Setiap ibu bapa yang baru mendapat cahayamata pasti terfikir untuk mengadakan majlis aqiqah bagi menyambut kelahiran bayi tersebut. Pelaksanaan aqiqah untuk bayi yang baru lahir amat digalakkan dalam Islam. Ia merupakan manifestasi tanda syukur kepada Allah atas kelahiran anak.

Untuk itu, pengetahuan tentang aqiqah perlu diketahui sebelum aqiqah dijalankan. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui 9 perkara penting tentang majlis aqiqah.

1. Mengetahui Syarat Sah Aqiqah

Pelaksanaan aqiqah adalah sempurna sekiranya memenuhi syarat sah aqiqah berikut:

  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut sama ada kecacatan luaran dan dalaman.
  • Disembelih pada waktunya, iaitu pada hari ketujuh selepas kelahiran anak atau pada bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh. Setelah baligh menjadi tanggungjawab anak itu untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri.
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

2. Mengetahui Bilangan Haiwan Sembelihan Untuk Aqiqah

Kadar aqiqah bagi anak adalah berbeza mengikut jantina. Jika anak lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing manakala anak perempuan pula adalah seekor kambing.

Ini berpadanan dengan sabda Nabi SAW :

Yang membawa maksud: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”. – Riwayat Abu Daud (2842)

Selain kambing, terdapat pilihan lain untuk haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau, unta, kibas, biri-biri dan lain-lain. Jumhur ulamak berpendapat aqiqah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.

Bilangan bahagian pula juga mengikut haiwan. Lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sebanyak 7 bahagian yang bersamaan 7 ekor kambing.

Bagi haiwan lain, kadar mereka berbeza dan tidak sama juga mengikut umurnya:

Jenis Haiwan Umur Minima
1. Kibas Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
2. Kambing biri-biri dan kambing melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
3. Lembu dan kerbau melebihi dua tahun
4. Unta melebihi lima tahun

Haiwan aqiqah ini juga haruslah tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.

3. Berkemampuan Untuk Melakukan Aqiqah

Walaupun aqiqah adalah sunat muakkad, namun terdapat kelonggaran untuk ibu bapa yang ingin melaksanakannya.

Ibu bapa yang tidak mampu membuat aqiqah anaknya ketika berusia 7 hari boleh menangguhkannya sehingga anak berusia 14 hari. Namun jika masih tidak mampu untuk melakukannya, ia masih boleh dilanjutkan sehingga anak berusia 21 hari.

Jika masih tidak berkemampuan juga, ibu bapa tersebut boleh melakukan aqiqah apabila anak sudah akil baligh. Selepas baligh, gugurlah tuntutan untuk membuat aqiqah daripada ayah dan berpindah kepada anak itu.

Ulama bersepakat mengatakan bahawa waktu melaksanakan aqiqah adalah afdhal pada hari ketujuh kelahiran anak tetapi ada juga berpendapat untuk melewatkan aqiqah.

Berikut adalah had waktu yang berbeza mengikut mazhab.

Umur Paling Lewat Ulama
Tepat hari ke-7 tidak boleh selepas atau sebelum Imam Malik
Pada hari 7, 14, 21 atau setiap 7 hari berikut sehingga anak mencapai usia baligh. Selepas baligh, tiada lagi aqiqah baginya Mazhab Hanbali
Hingga mencapai usia baligh. Selepas baligh, gugur tuntutan aqiqah dari ayahnya, namun ia boleh mengaqiqahkan dirinya sendiri. Mazhab Syafie’

4. Perkara-Perkara Sunat Dalam Majlis Aqiqah

Terdapat beberapa perkara sunat yang perlu diketahui oleh ibu bapa dan keluarga yang ingin melaksanakan aqiqah:

  • Menyembelih binatang ketika matahari sedang naik.
  • Berdoa ketika hendak menyembelih haiwan aqiqah agar sembelihan diterima Allah dan anak yang dilahirkan itu memiliki iman yang teguh dan akhlak yang terpuji.
  • Memberikan nama yang baik kepada bayi.
  • Mengkhitankan bayi tersebut.
  • Sunat memasak daging aqiqah terlebih dahulu sebelum menyedekahkannya.

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Aisyah r.a., “Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.”

  • Sunat menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.
  • Memberi makan daging yang telah dimasak kepada fakir miskin dan orang yang layak menerima sedekah, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah- rumah mereka atau menjemput mereka hadir makan di majlis aqiqah.
  • Digalakkan menghantar masakan daging aqiqah ke rumah-rumah orang fakir miskin.
  • Sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.
  • Disunatkan supaya tidak mematahkan atau memecahkan tulang haiwan aqiqah semasa memotong daging.
  • Disunatkan supaya memotong dan mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya.

Ini berpadanan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud ketika Fatimah binti Muhammad S.A.W mengadakan aqiqah anaknya, Rasulullah S.A.W bersabda, “Makan dan jamulah seleramu, tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya.”

  • Disunatkan agar kaki belakang sebelah kanan haiwan sembelihan diberikan kepada bidan yang menyambut dan merawat anak tersebut.
  • Dibolehkan menyembelih haiwan aqiqah dan membuat kenduri kahwin pada masa yang sama, mengikut pendapat Imam Syafie.

5.  Adakah Boleh Melakukan Aqiqah Untuk Bayi Yang Sudah Meninggal?

Terdapat berbeza pendapat mengenai bayi yang meninggal dunia. Ada yang mengatakan gugur sunat amalan tersebut dengan kematian.

Ini juga termasuk di dalam konteks sekiranya bayi yang dikandung itu meninggal dalam kandungan. Sekiranya mampu, ibu bapa digalakkan membuat aqiqah untuk bayi tersebut.

6.  Hukum Aqiqah Anak Yatim

Tidak disunatkan membuat aqiqah untuk anak yatim. Tuntutan aqiqah hanya ditujukan kepada pihak yang wajib memberikan nafkah sahaja iaitu ayah.

Jika ayah tidak mampu, tuntutan ini berpindah kepada datuknya. Orang lain tidak dituntut kecuali anak itu sendiri ingin membuat aqiqah setelah dewasa.

7.  Pengurusan Sisa Daging Aqiqah

Terdapat persoalan tentang pengurusan sisa daging aqiqah. Ini kerana terdapat ramai keluarga yang menggunakan khidmat katering untuk menguruskan majlis aqiqah anak mereka.

Sebenarnya tiada dalil khusus atau ijtihad ulamak yang menetapkan demikian. Sisa aqiqah boleh dibuang seperti biasa seperti sisa makanan lain.

8. Bolehkah Memberikan Daging Aqiqah Kepada Orang Bukan Muslim?

Menjadi kemestian bagi keluarga menyambut kelahiran anak untuk menjemput jiran tetangga termasuklah jiran yang bukan Islam.

Sebenarnya, memberikan sedikit masakan jamuan aqiqah kepada jiran yang bukan Muslim adalah dibolehkan dan pemberiannya dipanggil sebagai hadiah.

Ini menunjukkan imej yang baik sebagai orang Islam selain menjaga hubungan mesra sesama manusia yang berlainan agama selagi mereka tidak memerangi dan menyakiti kita.

 9. Bolehkah Menjual Daging Lebihan Aqiqah?

Pendapat majoriti ulama mengatakan bahawa tidak boleh menjual mana-mana bahagian daripada haiwan sembelihan aqiqah. Selain itu, menjual sesuatu daripada haiwan aqiqah akan menyebabkan nilai sedekah yang ingin dicapai dalam ibadah aqiqah tersebut berkurangan.

Tetapi, terdapat pendapat daripada ulama mazhab Hambali mengatakan ia boleh dijual asalkan nilai tersebut dimanfaatkan oleh masyarakat awam. Namun adalah lebih baik niatkan sebagai sedekah.

Demikianlah maklumat dan beberapa perkara tentang majlis aqiqah yang perlu diketahui oleh ibu bapa yang ingin melakukan ibadah aqiqah. Diharapkan majlis aqiqah anda membawa keberkatan kepada anak anda.

Antara Khidmat Aqiqah Yang Menarik

Oh ya, bagi anda yang berhajat untuk membuat majlis aqiqah anak, bolehlah mencuba perkhidmatan Simply Aqiqah.

Simply Aqiqah membantu memudahkan urusan ibu dan bapa yang masih belum melaksanakan aqiqah anak mereka dengan menjalankan perkhidmatan aqiqah di Makkah.

simplyaqiqah
Keistimewaan Simply Aqiqah:

  • Mudah dan cepat – anda boleh membuat pembayaran hanya di di hujung jari samada di komputer atau smartfon.
  • Proses aqiqah dari awal hingga akhir yang dilaksanakan setiap hari di Tanah Suci Mekah.
  • Beribadah sambil berinfaq – anda bukan sahaja menyempurnakan aqiqah untuk anak, malah dapat menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
  • Video sembelihan dihantar kepada anda sebagai bukti sembelihan aqiqah anda telah dilakukan.
  • Percuma 7 hadiah istimewa serta Sijil Kayu Premium sebagai kenangan dengan setiap penyertaan.
  • Boleh menyemak status tempahan di laman web kami untuk rujukan anda.

Kalau berminat boleh terus ke laman web Simply Aqiqah untuk maklumat lanjut dan urusan penempahan (link).

Penulis: Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.