Bila sebut perkartaan hijrah, pastinya ada teringat tentang dua perkara iaitu perpindahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah dan juga perubahan seseorang kepada keadaan yang lebih baik. Kedua-duanya adalah dua perkara yang positif dan pastinya akan membawa kebaikan kepada diri imdividu yang terbabit.

Hijrah Nabi Muhammad adalah di antara peristiwa yang paling penting di dalam sejarah islam. Namun ia tidak bermakna hijrah yang anda lakukan adalah tidak penting. Hijrah dalam diri adalah di antara pengorbana besar yang kita lakukan dan ia tidak kurang penting. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang konsep hijrah sebagai panduan kita bersama.

konsep hijrah

Sumber: Sman

Konsep hijrah Nabi Muhammad

Nabi Muhammad dilahirkan dan dibesarkan di Kota Mekah. Nabi Muhammad dilahirkan dalam keluarga Bani Hashim iaitu golongan elit yang dihormati di Kota Mekah. Di antara kelebihan Bani Hashim ialah:

  • Ketua penduduk Kota Mekah
  • Pemegang kunci Kaabah
  • Bertanggung jawab menyediakan makanan dan minuman jemaah haji semasa musim haji

Nabi Muhammad mendapat kenabian di Mekah malah memulakan keluarga di Mekah bersama Siti Khadijah di Mekah. Nabi Muhammad adalah seorang yang sangat dihormati di Kota Mekah namun selepas mendapat kenabian dan menyebarkan syiar islam, ada masyarakat Quraisy yang mula membenci baginda. Kemuncaknya ialah apabila masyarakatat Quraisy merancang untuk membunuh Nabi Muhammad.

Rancangan untuk membunuh baginda adalah di antara punca Nabi Muhammad  berhijrah ke Madinah selain mendapat jemputan daripada masyarakat di sana. Kebetulan semasa itu masyarakat di Madinah mempunyai masalah yang berikut:

  • Masyarakat Aus dan Khazaraj sedang bertelagah sesame sendiri
  • Ekonomi di Madinah dikuasai oleh orang Yahudi dan orang islam ditindas di Madinah
  • Penduduk di Madinah sedang tenat bertelagah sesame sendiri dan kedatangan Nabi Muhammad sebagai ketua baru di sana diharapkan dapat menyatukan semula penduduk Madinah.

Maka, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah. Apakah yang dimaksudkan oleh hijrah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad? Hijrah dalam bahasa arab ialah berpindah, dan dalam kisah hijrah Nabi Muhammad, konsep hijrah di sini ialah merujuk kepada perpindahan penduduk islam di Mekah ke Madinah untuk  menyelamatkan Nabi Muhammad dari dibunuh oleh kaum Quraisy dan dalam masa yang sama sebagai salah satu cara untuk menguatkan islam dan menyebarkan islam di Madinah.

"
konsep hijrah

Sumber: Cleartrip

Selain itu, konsep hijrah Nabi Muhammad juga merujuk kepada perjuangan untuk menegakkan agama islam. Jika kita melihat semula sejarah islam, hijrah Nabi Muhammad ke Madinah adalah satu batu loncatan kerana ianya membawa 1001 kebaikan bukan sahaja kepada Nabi Muhammad dan islam, malah ia membawa kebaikan kepada maysrakat di Madinah itu sendiri. Di antara hikmah hijrah Nabi Muhammad ialah:

  • Nabi Muhammad berada dalam suasana yang lebih tenang dan kurang kebencian. Ini kerana pada masa tersebut masyrakata Quraisy terlalu membenci Rasulullah sehingga merancang untuk membunuh baginda akibat ajaran islam yang dibawa.
  • Hijra Nabi Muhammad ke Madinah menyatukan msyarakat Madinah yang sedang bergolak.
  • Di Madinah, Nabi Muhammad dapat berdakwah tanpa bersembunyi lagi. Semasa di Mekah, Nabi Muhammad terpaksa berdakwah secara rahsia.
  • Syiar islam semakin berkembang dan kedudukan islam semakin kuat.
  • Kehebatan Nabi Muhammad sebagai seorang ketua terbukti apabila baginda mampu menyatukan dan memakmurkan bumi Madinah.
  • Orang islam tidak lagi ditindas oleh Yahudi di Madinah. Baginda berjaya melahirkan suasana ekonomi yang aman dan makmur.
  • Peristiwa hijrah juga adalah sangat penting kerana calendar islam Hijrah tercipta selepas hijrah Nabi Muhammad ke Madinah.
  • Masjid Nabawi dibina di Madinah sebagai tanda pertapakan islam di sana.
  • Nabi Muhammad membentuk kerajaan islam di Madinah.
  • Madinah diiktiraf sebagai pusat pemerintahan islam pada masa tersebut.
  • Piagam Madinah digubal.

Konsep hijrah dalam diri kita

Tadi kami dah ceritakan tentang konsep hijrah Nabi Muhammad, kini tiba masanya untuk kami ceritakan tentang konsep hijrah dalam diri kita pula. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep hijrah dalam diri? Ia merujuk kepada perubahan daripada keburukan kepada kebaikan dalam setiap aspek kehidupan.

Jika dulu kita jarang bersolat, hari ini kita berazam untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari dan berusaha untuk solat diawal waktu. Jika selama ini kita tidak ambil kisah tentang pakaian yang dikenakan di badan, kini kita berazam untuk menutup aurat dengan sempurna dan berpakaian seperti wanita ahli syurga.

Malah jika selama ini kita menduakan suami, mencintai lelaki lain dalam diam, atau hatta kita terjebak dalam lembah zina, tiada halangan untuk kita bertaubat dan berhijrah untuk menjadi seorang wanita solehah yang taat kepada suami dan tidak lagi melakukan dosa menduakan suami.

“Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan sesuatu yang dilarang Allah.”

Hadits Riwayat Bukhari Dan Muslim

Asalkan kita mempunyai niat dan usaha untuk menjadi seorang yang lebih baik, kita sedang berhijrah. Hijrah yang kita lakukan pastinya akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah. Hijrah juga bermaksud meninggalkan keburukan atau kejahatan dan segera melakukan perkara yang lebih mulia.

Itulah dia perkongsian tentang konsep hijrah yang ingin kami kongsikan pada hariini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang sambut tahun baru cara islam dan kewajipan penuhi undangan perkahwinan

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.