Mencari tips makanan diet untuk kurus? Mendapatkan tubuh badan yang langsing, kurus dan menawan memang menjadi idaman setiap dari kita yang mahukan keyakinan diri, menarik perhatian orang lain atau tujuan-tujuan lain yang tertentu.
Bagi yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan, pastinya pelbagai cara akan diusahakan untuk mencapai berat badan yang ideal.
Selain melakukan aktiviti fizikal, senaman dan aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh, tips makanan diet juga boleh diamalkan untuk kurus. Kita janganlah terlalu bergantung kepada ubat-ubatan dan suplemen yang mendakwa boleh menurunkan badan dengan drastic pada tempoh masa yang sekejap. Hal ini demikian kerana kandungan kimia bahan dan ramuan suplemen tersebut mengandungi bahan yang berbahaya kepada tubuh kita, setidak-tidaknya untuk jangka masa yang panjang.
Oleh itu, artikel ini akan berkongsi mengenai antara contoh makanan yang boleh diamalkan sebagai tips makanan diet untuk kurus. Cadangan ini adalah berdasarkan hasil kajian penyelidikan saintifik yang dilaporkan oleh para penyelidik terdahulu (Mirmiran et al. 2014 dan Rao et al. 2013).
Namun, anda sentiasa disarankan supaya sentiasa memastikan jenis alahan makanan anda dan mendapatkan nasihat perubatan doktor kesihatan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan tips makanan untuk diet.
Produk berasaskan karbohidrat penuh boleh dijadikan sebagai sumber asas membekalkan tenaga dalam diet makanan kita. Ramai yang bimbang untuk mengambil makanan ‘berat’ yang mengandungi karbohidrat ini disebabkan kandungan kanji dan gulanya. Namun, makanan tersebut sebenarnya tidak bersalah! Mereka membantu membekalkan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian dan merupakan sumber serat yang tinggi untuk melancarkan sistem penghadaman.
Kesilapan yang biasa dilakukan yang menyebabkan berat badan makin bertambah dengan diet mengandungi sumber karbohidrat ini adalah apabila amaun yang diambil dalam komposisi yang sangat banyak atau berlebihan. Ditambah pula dengan hidangan sampingan yang banyak dan membahayakan kesihatan seperti berlemak, berminyak, tinggi gula dan garam. Amalan diet ini perlulah dalam kadar yang sedikit dan diulangi dengan kerap, bukannya hadap pada satu masa yang sama.
Sekiranya anda ingin mencari alternatif nasi yang sebelum ini menjadi sumber karbohidrat anda khuatir tabiat makanan anda tidak boleh dikawal dengan nasi dan lauk-pauk yang meriah, anda boleh cuba bijirin penuh sebagai ganti nasi yang sama-sama boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian.
Antara bijirin penuh yang boleh diambil ialah gandung penuh, oat, rye dan barli. Malah, beberapa kajian ada menerbitkan kesan pengambilan makanan ini yang membantu meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangankan saiz sel adiposity (lemak) yang seterusnya membantu kawalan gula dalam darah.
Berbanding bijirin halus, bijirin penuh ini merupakan makanan yang mengandungi polisakarida kompleks tidak tercerna termasuklah serat larut dan serat tidak alrut, inulin, beta glukan dan kanji rintang. Ringkasnya, semua kandungan ini akan menjadikan anda kenyang lebih lama dan tahan sepanjang hari. Di samping itu, sistem pencernaan anda akan menjadi lebih lancar. Cubalah!
Antara contoh kekacang yang boleh diamalkan adalah seperti kacang peas, kacang tanah, soya, kacang dhal dan kacang hijau. Kekacang merupakan sumber diet protein dan serat yang sangat bagus bagi mereka yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Namun, cara penyediaan memasak kekacang ini perlulah dikendalikan secara sihat seperti rebus atau kukus berbanding dimasak secara gorengan berminyak atau masak berlemak.
Di samping itu, protein dalam kekacang ini mampu menurunkan tahap kolesterol dalam plasma darah sebagaimana yang pernah dikaji sebelum ini. Kandungan protein yang tinggi juga boleh memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama, selain membantu proses pembaikan sel dan organ bagi mereka yang sedang mengalami masalah kegemukan yang ingin mengubah gaya hidup.
Aneka jenis lemon dan limau merupakan antara contoh buah-buahan sitrus yang boleh diambil sebagai tips makanan diet untuk kurus. Analisis makmal menunjukkan bahawa buah-buahan sitrus adalah kaya dengan sebatian aktif seperti lutein, betaine, rubisculins, asid p-cumaric, asid ferulik dan violaxanthine.
Sebatian tersebut sebenarnya membantu meningkatkan profil lipid anda dengan menyingkirkan kolesterol dari dalam tubuh. Tambah menarik, kapasiti antioksidan didapati meningkat dengan pengambilan diet buah-buahan sitrus, Hal ini bermaksud, anda boleh kelihatan lebih muda dan awet muda dengan kurangnya aktiviti penuaan apabila sebatian-sebatian tersebut bertindak sebagai antioksidan melawan radikal bebas dalam tubuh.
Berbanding beras putih, beras perang mempunyai indeks glisemik dan bekalan glisemik yang lebih rendah. Hal ini bermaksud, gula dalam beras perang adalah lebih sedikit untuk menyebabkan potensi kegemukan. Selain itu, berdasarkan analisis, beras perang mempunyai kandungan nutrien yang lebih banyak berbanding beras putih, antaranya:
Kajian klinikal membuktikan bahawa pengambilan diet beras perang berjaya mengawal kandungan gula dalam darah, dyslipidemia (kandungan lemak), fungsi endothelial, fungsi hati, dan obesiti terutamanya di bahagian abdominen (perut).
Kedua-dua buah tersebut sinonim dengan masyarakat Arab yang mengamalkan memakan buah-buahan tersebut. Kini, buah tin atau figs dan kurma kini mudah diperolehi walau di mana-mana kita berada.
Terdapat banyak khasiat yang tersimpan dalam buah-buahan ini. Sebagai contoh, kurma mampu memberikan perlindungan terhadap neuropati kencing manis dan melindungi buah pinggang akibat kerosakan oksidatif. Buah tin pula dilaporkan menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kepekaan insulin untuk mengawal gula dalam darah.
Tindakan sel yang berlaku disebabkan diet makanan buah-buahan ini sememangnya sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjadi lebih sihat, dan sangat sesuai diamalkan oleh mereka yangs sedang mencari tips makanan diet untuk kurus.
Satu kajian telah melaporkan penemuan yang menarik berkenaan fungsi tomato sebagai buah atau hidangan yang boleh membantu mereka yang sedang berusaha untuk kurus. Seeloknya buah tomato dimakan mentah seperti makan epal bagi mengekalkan zat dan nutriennya yang mungkin hilang jika dikenakan suhu tinggi apabila dimasak.
Hasil kajian tersebut mendapati bahawa tomato merupakan sumber makanan utama yang boleh membekalkan lycopene, beta karotena dan flavonoid. Sebatian ini semua membantu menurunkan tekanan darah dan kandungan lemak selain mengurangkan risiko kardiovaskular dan meningkatkan ciri antioksidan dan antipenuaan.
Jika anda kurang menggemari buah tomato, antara alternatif buah lain yang boleh dimakan ialah anggur dan tembikai. Kedua-duanya memiliki ciri khas yang sama dalam meningkatkan metabolisme dan mengawal berat badan.
Walaupun harganya agak mahal, adalah tidak rugi untuk mencuba menggunakan minyak zaitun dalam diet seharian. Tambahan pula, penggunaannya adalah dalam kadar yang sedikit, contohnya untuk dijadikan dressing salad dan minyak tumisan.
Dilaporkan, minyak zaitun sangat berkesan dalam menurunkan kandungan kolesterol dan pembentukan atherosclerosis atau pembekuan saluran pembuluh darah. Selain itu, kadar metabolisme badan akan menjadi lebih terkawal dan bertambah baik. Hal ini ternyata amat membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Diet makanan boleh dijadikan antara strategi untuk turunkan berat badan atau kurus. Namun, selain diet yang seimbang, gaya hidup yang sihat dan aktiviti fizikal yang cergas perlu tetap diamalkan.
Jemput juga baca artikel selain tips makanan diet untuk kurus ini: