Anda pernah mencuba minuman yang semakin popular dan viral iaitu susu badam? Di pasar raya juga ada dijual dalam bentuk kotak. Namun kita tak tahu kandungan sebenar minuman tersebut. Pastinya bahan pengawet dan gula dimasukkan sekali.
Tinggal lebih kurang 2 bulan lagi umat Islam akan menyambut bulan puasa. Kalau sediakan minuman susu badam ni untuk berbuka pasti menyelerakan. Rasanya bukan saja enak, berkhasiat tetapi juga mengenyangkan. Nak tahu resepinya?
Penulis ingin berkongsi resepi mudah untuk membuat susu badam ni. Anda hanya perlukan lebih kurang 300 gram badam mentah (raw almond). Bukan yang telah dipanggang atau disangai ye! Kemudian, rendamkan badam tersebut dengan 5 cawan air suam. Biarkan semalaman.
Esoknya, buang air rendaman dan basuh semula badam tersebut. Lepas tu, kisar badam tersebut dengan 4 setengah cawan air suam hingga halus. Apabila kisaran bertukar menjadi warna putih dan sudah halus, anda perlu menapisnya atau perah guna kain bersih.
Susu badam boleh dinikmati begitu saja atau dijadikan smoothie dengan mencampurkan buah-buahan. Untuk rasa yang lebih enak dan berlemak, masukkan sedikit garam dan esen vanila. Boleh juga dinikmati dengan puri kurma atau buah strawberi.
Pastinya tekak berasa nikmat saat anda menghirupnya. Anda boleh menikmatinya secara panas atau pun sejuk. Rasanya yang pekat dan berlemak pastinya membuat anda ketagih untuk meminumnya.
Yang lebih menarik, susu badam boleh dijadikan sebagai pengganti santan dalam masakan. Anda juga boleh menggunakan susu badam untuk menghasilkan kuih dan kek. Wah, menariknya.
Jangan pula dibuang serdak badam yang ditapis untuk mengambil susunya. Ia kaya dengan serat dan nutrien-nutrien lain. Anda boleh jadikannya bahan untuk buat lempeng, roti, kek, biskut dan sebagainya. Malah, ia juga boleh dijadikan masker wajah.
Dalam artikel ni, penulis nak berkongsi beberapa khasiat yang terkandung dalam minuman susu badam. Malah, penulis juga amat suka minum susu badam sewaktu sarapan. Sebenarnya, banyak khasiat yang terkandung dalam minuman ni.
Bagi sesiapa yang sedang berdiet, minuman susu badam sangat sesuai dijadikan diet harian. Ini kerana ianya rendah kalori berbanding hanya minum susu lembu dan susu kambing. Walaupun sebenarnya, badam mempunyai kalori yang tinggi, tapi selepas dikisar, hanya tinggal sedikit kalori.
Secawan susu badam tanpa gula mempunyai 30 hingga 50 kalori saja berbanding susu lembu yang berkalori 146. Oleh itu, pengambilan kalori harian dapat dikurangkan.
Selain dijadikan minuman, susu badam boleh dipelbagaikan cara pengambilannya. Biasanya kita makan oats, muesli atau granola dengan susu. Dengan adanya susu badam, anda boleh menggantikannya dengan susu lembu.
Malah, anda juga boleh gantikan krimer, susu pekat atau susu pekat dengan susu badam semasa minum teh dan kopi. Malahan, sebagai pencuci mulut anda boleh jadikan susu badam sebagai ais krim, puding, yogurt dan sebagainya. Lebih sihat dan bekhasiat.
Bagi pesakit diabetes dan ginjal, mereka perlu mengehadkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian. Antara cara terbaik yang boleh dilakukan ialah menggantikan pengambilan susu dengan susu badam.
Secawan susu badam tanpa gula hanya mengandungi 1 hingga 2 gram karbohidrat, namun kaya serat. Manakala secawan susu lembu tanpa gula pula mengandungi 13 gram karbohidrat, tetapi kaya dengan gula.
Ada orang yang mengamalkan konsep vegetarian atau vegan atas faktor agama, kesihatan, cara hidup dan sebagainya. Disebabkan susu badam berasaskan tumbuhan sepenuhnya, mereka boleh meminumnya untuk menggantikan susu haiwan.
Bagi pengamal vegetarian, mereka sering minum soya untuk mendapatkan khasiat protein. Namun, ada yang alah kepada makanan atau minuman yang berasaskan soya. Oleh itu, susu badam merupakan alternatif terbaik.
Vitamin D penting untuk kesihatan jantung, fungsi imun badan, kurangkan risiko kanser, tekanan darah tinggi, lemah otot, kesuburan dan jangkitan penyakit.
Sebenarnya tubuh kita mampu menghasilkan vitamin D secara semula jadi apabila terdedah kepada sinar matahari. Namun, hampir separuh orang tak mendapatnya disebabkan warna kulit, gaya hidup, tekanan kerja dan tinggal di kawasan yang terhad pancaran matahari.
Namun, susu badam perlu ditambah dengan makanan lain untuk mendapatkan khasiat vitamin D. Misalnya dengan mencampurkannya dengan jus buah-buahan, keju, yogurt dan makanan lain yang mempunyai vitamin D.
Berbanding vitamin D yang perlu ditambah dengan makanan lain untuk mendapatkan khasiatnya, susu badam amat tinggi dengan vitamin E. Secawan susu badam menyumbang 20 hingga 50 peratus pengambilan vitamin E dalam diet harian.
Vitamin E kaya dengan antioksidan yang dapat menyingkirkan bahan-bahan toksik dalam badan. Ia baik untuk kesihatan mata, perkembangan otak dan dapat mengurangkan risiko penyakit alzheimer.
Seperti juga susu lembu dan kambing, susu badam juga tinggi kalsium. Secawan susu badam dapat menyumbang 20 hingga 45 peratus keperluan kalsium dalam diet harian.
Kalsium amat baik untuk perkembangan dan kekuatan tulang. Ia dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan penyakit osteoporosis atau kerapuhan tulang.
Ada sesetengah orang yang akan mengalami masalah ‘lactose intolerance’ setiap kali minum susu. Keadaan ini bermaksud mereka tak mampu mencerna laktosa iaitu gula yang terdapat dalam susu tersebut.
Biasanya masalah ni akan menyebabkan perut kembung, sakit perut, cirit-birit dan buang angin berlebihan. Bagi yang ada masalah ni, jangan risau! Susu badam bukannya susu yang mengandungi sebarang lakstosa.
Kacang badam sangat kaya dengan minyak tidak tepu iaitu Omega 3. Omega 3 ni bagus dalam membantu perkembangan otak anak-anak. Jadi, ibu bapa boleh memberikan susu badam kepada anak-anak untuk membantu mereka dalam pelajaran.
Apabila minda dirangsang dan daya ingatan meningkat, mereka mudah menerima pelajaran. Malah, nak hafal surah dalam al-Quran pun senang.
Jika nak disenaraikan banyak lagi khasiat susu badam yang lain, iaitu:
Menarik bukan? Jom kita ubah tabiat pemakanan yang kurang baik kepada yang lebih sihat. Jika anda tiada sebarang masalah kesihatan, boleh diselang-selikan pengambilan susu lembu dengan susu badam. Malah, anda boleh menjadikan susu badam sebagai ramuan utama dalam masakan.
Jemput juga baca artikel tentang khasiat daun pudina dan khasiat buah markisa