupi dalam tubuh badan akan menyebakan kandungan garam dan asid urik yang tinggi. Seterusnya, kristal gout akan banyak terbentuk yang sememangnya akan menambah rasa sakit dan keradangan pada sendi gout.
Oleh itu, pengambilan air yang mencukupi dapat membantu mengurangkan kepekatan asid urik dan memudahkan proses perkumuhan dan penyingkiran asid urik dari dalam tubuh.
Selain diet makanan yang tertentu, pesakit gout perlu lah mengubah gaya hidup supaya menjadi lebih sihat dan mengurangkan gejala keradangan yang dihidapi. Amalan diet berunsurkan buah buahan dan sayuran sememangnya berkesan dalam memberikan kesihatan yang baik. Namun, bagi mereka yang sedang menghidapi penyakit gout, sentiasa dengar dan ikuti arahan doktor perubatan yang merawat anda.
Jangan mudah terpedaya dengan produk jualan luar yang mendakwa pelbagai penawar kesihatan kerana produk tersebut berkemungkinan dijual atas motif keuntungan tanpa kajian sebenar. Tambah membimbangkan jika kandungan produk tersebut boleh memburukkan lagi keadaan dan penyakit yang dihidapi. Sesungguhnya, gaya hidup dan amalan pemakanan yang sihat merupakan kunci untuk kesejahteraan kesihatan.
Artikel meanrik lain.