Sebagai seorang muslim kita kena tahu bilakah ‘tarikh tahun baru’ yang sebenarnya. Sambutan tahun baru Masihi bukanlah keutamaan sebaliknya Maal Hijrah yang menjadi peristiwa besar dalam sejarah tahun Islam. Cara paling afdal untuk sambut tahun baru adalah dengan mengikut panduan secara Islam. Tujuan dan niatnya juga perlulah betul tanpa sebarang niat untuk mengikut ajaran dan cara agama yang lain.

sambut tahun baru

image via : Baheerah

Panduan Sambut Tahun Baru Cara Islam

Di sini akan dikongsikan antara panduan untuk sambut tahun baru cara Islam. Malah cara-cara ini memang sudah lama dilakukan untuk sambut tahun baru (Maal Hijrah) sejak dulu lagi. Jika ingin diadakan sempena tarikh tahun baru Masihi juga tidak salah. Setidaknya ia dapat menarik minat golongan muda ke majlis yang baik daripada terjerumus dengan aktiviti liar yang sering menjadikan sambutan tahun baru sebagai alasan.

1 – Solat Hajat Dan Munajat

Cara utama yang boleh dilakukan untuk sambut tahun baru cara Islam adalah dengan mengadakan solat hajat dan munajat. Kebanyakan surau serta masjid kebiasaanya pada malam tahun baru mereka akan mengadakan solat sunat hajat dan juga munajat. Ia bertujuan untuk memohon agar Allah SWT berkat dan rahmat pada negara kita dan masyarakat Islam di negara kita agar di jauhkan daripada segala musibah dan bencana.

2- Mengadakan Ceramah Di Surau Atau Masjid 

Pada malam ambang tahun baru apa kata kalau kita adakan program ceramah. Ramai penceramah terkenal di negara kita yang boleh kita panggil malah ada di antara mereka sangat digemari di kalangan anak muda. Dengan sebegini kita akan dapat menarik lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai program keagamaan dan mereka akan bersama-sama untuk sambut tahun baru cara Islam.

sambut tahun baru

image via : Berita Mediacorp

3- Dendang Lagu Yang Berkonsepkan KeTuhanan 

Di Malaysia sahaja, ramai kumpulan nasyid dan yang menyampaikan lagu berunsur dakwah. Dengan cara sebegini mereka dapat memperkenalkan kumpulan mereka di samping dapat menarik minat orang muda untuk mendekati Islam. Ia sekali gus dapat dijadikan platfom untuk berdakwah. 

Kagum dengan penganjur yang mengadakan sambutan tahun baru yang slotnya dihiasi dengan zikir yang memuji Allah SWT. Malah program seperti ini mendapat sambutan yang cukup hangat dalam kalangan masyarakat di negara kita. Lihat sahajalah apabila Selawat Perdana sempena tahun baru, penyertaan mereka luar biasa. Ini menunjukkan bahawa penganjur berjaya menarik minat masyarakat untuk lebih mendekatkan diri dengan program keagamaan seperti ini.

4 – Adakan Karnival Jualan Produk Tempatan

Salah satu cara sambut tahun baru cara Islam adalah dengan mengadakan karnival jualan. Karnival sebegini memberi peluang buat para peniaga kecil untuk menjual produk mereka. Ia sekali gus dapat meningkatkan lagi ekonomi perniaga kecil. Bukan itu sahaja, ia juga turut dapat meningkatkan ekonomi Islam dengan memberi peluang kepada peniaga islam untuk turut serta bersama dengan karnival sambutan tahun baru.

 5 – Anjurkan Aktiviti Sukan 

Dalam islam juga menggalakan kita bersukan untuk menjaga kesihatan diri kita. Justeru itu, apa kata sempena sambutan tahun baru, kita anjurkan beberapa aktiviti sukan seperti berbasikal atau pertandingan sukan yang lain. Cara ini amat sesuai dengan untuk kita sambut tahun baru cara islam. Bukan itu sahaja, dengan sambutan seperti ini ia dapat menyatukan masyarakat Islam di negara kita. Bukan itu sahaja, dengan cara sebegini ia juga dapat menarik minat orang muda untuk menyertai program berunsur keagamaan seperti ini.

Antara Syarat-Syarat Menyambut Tahun Baru Cara Islam

Nak sambut tahun baru (Maal Hijrah) itu tidak salah dan hendaklah sambutan yang diadakan itu mengikut syariat Islam. Ada juga beberapa syarat utama yang perlu umat Islam ikuti antaranya ialah:

  • Tidak Menyerupai Upacara Keagamaan Agama Lain

Menyambut tahun baru memang tidak salah tetapi sambuatan tersebut perlulah tidak melanggar syariat islam seperti isi kandung majlis tersebut ada menyerupai agama lain. Ini kerana, sebagai umat islam ia dikuatiri akan memesongkan akidah kita. Seeloknya sambutan tahun baru biarlah ada unsur-unsur islam kerana di situ kita ia kan dapat mewujudkan rasa syukur ke atas keamanan negara yang telah kita kecapi.

  • Menjaga Batas Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita

Bila tanya sahaja pada semua orang apa yang paling best pada malam tahun baru, sudah tentu mereka akan menjawab konsert ambang tahun baru. Apa yang dikuatiri dengan konsert seperti ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Untuk pergi meyambut tahun ia tidak salah tetapi perlulah menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan agar ia tidak keterlaluan.

  • Slot Program Sesuai Dengan Syarak

Program sambutan tahun hendaklah bersesuaian dengan syarak. Sebagai contoh di luar negara sambutan tahun baru biasanya akan mengandungi perkara yang dilarang seperti minum arak. Setiap penganjur perlu sentiasa memastikan sambutan tahun baru yang mereka sesuai dengan norma dan juga dengan umat islam.

Perkara Yang Elok Dilakukan Bila Tiba Tahun Baru

  • solat taubat
  • bersyukur pada Allah SWT atas apa yang ada
  • berazam untuk memperbaiki diri
  • belajar untuk menerima kekurangan
  • bersedia untuk menempuh cabaran di tahun yang baru
  • sentiasa ingat pada mati kerana usia sudah makin bertambah

Jangan Terlalu Ghairah Sambut Tahun Baru

sambut tahun baru

image via : Astro Awani

Tarikh 01.01 setiap tahun akan menyaksikan sambutan Tahun Baru yang meriah di seluruh dunia termasuk Malaysia. Detik 12 malam di tahun baru sangat gemilang di sana sini. Kiranya sambutan tahun baru adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu untuk oleh ramai orang.

Walaubagaimanapun sambutan tahun baru begini janganlah sampai ada tragedi. Memadailah dengan sambut secara sederhana untuk elakkan pembaziran. Malah jangan juga mudah alpa kerana hakikatnya tahun baru Islam adalah pada tarikh Maal Hijrah bukannya sempena tarikh 01.01 mengikut kalender Masihi itu.

Sumber :

Indahnya Islam

AlMukhlisin 

Berita Harian 

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.