Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Sebelum ini kita sudah belajar tentang kuih tradisional Cina yang ada menarik dan unik.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa jenis kuih tradisional India yang popular setiap kali tibanya perayaan mereka.
Menurut rekod, jumlah keseluruhan populasi penduduk Malaysia pada Julai 2016 adalah sebanyak 30,949,962 orang.
Dikatakan dari jumlah ini, 6.7% dari jumlah populasi terdiri daripada kumpulan etnik India, atau kira-kira dua juta orang.
90% daripada masyarakat India di Malaysia terdiri dari kumpulan etnik Tamil. Baki 10% pula terdiri daripada kumpulan etnik Telegu, Malayalee, Punjabi, Gujarati dan Sidhi.
Kaum India di Malaysia ini juga dapat bertutur dalam beberapa dialek bergantung kepada etnik mereka sendiri seperti bahasa Tamil, Telegu, Melayu, Hindi dan Punjabi.
Masyarakat India juga kaya dengan adat resam, tradisi dan budaya mereka yang unik. Setiap kali menjelang perayaan mereka, pastinya terdapat pelbagai aneka kuih tradisional India yang dikongsikan bersama.
Berikut ini kami kongsikan butiran lengkap mengenai aneka kuih tradisional India:
Murukku merupakan kuih trasional India yang dijadikan makanan ringan atau kudapan bagi kebanyakkan penduduk di Malaysia.
Rasanya yang berlemak dan ranggup memang sangat sedap dimakan bersama seisi keluarga.
Salah satu makanan ringan terkenal dalam kalangan masyarakat India adalah samosa. Ia dikategorikan sebagai pastri goreng yang disumbat dengan pelbagai jenis inti seperti kentang, rempah-ratus, herba, dan sebagainya.
Variasi jenis samosa yang ada dipasaran sekarang ini sudah diinovasi menjadi makanan bagi semua kaum seperti Melayu dan Cina.
Omapodi adalah kuih tradisional India yang diperbuat dengan campuran tepung, serbuk cili, garam, dan biji ajwain.
Jalebi atau nama lainnya jilapi atau zalebia adalah snek seperti gula-gula segar yang berbentuk lingkaran serta beriar dan sangat lazat dimakan ketika sarapan.
Manisan berasaskan susu ini adalah dari campuran gula yang kemudian direbus bersama. Setelah sebati dan mencair, ia akan diletakkan dalam bekas-bekas kecil atau acuan bercorak.
Apabila sudah sedikit mengeras, palgova akan dipotong mengikut bentuk cube atau berlian.
Dikenali sebagai murukku berbentuk bunga ros. Achi murukku sentiasa menjadi kuih tradisional wajib bagi masyarakat India setiap kali tiba perayaan Deepavali.
Untuk membuat achi murukku, kita memerlukan tepung beras sebagai bahan utama. Menariknya lagi, ada pilihan bagi yang vegetarian sama ada mahu menggunakan telur atau tidak.
Dipanggil sebagai bebola minyak sapi, nei urundai sangat diminati oleh golongan kanak-kanak yang gemar dengan makanan berasaskan manisan.
Tepung kacang dal, minyak sapi, rempah dan buah kismis, antara bahan penting dalam membuat kuih ini.
Manisan bebola kecil yang hampir pupus dalam senarai kuih tradisional India ketika Deepavali adalah chittu urundai.
Kuih ini diperbuat daripada tepung kacang hijau, kelapa parut, bijan hitam, dan jaggery (gula) kemudian dicicah pula dengan campuran tepung gandum dan tepung beras sebelum ia digoreng dalam minyak sapi.
Tarikan bagi ketti urundai adalah dari teksturnya yang sangat keras. Ya, memang betul kuih ini sangat keras sehingga mencabar bagi sesiapa yang mahu membuat atau memakannya.
Bentuknya yang seakan-akan kuih donut ini dikenali sebagai athirasam. Rasanya memang manis dan digemari oleh kanak-kanak.
Kuih ini diperbuat daripada campuran seperti tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam, kelapa parut dan minyak masak.
Masyarakt Melayu mengenai kuih ini sebagai kuih siput, sedangkan bagi masyarakat India mereka memanggilnya dengan gelaran sippi.
Sippi mempunyai beberapa cara untuk kita menghidangnya. Sama ada ia digoreng dalam minyak penuh lalu dimakan begitu sahaja atau menyalutinya dengan serbuk gula sebelum di makan.
Seedai mempunyai bentuk yang sangat unik dalam kategori kuih tradisional India kerana ia berbentuk bebola kecil.
Seedai ini diperbuat daripada campuran tepung gandum, kelapa parut, dan rampah ratus. Kemudian ia digoreng dengan minyak sama ada sebagai bukan manisan atau bergula.
Kandarppam adalah sejenis manisan berbentuk apam yang sangat kecil dan sudah amat jarang ditemukan di Malaysia.
Manisan ini popular dalam kalangan etnik Chettinad di Tamil Nadu, India. Bahan utama untuk membuat kuih ini adalah nasi dan urad dal.
Selain dari tips mengenai kuih tradisional orang India ini, anda juga boleh baca artikel lain kami mengenai budaya dan tradisi di Malaysia seperti:
Rujukan