Gajus adalah salah satu dari jenis tumbuhan dari keluarga Anacardiaceae yang sangat unik kerana ia mempunyai biji di bahagian luar dan isi di dalamnya. Mungkin ramai yang tidak tahu, selain digunakan dalam masakan dan ulaman, gajus juga sangat berguna sebagai “medicated tree”.
Khasiat pokok gajus boleh didapati daripada daun, buah dan bijinya. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang khasiat kacang gajus yang bagus untuk anda tahu.
Gajus atau nama saintifiknya (Anacardium occidental Linn) adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang berasal dari Brazil dan kini boleh ditemui di kawasan tropika di seluruh dunia.
Mengikut rekod, pengeluar utama gajus adalah dari negara seperti Brazil, India, Mozambique dan Tanzania.
Kandungan nutrisinya terbahagi kepada dua iaitu makronutrisi dan mikronutrisi. Kandungan makronutrisi dalam 100g kacang gajus adalah:
Kandungan mikronutrisi dalam 100g kacang gajus adalah:
Dalam kata lain, khasiat kacang gajus menjadi sumber magnesium yang baik dan memainkan peranan penting dalam 300 tindak balas enzim dalam badan.
Ini termasuklah juga dari segi metabolisme makanan dan sintesis asid lemak dan protein.
Kacang gajus mengandungi zink yang berperanan penting dalam meningkatkan sistem imun tubuh badan bagi menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.
Malah bukan itu sahaja, ia juga memberi kepentingan khusus bagi golongan ibu hamil untuk tumbesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.
Fosforus dalam khasiat kacang gajus penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta membaik pulih kesihatan sel.
Kandungan jumlah gula dalam kacang gajus sangat rendah dan boleh dikatakan tiada langsung kolesterol jahat.
Hal inilah yang menyebabkan ia selamat diambil oleh pesakit diabetes, dan bahkan membantu dalam mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.
Kacang gajus menyumbang kepada salah satu sumber magnesium penting bagi kesihatan otot, tisu, saraf, dan organ tubuh badan yang lain.
Ia bagus dalam mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.
Khasiat kacang gajus yang seterusnya adalah mampu untuk mengurangkan paras tekanan darah. Ia khusus membantu pesakit yang menghidap hipertensi atau kencing manis.
Dalam satu kajian yang dijalankan sebelum ini kepada pesakit kencing manis, ia mendapati bahawa berlaku penurunan yang sangat ketara terhadap tekanan darah sistolik dan sebaliknya peningkatan paras kolesterol baik.
Tambahan lagi, pengambilan kacang ini dalam diet dikatakan boleh menambah baik paras lemak dan tekanan darah sistolik dan diastolik.
Antara fungsi serat adalah untuk menurunkan kadar kolesterol, melambatkan kenaikan gula dalam darah, dan menghalang sembelit.
Khasiat kacang gajus ini lengkap bagi tubuh badan kita mendapatkan segala kelebihan yang ada kerana ia memang mengandungi kandungan serat yang tinggi.
Komponen dalam kacang gajus yang bagus untuk melindungi mata dikenali sebagai zeaxanthin dan lutein.
Mengiku dapatan data dari Department of Agriculture Researh Service, kira-kira 22 mikrogram zeaxanthin dan lutein ditemui setiap 100 gram dalam kekacang ini.
Berdasarkan jadual komposisi mikronutrisi, setiap 100 g buah gajus boleh membekalkan sebanyak 140 mg vitamin C. Jumlah ini sebenarnya sudah memadai dalam membekalkan lebih dari separuh keperluan vitamin C harian kita.
Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi untuk penghasilan hemoglobin yang membina sel darah merah.
Elemen copper yang terkandung dalam buah ini juga baik dalam pembentukan sel darah merah khusus untuk penghidap anemia.
Pengambilan kacang gajus yang mempunyai kadar kolesterol tinggi berupaya dalam mengurangkan kadar jumlah kolesterol dan paras kolesterol LDL di dalam darah.
Salah satu snek pilihan terbaik atau “superfood” untuk anak-anak di rumah tentunya kacang gajus.
Nilai protein, magnesium, zink dan karbohidrat yang tinggi pada kekacang ini boleh membantu bagi kecerdasan mental dan fizikal kanak-kanak dan orang dewasa.
Kesimpulannya, khasiat kacang gajus memang tidak dinafikan terkandung pelbagai nutrisi terbaik untuk tubuh badan manusia dan kesihatan untuk jangka masa panjang.
Selain dari khasiat kacang gajus ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kekacang seperti:
Sumber: