Khasiat sengkuang cina atau juga dikenali sebagai water chestnuts ini tidak dinafikan lagi mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan manusia baik dari segi luaran mahupun dalaman.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat dalam sengkung cina yang sangat bagus diamalkan dalam pengambilan diet seharian.
Berikut adalah maklumat kandungan nutrisi untuk setiap 36 gram sengkuang cina mentah.
Di Amerika Syarikat (US), sengkung cina dalam tin lebih banyak dijual dipasaran. Dan setiap setengah cawan (142g), ia mengandungi:
Seperti yang kita tahu, antioksidan merupakan nutrien yang penting dalam badan kerana ia membantu sistem imun dan melawan radikal bebas.
Kandungan antioksidan pada sengkuang cina sangat tinggi dan berupaya membantu tubuh mendapatkan kesihatan yang lebih baik.
Mungkin ramai yang tidak tahu, khasiat lain sengkung cina adalah mampu untuk menyejukkan badan. Kesannya hampir serupa jika kita minum air kelapa atau air kundur.
Dengan cuaca di negara kita yang semakin panas membahang ini, memang sangat sesuai untuk kita jadikan sengkuang cina sebagai minuman seisi keluarga.
Anda yang menghidap penyakit tertentu dan memerlukan diet bebas gluten boleh mengambil sengkung cina dalam pemakanan harian.
Ia adalah tumbuhan bebas gluten yang digunakan untuk memasak pelbagai makanan atau dibuat tepung untuk chapati atau sebagainya.
Di samping itu bagi pesakit darah tinggi pula, tumbuhan ini memberi manfaat dalam membantu meningkatkan dan menurunkan tekanan darah oleh kerana ia mengandungi nutrien yang berbeza dan unik.
Seperti yang kita lihat dalam kandungan kalori sengkuag cina di atas tadi. Tumbuhan ini mengandungi jumlah kalori yang sangat rendah.
Tambahan lagi, ia juga antara jenis high volume food dengan kandungan air sekitar 74% sekaligus mampu bantu individu rasa kenyang dengan lebih lama.
Selain itu, tumbuhan akuatik ini diperkaya juga dengan vitamin C. Hal ini memberi manfaat dengan menyokong sistem imun, meningkatkan penyembuhan luka, dan membantu menghasilkan beberapa neurotransmitter, L-carnitine, dan kolagen.
Ferulic acid antara oksidan yang terdapat dalam tumbuhan ini. Kajian mendapati ferulic acid mampu membantu menghambat dan melawan pertumbuhan sel kanser..
Antara kanser yang dimaksudkan adalah seperti kanser kulit, tulang, tiroid dan payudara.
Satu setengah cawan sengkuang cina mengandungi 7% keperluan potasium harian.
Terdapat 11 kajian terdahulu tentang strok dan penyakit kardiovaskular mendapati pengambilan potasium yang tinggi dalam diet boleh mengurangkan kadar risiko strok, penyakit jantung koronari, dan penyakit kardiovaskular.
Serat yang terkandung dalam khasiat sengkuang cina mempunyai banyak kesan yang baik terhadap kesihatan.
Ia membantu memastikan anda kenyang dan berpuas hati, membantu dalam penghadaman, dan boleh membantu mengawal paras kolesterol serta gula dalam darah.
Kajian mendapati sengkuang cina mengandungi flavonoid. Flavonoid adalah komposisi dalam makanan yang merupakan antioksidan penawar bagi aura negatif di dalam badan
Ia berfungsi untuk melindungi dinding pembuluh darah, mengurangi risiko alergik, menjaga kesihatan otak, sehingga mampu mencegah beberapa penyakit barah yang kronik.
Secara ringkasnya, flavonoid mengawal aktiviti selular dan melawan radikal bebas yang membawa kepada keadaan oksidatif. Peranan mereka adalah untuk melindungi badan anda daripada toksin dan tekanan.
Selain dari khasiat sengkuang cina ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain seperti:
Sumber: