Anak yang minum susu badan dan minum susu formula agak berbeza. Anak yang susu badan mendapat lebih banyak khasiat berbanding anak yang minum susu formula. Susu badan mempunyai omega 3, protein, kaya dengan laktosa dan pelbagai lagi.
Ibu yang tidak mempunyai susu badan yang banyak tidak perlu risau. Susu formula juga mempunyai khasiat seperti DHA dan AA, vitamin dan mineral dari sumber lain selain susu badan dan banyak lagi. Anak masih juga dapat membesar dengan baik dan sihat.
Anak yang menyusu badan agak susah untuk makan berbanding anak yang minum susu formula. Hal ini kerana anak yang menyusu badan sudan serasi dengan susu badan si ibu, maka mereka akan sentiasa berkepit dengan ibu untuk minta susu. Berbeza dengan anak yang minum susu formula, mereka tiada ikatan kuat dengan susu badan, maka mereka mudah untuk makan.
Bagaimana mahu latih bayi untuk makan agar mudah untuk mereka mula makan pada usia 2 tahun?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah latih bayi menyusu badan untuk makan. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.
1. Mula dari awal. Bila anak dah 6 bulan saja, ajarkan habit makan sebelum susu. Kalau lapar cari makanan.
2. Pastikan makanan yang diperkenalkan tu adalah real food, dan lengkap. Nasi + sayur + sumber protein. Walaupun 6-7 bulan, dan boleh kasi bubur nasi. Yang penting porsi tu, lebihkan serat seperti sayur sayuran yang pelbagai, supaya anak tak sembelit.
3. Kalau anak jenis suka pegang makanan sendiri, bila dah usia 8 bulan tu, boleh la amalkan baby led weaning. Buat finger food dari sayur / buah yang distim. Ataupun chicken / fish nuggets buatan sendiri. be creative please parents.
4. Dapatkan assessment sekiranya anak macam ada masalah sensory food aversion. Selalunya anakkelihatan picky dan hanya makanan makanan yang keras. Salah satu cara tangani adalah dengan terapi.
5. Kurangkan susu secara berkala. Target kita adalah untuk stop susu selepas 2 tahun. Kalau tak stop pun, kadang anak ni dia nak mengempeng je. Tu tak ada masalah. Pasal biasanya dia susu sekejap dah tidur, lebih kepada comfort.
Pertumbuhan boleh terganggu. Tengok berat tak naik naik. Kesihatan boleh terganggu, mudah sakit. Yang menyusu badan mungkin nampak immune system ok, tak selalu sakit. Tapi masalah pembesaran mungkin akan agak ketara.
*Cara latih anak yang menyusu badan untuk makan agak berbeza dengan anak yang minum susu formula. Anak yang minum susu formula lebih mudah untuk makan berbanding anak yang menyusu badan. Ikuti langkah ini, Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Usaha dan kesabaran perlu ada dalam diri. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.